The Guard

44 7 0
                                    

Adreana mengerang kesakitan,


dia menundukkan kepala dan melihat bajunya telah basah dilimpahi darah.



Damien menoleh ke arah gadis itu dan segera menghampirinya


"Ash!! Tolong Adreana!!"


Ash yang sedang terpinga pinga melihat kejadian itu terdengar Damien memanggilnya terus bergegas ke tempat mereka berdua. Dan tanpa berfikir panjang,Ash mengangkat Adreana membawanya ke bilik rawatan.



"Pengawal!! Jangan bagi dia terlepas!!"



Dylan mengarahkan pengawal pengawalnya menangkap pengawal yang dirasuki itu.

Namun mangsa rasuk tersebut masih lagi mengganas dan cuba mengejar Ash dan Adreana yang sedang menuju ke bilik rawatan tetapi akhirnya dia dapat ditangkap.



Olivia segera menghampiri pengawal itu dan cuba menenangkannya. Setelah beberapa minit,dia mula sedarkan diri dan berjaya disembuhkan.


"Apa jadi kat kau ni? Macam mana boleh jadi macam ni?".

Pengawal tersebut masih lagi kebingungan apabila dia melihat ramai orang berada di sekitarnya.



"Saya tak ingat apa apa..tadi ada lelaki datang dekat saya suruh saya pergi dekat halaman istana lepas tu saya tak ingat apa apa dah"


ujarnya.



"Kau ingat siapa lelaki tu?"


Soal Dylan.



"Lelaki tu-"


Tidak sempat dia menghabiskan ucapannya,tiba tiba pengawal itu dipanah dari jauh tepat tertusuk jantung dan akhirnya dia sudah tidak bernyawa.


Mereka semua terkejut melihat kejadian itu dan mencari cari dari mana datangnya anak panah tersebut

Namun mereka tidak perasan dari mana ia datang kerana anak panah itu bergerak terlalu laju dari belakang.



Natasha pun memeriksa anak panah yang ada di jantung pengawal itu.


Dia melihat ada sehelai kertas yang digulung dihujung anak panah tadi


"Surat  apa ni?"


Dia berjalan ke arah keluarganya dan memberitahu tentang surat itu lalu menghulurkannya pada Dylan


Dan ia tertulis

"Disebabkan keluarga ni lah dia mati...korang semua akan dapat balasan yang lebih kejam!!!"




"Ni mesti surat dari Isabelle...dia dah melampau.."



ujar Olivia dengan nada yang geram.



Selepas keadaan mula tenang sedikit,mereka semua masuk ke istana dan berehat di ruang tamu.



"Damien nak tengok keadaan Adreana dulu lah"


Ujar Damien.



"kalau macam tu kami pun nak tengok keadaan Adreana sekali"


ujar Natasha.


Damien hanya mengangguk lalu mereka pun menuju ke bilik perubatan







Pov Asher



Lelaki itu sedang membalut luka Adreana tadi tiba tiba Adreana mengeluh dan berkata


"Asher..aku nak minta maaf pasal apa jadi tahun lepas..."


"Tak apalah benda pun dah lepas...lagi pun ada benda penting nak bagitahu kau.."



"Benda penting? Benda apa?"




"Aku.."

Asher menjadi berat hati untuk memberitahu Adreana lalu dia menundukkan sedikit wajahnya dan menyambung lagi


"Aku..berkomplot dengan Rossia dan Isabelle dan aku nak minta tolong ka-''




Adreana yang terkejut mendengar hal itu terus menengking Asher dan berkata





"Kau bersubahat dengan Rossia? Asher kau tahu tak dia penyebab abang kau mati! Kenapa kau buat macam ni?!"








to be continue...





Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!




HALF BLOOD







-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now