BAB 23

13 3 0
                                    

Semua orang, termasuk Hyera dan keluarga mentua Namjoon berada di hospital. Setelah Seokjin selesai melaksanakan pembedahan untuk membuang kaca yang melekat di mukanya akibat kemalangan, kini, mereka semua, kecuali Puan dan Encik Kim, sedang bersiap untuk pulang ke kediaman masing-masing. Namjoon yang hendak masuk ke dalam keretanya baru perasan yang Yoonji tidak mengikutnya tetapi mengikuti Yoongi.

Walaupun telah dipanggil berkali-kali, tetapi Yoonji tetap tidak mengendahkannya dan Yoongi pula yang berjalan ke arahnya.

"Yoongi, tolonglah aku," rayu Namjoon.

"Maaf Namjoon. Tapi Yoonji kata dia tak nak tengok muka kau buat masa sekarang," kata Yoongi.

"Tapi aku suami dia, Yoongi," kata Namjoon cuba menggunakan kuasa vetonya.

"Ya, memang kau suami dia. Tapi, lepas apa yang kau dah buat dekat dia, kau rasa dia kisah ke semua tu?" tanya Yoongi memulangkan paku buah keras.

"Aku tak buat pun semua tu. Hyera cuma perangkap aku supaya rumah tangga aku hancur. Kau percaya aku, kan?" jawab Namjoon.

"Aku percayakan kau. Tapi, kau mestilah bagi Yoonji masa. Lagipun dia tengah mengandung sekarang. Kalau mental dia terjejas, takut terkesan dekat kandungan dia pula," jelas Yoongi.

"Mengandung? Kenapa aku tak tahu pun?" tanya Namjoon kesal.

"Dia nak bagitahu kau waktu birthday kau semalam sebagai hadiah. Alih-alih, dia pula yang dapat 'hadiah'," jawab Yoongi.

"Huh," keluh Namjoon.

"Dahlah, Namjoon. Aku dah nak pergi ni. Stay strong, bro," kata Yoongi seraya mengusap bahu Namjoon untuk memberikan semangat kepada sahabatnya itu sebelum berjalan ke keretanya.

Namjoon hanya memerhatikan kereta Yoongi bergerak dengan harapan Yoonji akan melihat ke arahnya. Namun, Yoonji sedikit pun tidak menoleh ke arahnya. Namjoon mengeluh lagi buat kesekian kalinya sebelum dia juga berjalan ke arah keretanya dan bergerak pulang ke rumahnya.

2 BULAN KEMUDIAN

Walaupun dua bulan telah berlalu, namun Namjoon masih tidak dapat membiasakan dirinya untuk hidup tanpa Yoonji. Pelbagai cara telah Namjoon cuba untuk membaiki rumah tangganya, namun segalanya gagal seperti benar-benar ingin melihat rumah tangga mereka musnah.

"Sayang, susah sangat ke awak nak percayakan saya," keluh Namjoon sambil menatap gambar perkahwinannya.

Seketika kemudian, dia menatap refleksi dirinya di cermin meja solek sebelum merefleks kembali saat dia baru bertemu dengan Yoonji sehinggalah saat mereka sudah berkahwin. Satu-satu peristiwa di antara mereka diputar kembali seperti sebuah filem membuatkan tubir mata Namjoon mula bergenang.

IMBAS KEMBALI

"Nama saya Min Yoonji. Apa nama awak?"

"Kim Namjoon."

"Okaylah. Kalau macam tu, saya akan terus pegang tangan awak supaya tak ada orang boleh sakitkan hati awak."

"Ehek. Kenapa awak cakap macam tu? Malulah saya."

"Yoonji, please look at my face and listen this. I like you, no, I mean I love you."

"Now, Yoonji. Will you be my girlfriend?"

"I will."

"Saya dah fikir benda ni banyak kali, dear. Dan saya bertekad untuk jadikan awak sebagai suri hidup saya. So, once again, Min Yoonji, will you marry me?"

"Yes."

"Yes, thank you, dear. Saya janji akan jadikan awak perempuan paling gembira di dunia."

TAMAT IMBAS KEMBALI

Tanpa dapat ditahan, air mata Namjoon mula mengalir saat dia teringat akan janjinya pada Yoonji saat dia melamar Yoonji. Sungguh benar kata orang, jangan terlalu banyak membuat janji yang kita tak mampu nak kotakan. Takut nanti tak dapat nak tunaikan.

"Maafkan saya sayang. Saya gagal kotakan janji saya untuk jadikan awak wanita paling gembira di dunia," kata Namjoon kepada diri sendiri sambil matanya masih memandang refleksi dirinya di cermin.

