BAB 10

28 5 4
                                    

IMBAS KEMBALI

2017

"I rasa, kita dah tak boleh teruskan hubungan ni lagilah, Namjoon."

"Tapi kenapa, Hyera? Apa salah I sampai you nak minta putus?"

"You tak ada apa-apa salah pun, Namjoon. You, namja paling baik I pernah jumpa. I tak pernah menyesal kenal dan bercinta dengan you. Cuma, you terlalu bijak dan handsome untuk I. I rasa macam kita tak sepadan je. I-"

"Cop, cop. You nak minta putus sebab I terlalu bijak dan handsome je? Dah tiga tahun kita bercinta baru you perasan kita tak sepadan? Lawak apa yang you buat ni?"

"No, Namjoon. I tak buat lawak. I serius. Hubungan kita sampai sini je."

"Wait, Hyera. Jangan buat keputusan melulu. You tahukan betapa I cintakan you? Jangan tinggalkan I, Hyera."

"Maaf, Namjoon. I tahu you cintakan I. Tapi-," Hyera menghentikan kata-katanya dan membuatkan Namjoon semakin tidak keruan.

"Tapi apa, Hyera? You dah jumpa orang yang lagi perfect dari I ke, Hyera?"

Melihatkan Hyera yang hanya mendiamkan dirinya membuatkan Namjoon semakin berang.

JAWAB, KIM HYERA!" tengking Namjoon dengan nafasnya yang tidak teratur akibat menahan amarah yang semakin membara di dalam dirinya.

"Ya," jawab Hyera terkejut dengan tengkingan Namjoon.

Namjoon terkedu dengan jawapan yang diberikan Hyera. Hatinya tadi yang hanya menunggu masa untuk retak rasanya sudah berkecai sebaik sahaja mendengar pengakuan Hyera. Hyera pula perasan dengan perubahan wajah Namjoon, tetapi diketepikan semua itu dan meneruskan penjelasannya.

"Ya, I dah jumpa orang yang perfect untuk I dan untuk pengetahuan you, kita orang akan bertunang tak lama lagi. You, Namjoon. I tak rasa I layak untuk you dan sebab itulah I nak hubungan kita sampai sini je. I harap you lupakan semua kenangan kita selama tiga tahun kita bercinta. I berdoa semoga you berjumpa dengan orang yang lagi baik dari I. I juga berharap supaya kita tak akan berjumpa lagi. Annyeong, Kim Namjoon," Hyera terus mengangkat kakinya dan pergi dari situ.

Hyera tak sanggup untuk tunggu di situ lama lagi kerana takut dia akan mengubah keputusannya. Namjoon pula hanya memerhatikan langkah Hyera sehingga perempuan itu hilang dari pandangannya tanpa berkelip sekali pun. Setelah menunggu lama, Namjoon pun berputus asa dan pulang ke rumah lalu mengurungkan dirinya di dalam biliknya.

"Sampai hati kau buat aku macam ni, Hyera. Sampai hati kau suruh aku lupakan kenangan kita macam tu je tanpa fikir perasaan aku. Sampai hati kau curang. Apa salah aku, Hyera? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" kata Namjoon bersama tangisan dengan matanya tidak lepas memandang kotak cincin yang terletak kemas di atas meja belajarnya.

Asalnya, Namjoon mengajak Hyera ke taman untuk melamarnya, tetapi lain pula yang jadi. Dia pula 'dilamar' dengan pengakuan jujur Hyera. Tanpa dapat ditahan, Namjoon bangun dari duduknya dan mula menumbuk-numbuk dinding biliknya untuk melepaskan kemarahannya. Tangannya yang sakit dan mula berdarah langsung tidak dihiraukan kerana hatinya lebih sakit sekarang.

Tiga hari telah berlalu sejak kejadian itu berlaku namun Namjoon masih belum keluar dari biliknya. Banyak kali juga keluarganya datang memujuk namun Namjoon tetap juga begitu. Satu hari, ketika Seokjin ingin memanggil Namjoon untuk turun makan, tiba-tiba

Pranggg...

Gegendang telinga Seokjin menangkap bunyi kaca pecah dari dalam bilik Namjoon. Seokjin panik kerana bimbang Namjoon akan membuat sesuatu diluar kawalan.

[complete] REFLECTION - KNJ, BTSWhere stories live. Discover now