BAB 14

23 5 0
                                    

"Yoonji, jom ikut omma," ajak Puan Yeri kepada Yoonji yang sedang menikmati juadah tengah harinya.

"Pergi mana, omma?"

"Erm, adalah. Tapi yang pasti kamu mesti ikut omma," jawab Puan Yeri tanpa mahu memberikan jawapan yang jelas.

"Malaslah, omma," kata Yoonji lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Suka hati kamulah. Tapi lepas ni, kamu tak payah sibuk-sibuk nak tanya siapa appa kamu," ugut Puan Yeri apabila dia melihat kedegilan Yoonji.

Suapan Yoonji terhenti sekali lagi setelah dia mendengar ugutan Puan Yeri. Matanya turut dihalakan ke arah Puan Yeri yang berdiri di depannya.

"Kalau kamu nak ikut, kamu pergi bersiap sekarang. Kalau tak, jangan kamu berani tanya pasal appa depan omma lagi!" ugut Puan Yeri lagi dengan suara yang agak tegas.

Yoonji terus berlari ke sinki untuk membasuh tangannya dan pergi ke biliknya untuk bersiap. Gerun juga dia tengok Puan Yeri marah. Setelah beberapa minit, barulah Yoonji selesai bersiap dan pergi ke arah Puan Yeri yang setia menunggunya di ruang tamu.

"Dah jom," kata Puan Yeri seraya menghidupkan enjin keretanya yang berjenama Nissan GTR R35.

"Yoonji, jangan lupa kunci pintu rumah," pesan Puan Yeri.

Selepas melaksanakan arahan Puan Yeri, Yoonji pun masuk ke dalam kereta. Setelah memastikan segalanya sudah bersedia, Puan Yeri pun memandu sehingga tiba di destinasi.

"Rumah siapa ni omma," tanya Yoonji.

Terkedu sebentar Yoonji melihat rumah yang berada di sebelah kanannya. 'Rumah ke istana ni?'

"Ala, kamu ikut jelah. Tapi ingat, walau apapun yang berlaku dekat dalam tu nanti, omma harap kamu tak akan bertindak terburu-buru," pesan Puan Yeri.

Setelah meletakkan kereta di tempat yang disediakan, Puan Yeri pun mematikan enjin lalu keluar dari keretanya, meninggalkan Yoonji dalam keadaan yang terpinga-pinga. Tidak menunggu lama, Yoonji turut keluar dari kereta tersebut dan berjalan ke arah Puan Yeri yang sedang menekan loceng rumah itu. Beberapa saat kemudian, pintu rumah tersebut terbuka dari dalam dan terpacul muka seorang wanita separuh abad.

"Yeri, masuklah," jemput wanita tersebut seraya membuka pintu rumahnya lebih luas untuk menjemput Puan Yeri dan Yoonji masuk.

"Yoora, lama tak jumpa kau," kata Puan Yeri pula lalu dia dan Puan Yoora atau lebih dikenali sebagai Puan Min pun berpelukan.

Perlahan-lahan Puan Yeri melepaskan pelukan mereka berdua lalu pandanagan Puan Min dikalihkan ke arah Yoonji yang ralit memerhatikan mereka berdua.

"Ini eh dia?" tanya Puan Min kepada Puan Yeri.

"Haah."

"Hmm, dah besar dah dia. Kali terakhir tengok, masih baby lagi," kata Puan Min seraya memeluk Yoonji pula membuatkan gadis itu tersentak.

"Lama tak jumpa. Rindunya dekat Yoonji," bisik Puan Min perlahan tetapi dapat didengari oleh Yoonji.

Yoonji pula hanya mengemaskan lagi pelukan mereka. Entah kenapa, dia berasa sungguh selesa berada dalam pelukan Puan Min. Serasa lain pula aura bila dia memeluk Puan Min. Terasa kasih seorang ibu mengalir melalui pelukan itu. Sungguh lain rasanya ketika dia memeluk Puan Yeri. Tidak lama kemudian, Puan Min melepaskan pelukan mereka dan menjemput Puan Yeri dan Yoonji masuk ke dalam rumahnya.

"Yeri, kau ajaklah Yoonji duduk dulu. Aku nak panggil yang lain dulu," kata Puan Min lalu meninggalkan Yoonji dan emaknya di ruang tamu.

"Omma, kenapa kita dekat sini? Kita nak buat apa dekat sini?" tanya Yoonji lagi. Rasanya dia tak akan berhenti bertanya selagi dia tidak dapat jawapan yang sebenarnya.

[complete] REFLECTION - KNJ, BTSWhere stories live. Discover now