dua

72 11 8
                                    

Hyeneul memandang ke arah sebuah rumah milik lelaki yang dirinduinya. Dia mengeluh perlahan sebelum keluar dari keretanya.

Dia hidup lagi selepas dia disahkan sembuh dari kanser paru-paru. Tetapi kanser itu boleh menyerang kembali kalau dia tidak menjaga pemakanannya.

Dia menekan loceng rumah dan pintu terbuka. Terpampang wajah yang di rinduinya.

Chan terkejut melihat seseorang di hadapannya. Tapi segera mengawal riak wajahnya.

"Kenapa kau datang balik?" Tanya Chan dengan nada dingin. Hyeneul menundukkan kepalanya.

"Nak jilat ludah kau balik hmm" sambung Chan. Hyeneul memandang ke arah Chan.

"Saya terpaksa Chan, maafkan saya"

"Pergi balik, aku dah cakap jangan tunjuk muka kau dekat aku kan"

Hyeneul meraih tangan Chan tetapi tangannya di tepis laju oleh Chan.

"Chan, saya masih sayangkan awak. Awak tak rindu saya ke?" Chan tertawa sinis. Dia menyilang tangannya ke dadanya.

"Aku rindu kau? Pergi mati dengan rindu kau lah! Kau dah lupa apa yang dah berlaku tiga tahun lepas!? Kau pergi tanpa ada sebab yang kukuh, aku ni mati-mati fikirkan apa salah aku. Tapi kau? Kau pentingkan diri kau tanpa fikir perasaan aku dekat kau. Aku dah cakap, aku dah mula benci kau! Berambus lah!" Jerkah Chan seraya menolak tubuh Hyeneul sebelum menutup pintu rumahnya.

"Chan! Buka pintu ni. Saya boleh jelaskan kenapa saya pergi. Tolong, jangan benci saya" rintih Hyeneul sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah milik Chan. Chan hanya membiarkan ketukan pintu itu.

"Pergilah, jangan runtuhkan ego aku" ujar Chan perlahan. Dia berusaha untuk tidak mengalirkan air matanya. Dia mengetap bibir sebelum melangkah perlahan menuju ke arah sofa.

Ketukan pintu sudah tidak kedengaran. Mungkin gadis itu sudah penat untuk menyuruhnya membuka pintu. Tiba-tiba ada sebuah kertas masuk ke dalam rumahnya melalui celahan pintu itu.

"Saya pergi dulu" kata Hyeneul sebelum berjalan pergi dari rumah Chan. Chan mengambil kertas itu dan membukanya.

Chan, saya ada sebab kenapa saya akhiri hubungan kita. Saya ingatkan saya akan pergi tetapi tuhan beri izin untuk saya kembali. Saya sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kemaafan dari awak

Kim Hyeneul

"Apa maksud dia?" Soal Chan kepada dirinya sendiri sebelum meletakkan kertas itu di celahan almari.

________

Hyeneul meneguk air selepas menelan ubat yang di bekalkan dari hospital. Dahinya berkerut menahan rasa pahit ubat yang lalu di tekaknya.

Dirinya termenung jauh mengingatkan kata-kata Chan tadi. Dia sedar dia terlalu pentingkan diri tanpa berfikir perasaan lelaki itu.

Memang patut lelaki itu membencinya. Dirinya tidak layak untuk bersama dengan Chan. Perlahan-lahan air matanya menitis laju mengalir di pipinya.

"Chan maafkan saya please. Saya tak sanggup nak tanggung kesalahan saya kepada awak. Saya menyesal buat keputusan melulu. Awak mesti terseksa bukan? Jahatnya saya kepada awak"

Hyeneul menekup mukanya ke atas meja sebelum menangis teresak-esak. Rasa bersalah semakin menebal di dalam hatinya.

Masih panjangkah kehidupannya tanpa Chan di sisi?

To be continue


[✓]HATE TO ADMIT IT ☾︎ʙᴀɴɢᴄʜᴀɴ☽︎Where stories live. Discover now