BAB 4

7 1 0
                                    

"HANA! Oh my... I can't believe this!!!" Tubuh Hana bergoncang ke kiri dan ke kanan kemudian ke hadapan dan ke belakang apabila digoyang-goyangkan oleh Hani.

Pandangan orang yang lalu-lalang tidak dihiraukan.

"Astaghfirullah, bawa mengucap adikku. Hani tak percaya apa?" Pergelangan tangan Hani dipegang kejap.

Mata bulat memandang si adik yang sudah serupa kacang direbus satu. Masalahnya, ini sudah sama seperti popcorn dimasak satu. Melompat-lompat tidak berhenti!

Hani masih pada 'mood popcorn dimasak satu', tapi dia sudah berhenti melompat. Hanya tangan dan riak muka yang masih bergerak dengan aktif.

Dengan mata bersinar-sinar bak mutiara, Hani menjawab, "Hot man, yang hot tadi tu. Argh!!! He gave me his IG... oh my God!!!"

Hani masih pada 'mood popcorn dimasak satu', tapi dia sudah berhenti melompat. Hanya tangan dan riak muka yang masih bergerak dengan aktif.

Hani akhirnya duduk namun duduk tidak bermakna diam, dia tetap menggeletis seperti ikan naik ke darat.

Tiga orang anak buah yang berada bersamanya ketika itu memerhatikannya tanpa kelip.

Sejak mereka selesai membersihkan diri dan bersedia untuk pulang, begitulah keadaan Hani. Pening dibuatnya mahu melayan.

"Ha, baguslah, tak bertepuk amai-amai sebelah tangan. Hani ingat tak IG dia?" Sambil mengangkat bag pakaian basah dan bakul bekalan makanan ringan, Hana bertanya.

Dahi Hana berkerut apabila Hani tiba-tiba diam.

Dia menoleh melihat Hani, sudah kenapa pula tiba-tiba duduk bersila diam-diam pula ni? Tadi bukan main gembira.

Hani menayangkan muka cuaknya. Mata bulat, mulut melopong, jari telunjuk di bibir dan dahi berkerut.

Ah sudah! Ini satu je maknanya.

"Hana, Hani... Hani lupa, Hani lupa! L. U. P. A. Lupa! Hana, Ya Allah macam mana ni?!" Baby ditarik lalu dipeluk.

Konon menyesal sangat kerana terlupa username Harize.

Habislah satu-satu harapannya untuk terus berhubung dengan 'hot man' idamannya.

Masihkah ada peluang untuk dia terus berjumpa dengan 'hot man'? Pastilah tiada!

"Alah... jangan bimbanglah. Kalau berjodoh mesti adanya cara lain. Dah, jom. Nanti lambat sampai rumah." Hana meninggalkan Hani dan tiga orang anak buah mereka dengan dua tangan penuh.

Hani melepaskan nafas berat. Pasrah.

Sudah tiada pilihan melainkan balik. Baby didukung pada paras bahu manakala kakak dan adik dibiar membontotinya ke kereta.

Twins; Play by the Rules [ BLURB ]Where stories live. Discover now