BAB 10

39 18 0
                                    

MR. J. & CIK MANIS

BAB 10

BUK! Buk!

Kedengaran pisau lapah daging dengan bunyi pintu besi ditutup kuat mencucuk gegendang telinga Jimmy hingga mencelikkan matanya.

Asap mendesis merengahkan  lelaki itu pabila terhidu bau hangit seperti sesuatu terbakar. Rintihan kecil terluah dari mulut seseorang.

Blum!

Tiba-tiba dia terasa tubuhnya jatuh merudum ke dalam akuarium besar dan berais sejuk ditambah bauan air alcohol yang dicampur menggigilkan tubuh itu.

     Dalam kekaburan mata, Jimmy terlihat seseorang mendekati akuarium dengan muka dinginnya. Kelihatan mulut lelaki itu bergerak-gerak seakan berkata sesuatu yang tidak dapat didengari dengan jelas butir bicaranya. Nafas Jimmy makin semput akibat kekurangan oksigen. Jika dibiarkan lagi, dia mungkin akan mati. Ais mula membekukan tubuhnya yang tidak berbaju itu juga terdapat kesan-kesan calar serta toresan panjang memedihkan kulit tubuh. Dia menahan rasa tegang ngilu itu. Dia cuba melonjak naik ke atas. Ia terlalu sukar kerana kaki dan tangannya digari dengan rantai besi. Dia perlu berfikir drastik dan spontan demi menyelamatkan diri keluar dari situ hidup-hidup. Mahu mencari siapa si empunya angkara.

      Jimmy pejamkan mata dan menahan nafas. Dia lembutkan tubuh bagaikan agar-agar dan membiarkan tubuh itu terkulai mendarat tubuh ke dasar akuarium. Seolah-olah pitam. Tidak sampai beberapa saat tubuh itu ditarik keluar dari situ.

      “Bos, dia dah tak bernafas!” Salah seorang staf memaklumkan kondisi Jimmy kepada ketua mereka.

      “Bawa dia turun. Letak atas katil operasi,” arah seorang lelaki kepada stafnya.

      Mereka akur arahan dan membawa tubuh teranggung-anggip si Jimmy ke atas katil simen yang terletak di tengah ruangan.

     Seorang lelaki bertopeng menyeluk tangan ke dalam kocek lalu mendekati tubuh sejuk beku si Jimmy Mr. Penggertak hutang agak terkenal di abad ini. Dia menyeringai sengih. Kedua jarinya letak pada pangkal leher bahagian urat nadi Jimmy untuk memastikan lelaki itu benar-benar tidak lagi bernyawa.

       “Alang-alang dia dah mati, kita jalankan operasi sekarang,” perintah lelaki itu dan pergi dari situ dengan penuh bergaya.

       Seorang pembantu yang pakar dalam bahagian pemotongan memulakan tugasnya dengan mengeluarkan alat-alat pembedahan. Setelah semua peralatan telah disediakan, lelaki tadi muncul semula bersama sut penuh seperti pakaian hendak ke bulan.  Pelitup muka dipakai menutupi separuh dari wajahnya. Bersedia untuk menjalankan operasi. Rantai besi yang menggari  tangan dan kaki Jimmy ditanggalkan dengan kapak lapah daging.
   
         Sebahagian dari lebihan operasi mereka tadi telah dimasukkan ke dalam ketuhar simen besar oleh staf yang lain. Lalu memasang suis set masa suhu pemanasan. Manakala separuh lagi bahagian cebisan daging dan kulit tubuh, staf-staf di situ membawa keluar dari situ sebaik meletak ia ke dalam troli besi hospital. Entah mahu dibawa ke mana. Pintu bilik operasi ditutup rapat membiarkan lelaki tadi bersama pembantunya yang pakar bahagian pemotongan di situ hanya bertiga.

         Lelaki itu mengeluarkan pisau skalpel, lancet dan bisturi bersaiz 11 hingga ke 20 tersedia atas tray. Mahu membelah dan menyayat dada Jimmy dengan penuh hati-hati dek tidak mahu barang dalaman rosak.

         Baru sahaja pisau itu berjaya mencecah kulit dada putih si Jimmy…

    Pak!
  
        Satu tendangan kaki kuat mengena muka doktor lelaki itu sehingga jatuh terlentang ke belakang. Jimmy bangkit dan melompat turun dari katil simen yang dipenuhi merbak haruman hanyir darah. Mereka cuba menangkap dia malangnya, dia lebih pantas bertindak dengan mencekau semua pisau bedah atas tray lantas, membaling tepat mengena mata dan tubuh mereka. Dia mengambil kesempatan itu melarikan diri keluar sebaik berjaya membuka pintu.

COUNTLESS LOVE(complete)Where stories live. Discover now