BAB 39

8.1K 689 232
                                    

Setelah seminggu bertungkus lumus belajar dan menghadapi peperiksaan, akhirnya examination week tamat dengan jayanya bagi Erina dan kawan2.

Keluar saja dari dewan peperiksaan, Erina, Blanca dan Nafisa berlari mendapatkan satu sama lain lalu berpelukan dengan hati riang gembira.

"Yayyy congrats girls!"

"Finally we're freee~"

Sedang mereka seronok berpelukan, tiba2 datang Theo entah dari mana mahu menyertai sesi berpelukan mereka.

"Let me join~"

Sepantas kilat Blanca menolak muka Theo jauh dari mereka. "Go away you pervert."

Theo memuncung apabila direject. Harris di belakangnya hanya ketawa sambil menggeleng melihat perangai Theo.

"I'm so happy, after this our semester break will start. Let's celebrate!" Cadang Nafisa.

"Sounds great!"

Mereka mula bergerak untuk meraikan usaha mereka yang telah melalui minggu peperiksaan dengan jayanya.

Sedang Erina berjalan bersama rakan2nya, tiba2 telefonnya berbunyi menandakan terdapat mesej masuk. Erina membuka aplikasi WhatsApp. Keningnya berkerut.

Edrian : Erina, pack your things.

Erina : haa? Kenapa?

Edrian : we are going to our honeymoon.

Erina : Haa???

Edrian : I'm already in front of your faculty building.

"Haa???!"

Blanca, Nafisa, Harris dan Theo menoleh ke belakang apabila kedengaran Erina menjerit.

"Erina? What's wrong?" Soal Blanca.

Erina segera tersenyum kelat. "Err, no, no...it's nothing. I'm sorry guys. I can't join today. I...I need to go...somewhere else."

Mereka semua memandang satu sama lain. "Emm, it's okay then. You should go if it's urgent, Erina."

Erina memeluk Blanca dan Nafisa sekilas lalu dia segera berjalan laju menuju ke parking lot di hadapan bangunan fakulti. Dia tak boleh biarkan kawan2nya nampak Edrian. Mesti mereka akan curiga nanti.

Sebaik saja tiba di kawasan parkir, mata Erina melilau mencari kereta Edrian tapi tidak kelihatan.

"You cari apa?"

Erina yang terkejut dengan kehadiran mengejut Edrian di belakangnya hampir2 saja mahu menghadiahkan penumbuk pada suaminya sendiri.

"Awak ni! Terkejut saya! Apa awak buat kat sini? Mana Harry?" Soal Erina.

"Kenapa? I tak boleh nak jemput you ke? Tak baik tau. I penat2 keluar awal dari office semata-mata nak ambik you." Terang Edrian, berpura sedih.

"Bukan tak boleh, tapi---"

"Ahhh! Mr Edrian!"

Erina terus panik apabila kedengaran suara Blanca menegur Edrian. Tanpa dia sedar, rakan2nya sudah tiba di situ. Aishh, aku punyalah nak sorok mamat Edrian ni dari dorang!

Edrian memandang Blanca kemudian dia tersenyum ramah. "Hai."

Theo automatik buat muka melihat kehadiran Edrian di situ. Lagi2 dia berduaan dengan Erina. Dah kenapa pak cik tua ni datang sini pulak?

My Sweet Cupcake 🧁✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt