The failure

47 8 0
                                    

Mereka yang berada di situ merasa berang melihat Rossia yang tiba tiba muncul di hadapan mereka menghalang laluan masuk ke gua.



"Kau buat apa kat sini Rossia!?"


Adreana menengking gadis itu.


Rossia hanya gelak besar dan berkata sambil menghalakan pedangnya pada Damien



"Aku akan pastikan Damien jadi milik aku dan aku akan pastikan kau MATI"




"Aku takkan nak dekat kau Rossia..walaupun kau buat macam macam..jangan mimpilah Rossia..aku takkan biarkan kau buat apa apa kat Adreana"



Damien menolak perasaan Rossia mentah mentah. Tiba tiba gadis itu tersengih dan berkata



" Alala janganlah marah sayang hmm"



lalu dia memuntal rambutnya gedik gedik manja.




Olivia semakin meluat melihat kelakuan gadis itu lalu menyerang Rossia secara mengejut.




Ryne yang menyedari serangan itu segera melindungi Rossia menggunakan perisai di tangan kanannya.




"Berani kau  serang aku ya penyihir tak guna!"




ujar gadis itu. Lalu Ryne menyerang balas Olivia namun wanita itu sempat mengelak.



Giliran Olivia pula menyerang,dia melompat ke atas batu besar di sebelah gua tersebut dan melancarkan serangan



"Wind Blast!"



namun Ryne berselindung di sebalik perisainya. Dia mendekati Olivia lalu menghunuskan pedangnya pada wanita itu.Dan perlawanan antara mereka berdua pun bermula



Sementara itu,Rossia pula mengambil kesempatan menyerang Damien dan Adreana yang sedang ralit melihat perlawanan Olivia dan Ryne.




"Perempuan sial! Aku akan bunuh kau!!"


tengking Rossia sambil menunjuk nunjuk ke arah Adreana



Ryne pun semakin melemah akibat serangan mereka semua.Rossia yang melihat keadaan ryne itu menjadi gelabah kerana dia tahu jika Ryne mati dia juga akan segera dihabisi lalu gadis itu mendapat idea



"Ryne protect aku!! Aku ada plan!"



jerit Rossia.



Tanpa berfikir panjang Ryne segera melindungi gadis itu menggunakan sihirnya




Gadis itu juga membantu memperkuatkan pelindung itu menggunakan sihir miliknya.




Olivia pun menyerang mereka menggunakan sihirnya lalu pelindung milik Ryne dan Rossia hancur dengan mudah




Disebabkan Ryne berada di hadapan,jadi dia lah yang paling parah terkena serangan tadi.



Lelaki itu jatuh ke tanah dan berkata




"kau tahu yang sihir dia kuat kan..sebab tu kau sengaja suruh aku protect kau...dan biarkan aku mati..aku kecewa dengan kau rossia.."



dan Ryne akhirnya mati




Rossia kelihatan ketakutan selepas melihat lelaki itu mati dan dia segera merangkak ke arah Adreana lalu memegang tangan gadis itu


Damien yang melihat kelakuan Rossia itu ingin segera melepaskan tangan gadis tersebut dari Adreana namun Adreana menggelengkan kepala tanda
'tidak mengapa'



"Adreana...aku mintak maaf sangat sangat...aku cuma sayang sangat dekat Damien dan bila kau muncul, benda tu buat aku rasa dendam..aku ingat kalau aku singkirkan kau, Damien boleh jadi milik aku..aku tahu aku silap..aku sedar yang aku dah tak boleh hidupkan diorang yang dah mati tapi aku janji aku berubah...tolonglah bagi aku peluang.."



gadis itu menangis merayu untuk diberi peluang



Damien tiba tiba mencelah



"Adreana..jangan percaya sangat takut dia ada muslihat"



Adreana hanya mengabaikan nasihat Damien dan berkata pada Rossia



"tak apa..kau pun dah sedar silap kau..dah dah bangun jangan macam ni.."




Rossia pun berdiri dan memeluk Adreana




"terima kasih adreana kau baik sangat..."







ujar Rossia sambil menangis




Semasa dua gadis itu sedang berpelukan, Damien melihat Rossia mengeluarkan sebilah pisau seakan akan ingin menikam Adreana dari belakang.....








to be continue...









Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!








HALF BLOOD






-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now