BAB 1

336 28 12
                                    

"MR. J, Encik Ray dah larikan diri."

"Apa, Capone? Habis tu kenapa korang tak tangkap? Takkan semua aku nak ajar?" Jimmy naik angin dan melempar tenungan tajam lurus tepat ke muka setiausahanya itu.

"Kami dah cari dia di semua tempat termasuk ofis dia, dia dah tak de. Dan kami dapat tahu dari orang gaji dia yang Encik Ray dah fly ke luar negara beberapa hari lalu."

Jimmy merengus sambil membilang sesuatu pada jari sendiri menghairankan Capone. Berkerut-kerut mukanya menyaksikan tingkah Mr. Boss.

"RM50K hutang tak bayar lagi. Ditambah hutang baru lagi RM150K. Kira-kira jumlah semua, RM200K. 2 tahun tak bayar. Aku tak minta dia bayar bunga pun. Tapi, 2 tahun lari dari bayar hutang? Masa nak pinjam bukan main lagi pujuk rayu aku bagi pinjaman dengan jumlah yang besar. Perjanjian yang dibuat hanya tinggal janji kosong dan sampah! Fuh rugi rugi rugi. Bankrupt syarikat aku kalau sepuluh orang liat nak bayar macam ni. Aku tak kira, korang kena cari lokasi dia sampai dapat. Bagi info dekat aku. Kali ni, aku sendiri yang akan turun padang. Kau tunggu nasib kau, Ray. Kau takkan boleh lari dari Mr. J!" Jimmy sudah bangkit dengan muka bengis terus keluar dari situ sebaik memakai blazer corak batik bertanah putih dari ruangan bilik pejabat mewahnya diiringi beberapa konconya.

Dua hari kemudian, Jimmy bersiap-siap dengan membawa beg bagasi masuk kereta setelah mendapat maklumat terkini tentang keberadaan Ray. Copone menghantar Jimmy ke lapangan terbang.

"Capone, kau dah tempah hotel khas untuk aku kat sana dah, kan?" soal Jimmy, serius.

"Ya sudah, Mr. J," jawab Capone sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Bagus. Pembantu dan pengurus aku di sana pun kau dah carikan? Sebabnya aku sampai je sana aku tak suka menunggu. Aku nak aku sampai je sana dah ada yang menunggu aku. Kau dah bereskan semua?" Lelaki itu menyoal untuk kesekian kalinya demi memastikan semua sudah tersedia kerana dia bukan sejenis manusia yang suka menunggu dan penyabar.

"Jangan risau Mr. J. Semua ditanggung beres. Saya dah bayar upah orang sana yang pandai berbahasa melayu untuk uruskan makan pakai tuan di sana nanti." Capone meyakinkan Jimmy membuatkan lelaki itu diam. Tanda puas hati dengan kerja Capone.

Hari itu Jimmy menaiki kapal terbang sendiri tanpa konco-konconya kerana mereka telah diberikan tugas olehnya untuk uruskan penghutang yang lain. Penerbangan yang memakan masa selama beberapa jam itu menjadikan lelaki itu kebosanan. Dia mula melayan lagu dari earphone yang dibawa dari rumah. Dalam banyak-banyak lagu boleh pula terkeluar Aewo nyanyian Shiha Zikir feat Noki. Mahu tak mahu, Jimmy layan sahajalah daripada tak ada langsung. Buat ubat tidurnya biar lebih nyenyak.

"Encik? Encik? Bangun." Baru hendak mimpi bercuti di sebuah ladang lembu, ada pula suara yang mengganggu halwa pendengarannya. Lelaki itu mencelik mata lingas mencari si empunya suara.

"Encik, bangun." Suara itu kedengaran lagi. Jimmy menoleh ke sebelah kirinya. Figura wanita cantik berpakaian seragam peramugari menginjatkan tubuhnya. Lantas dia menegakkan posisi.

"Eh kenapa awak kejut saya?"

"Kita dah sampai ke Perancis. Encik pesan awal-awal kalau dah sampai encik suruh saya kejutkan encik dari tidur," maklum wanita berwajah manis dan berlesung pipit di pipi mencantikkan pandangan Mr. J. Perlahan-lahan hujung bibir lelaki itu naik menconget ke kanan merenung gadis itu.

"Oh ya. Terlupa pula. Terima kasih, si cantik."

"Sama-sama, encik." Gadis itu meminta diri sebaik menjawab ungkapan terima kasih dari penumpang VIP mereka itu.

Jimmy bangkit dan keluar dari situ.

Masuk sahaja ke pintu gate, dia mencari seseorang yang memegang sepanduk namanya. Bebola matanya yang ralit melilau itu, terpasak pada seseorang membuatkan dia terpaku hingga membuka kacamata perangnya dari tersarung di relung mata.

COUNTLESS LOVE(complete)Where stories live. Discover now