3 Noble Tribes

45 9 0
                                    

Dylan menceritakan tentang pedang warisan keluarga Adreana.
Pedang tersebut dikatakan tertanam di sebuah batu dan ianya berada di dalam sebuah gua yang terletak di tengah tengah hutan berhampiran istana.


"Untuk cabut pedang tu..kita perlukan 3 puak iaitu witch,warewolf dan vampire..pedang tu perlukan ketiga tiga sihir dari 3 puak berdarah bangsawan"


jelas Dylan pada mereka semua.



"Uncle vampire bangsawan jadi kita perlukan lagi 2 orang dari puak tadi"




sambungnya lagi




"Tapi pa..bukan ke warewolf dah pupus?"



Damien mencelah.



"Papa rasa warewolf masih ada lagi..cuba tanya Olivia pasal puak warewolf ni"


ujar Dylan.



Dan esoknya Adreana dan Damien pergi berjumpa wanita itu untuk bertanyakan tentang hal tersebut.



Olivia menggunakan kuasa tilikannya bagi mengesan keberadaan warewolf.



"Hmm..tinggal sorang je warewolf yang berdarah bangsawan..dia ada kat arah utara.. tempat tu tak ramai orang tinggal jadi senang la korang nak cari nanti"


ujar Olivia.


Mereka berdua mengangguk tanda faham lalu pulang ke istana untuk memberitahukan hal itu pada Dylan.


Adreana dan Damien meminta izinnya untuk pergi mencari warewolf terakhir itu


"Ok lah..korang pergi cari warewolf tu..hati hati ya Adreana,Damien"


pesan lelaki itu. Lalu mereka berdua bersiap siap untuk berangkat ke arah utara.


Hari pertama perjalanan Adreana dan Damien,mereka masih lagi tidak menjumpai apa apa sekalipun bayang bayang seseorang.


Mereka berdua meneruskan perjalanan ke arah utara lagi.


Hari kedua,Adreana dan Damien tiba di suatu tempat di dalam hutan tebal lalu mereka ternampak seorang kanak kanak lelaki sedang berlari lari dari semak ke semak yang lain. Tiba tiba,terdengar tangisan tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri.


Adreana dan Damien berjalan perlahan lahan ke arah suara tangisan itu. Kelihatan budak lelaki tadi sedang menangis di bawah sebuah pokok lalu Adreana bertanya





"Adik kenapa menangis?"





"S-saya tengah main l-lepas tu tiba tiba ada dekat hutan ni"

ujar budak lelaki itu sambil teresak esak menangis.


"Ohh..nama adik apa?"



Tanya Adreana lagi.



"X-xavier"




jawab budak itu.





"Tak apa..adik jangan nangis..nanti kita cari mak adik ya?"



Damien cuba memujuk Xavier sambil mengusap lembut kepala budak itu.


Malam pun menjelma,Damien siap siap memasang khemah dan mereka bertiga bermalam di hutan itu.




Hari ketiga,Damien,Adreana dan Xavier meneruskan perjalanan mencari ibu Xavier




HALF BLOOD ✓Where stories live. Discover now