8 | BETRAYED?

59 27 15
                                    

USAI membersihkan diri, Rayden mulai melangkah keluar dari bilik. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah kelakuan lelaki-lelaki yang bertanggungjawab membuatkan dirinya terpaksa mandi sekali lagi. Sebal!

Jarum jam yang sudah menginjak ke pukul 7.30 malam membuatkan Rayden memilih untuk terus menunaikan tanggungjawab wajibnya.

Sunyi.

Matanya dililaukan, mencari kelibat manusia-manusia yang seringkali membuat kecoh di rumahnya.

Aneh sekali dirasakan apabila malam itu terasa sunyi. Biasanya, pantang ada kelapangan... suara-suara bingit mereka bergema di segenap kawasan rumahnya.

Rayden mendekati bilik yang berada di sebelah ruang kerjanya. Bunyi orang berbual diselangi dengan musik yang tidak terlalu kuat menyapa pendengarannya.

Dari celah pintu yang tidak ditutup rapat, Rayden dapat melihat beberapa figura yang dicarinya.

"Kau still nak ikut rancangan ni?"

Langkahnya terbejat. Hasrat untuk tidak mengganggu mereka dibatalkan apabila dia merasakan topik mereka agak menarik perhatiannya.

"Ada pilihan lain ke?" Nasr. Rayden pasti suara yang membalas soalan tadi milik Nasr.

Rasa hairan mula memburu tangkai hatinya. Apa yang mereka bualkan sebenarnya? Dan... rancangan apa?

"Aku pun tak pasti. Yang aku tahu, kita kena ikut salah satu plan tu..."

Mendengar balasan Fath, Rayden semakin mendekatkan telinganya ke muka pintu.

"Aku... aku tak tahu, weyh! I feel like... I can't do this anymore."

"Aku tak dapat agak apa reaksi dia bila dia dapat tahu yang aku ni..."

Sepi membelah suasana.

Rayden bersandar pada dinding.

Kecewa. Di kala itu, dia merasakan bahawa seluruh hatinya hancur lebur, punah ranah apabila dia dapat menangkap apa yang mereka bicarakan.

'...mengkhianat? Betul kau khianat aku, Nasr?'

Air liur yang melalui rengkung dadanya dirasakan tersekat. Sukar untuk dia hadapi kebenaran ini. Kebenaran yang dia cuba sangkalkan.

Benarkah? Benarkah Nasr mengkhianatinya?

Tidak betah berlama-lama di situ, Rayden mula menapak pergi.

Buk!

Rayden berdecit, geram. Pasu plastik yang sudah menyembah lantai, dia pandang sebal.

"Ray? Kau ke tu?" Suara Nasr menggamit kembali perhatian Rayden.

"Erm..." Langkahnya diatur menuju ke arah Nasr dan Fath yang sedari tadi memandang dirinya. Sayf pula sedang khusyuk memandang skrin televisyen.

"Err... kau dengar ke?" soal Fath, gugup.

"Dengar apa?" Berpura-pura tidak tahu, Rayden menyoal kembali.

"Emm..."

"Kau mengumpat pasal aku ke?"

Keningnya dijongket.

"Kau? Heh, berani ke mamat ni nak umpat kau?" sampuk Fath, sinis.

"Eh, kau ni! Menyampuk je..."

"Duduklah. Kitorang baru start je ni..." Nasr mempelawa Rayden duduk di sebelahnya bersama senyuman manis.

Rayden angguk. Setuju dengan pelawaan lelaki itu. Punggung kemudiannya dilabuhkan pada sofa.

Tidak lama, keningnya kembali berkerut.

SAHABAT Where stories live. Discover now