Ding dong~

Loceng pintu rumahnya berbunyi saat Namjoon masih melayani perasaannha. Tanpa mambuang masa, Namjoon terus mengelap air matanya sebelum turun ke bawah untuk membuka pintu. Dalam hatinya sangat berharap orang itu adalah Yoonji.

Namun, hampa. Kerana orang tersebut bukanlah Yoonji tetapi orang yang paling dia tidak mahu jumpa. Siapa lagi kalau bukan Kim Hyera.

"Apa lagi kau nak haa? Tak puas lagi ke kau dah hancurkan rumah tangga aku. Sebabkan tu juga hyung aku accident. Sekarang, kau nak ketawakan aku depan muka aku ke? Haa, silakan," sembur Namjoon.

Panggilannya kepada Hyera turut ditukar. Semakin kita baik dengan dia, semakin dia pijak kepala kita pula. Sumpah, sakit hatinya mengenangkan jasa 'baik' yang Hyera tabur padanya. Kalau dapat diulang masa, pasti saja Namjoon tidak akan menerima ajakan Hyera untuk minum dengannya.

"Maafkan I, Namjoon. I tahu perbuatan I salah. I tak patut ganggu rumah tangga you," kata Hyera dengan air matanya mengalir menuruni pipinya.

"Minta maaf konon. Kalau salah, minta maaf, kalau salah minta maaf. Kau ingat dengan maaf boleh sedarkan hyung aku yang tengah terlantar dekat hospital tu ke haa?!

Boleh pulihkan rumah tangga aku?! Lepas dah buat salah besar, kau tak malu ke jumpa aku?! Datang minta maaf, lepas tu buat lagi! Eh perempuan, aku dah penatlah layan drama kau! PENAT!

Kau tahu tak, disebabkan perbuatan bodoh kau tu, isteri aku dah tak nak jumpa aku?! Tahniah aku ucapkan. Sebab rancangan kau untuk musnahkan rumah tangga aku dah berjaya.

Selama ni, aku layan kau elok-elok sebab aku hormatkan kau sebagai kakak ipar aku. Tapi disebabkan perbuatan bodoh kau tu, aku rasa tak perlulah aku hormatkan kau lagi. Kau tak layak dihormati!" tengking Namjoon.

Empangan air matanya turut pecah membuatkan dia menangis di hadapan Hyera buat pertama kali. Hyera yang melihat semakin dihimpit perasaan bersalah.

"Namjoon, I minta maaf sangat-sangat. Ya, I mengaku yang perbuatan I hendak merobohkan rumah tangga you adalah perbuatan bodoh. Tapi perbuatan paling bodoh yang pernah I buat adalah mensia-siakan abang you.

Okay, macam nilah. I sanggup buat apa-apa sahaja supaya you maafkan I," rayu Hyera.

"Betul kau sanggup buat apa sahaja?" tanya Namjoon sinis.

"Ya," jawab Hyera.

"Then, aku minta kau jangan sekali-kali muncul depan muka aku lagi. Aku jijik dengan kau. Dan satu lagi, aku nak kau tinggalkan hyung aku.

Cukuplah dengan apa yang kau dah buat kepada dia. Aku pun tak tahu apa lagi yang kau nak buat dekat keluarga kita orang lepas ni. Sekarang, aku nak kau berambus dari rumah aku. BERAMBUS!" tengking Namjoon lagi lalu menghempas pintu rumahnya.

"NAMJOON!!!" raung Hyera dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah Namjoon namun sedikit pun tidak dilayan oleh Namjoon.

HYERA

"Oppa, I datang ni. I minta maaf sebab curang kepada you. I memang isteri tak gunakan?" kata Hyera ketika dia datang melawat Seokjin.

"Oppa nak tahu lagi tak? Tadi I pergi rumah Namjoon sebab nak minta maaf dekat dia. Tapi, dia tengking dan halau I pula.

You tahu apa lagi yang dia cakap? Dia suruh I tinggalkan you. Tapi, I tak sanggup you. Lepas you accident, baru I tahu yang selama ni, I tak cintakan Namjoon pun.

I cuma nak tengok rumah tangga diaorang hancur je. I tak tahulah kenapa I buat macam tu. Dan disebabkan itulah I selalu abaikan you.

You, sedarlah cepat. Hiks, I dah tak ada sesiapa lagi dah ni. I menyesal sebab tak layan you macam mana I sepatutnya layan you. I rasa inilah karma terhadap apa yang I dah buat selama ni," luah Hyera sambil menangis walaupun dia tahu yang Seokjin tidak mendengarnya.

"Mmm, dah lama sangat I lawat you ni. Esok I datang lagi, ya. Bye," kata Hyera lalu mencium dahi Seokjin sebelum pergi ke keretanya untuk pulang ke rumahnya.

[complete] REFLECTION - KNJ, BTSWhere stories live. Discover now