enam

76 9 2
                                    

Chan tersentak apabila ada seseorang menepuk bahunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chan tersentak apabila ada seseorang menepuk bahunya. Dia memandang ke arah manusia yang menepuk bahunya.

"Felix, kau kenapa?" Tanya Chan sedaya-upaya melupakan apa yang dia nampak tadi. Dia tidak mahu hanya sebab perkara itu, dia dengan Felix bergaduh.

"Tiada apa lah. Aku tengok kau termenung jauh. Something want to share?" Balas Felix. Chan menggelengkan kepalanya tanda tiada benda nak di kongsikan.

"Kau dengan Hyeneul ada hubungan ke?" Soal Chan tiba-tiba. Felix mengangkat kening apabila mendengar soalan dari sahabat baiknya.

"Kau cemburu?"

"Tidak lah, aku tanya je" tipu Chan. Felix tergelak kecil sebelum meletakkan tangannya ke atas meja cafe itu.

"Chan, aku bukan kenal kau sehari dua. Tapi 10 tahun Chan. Kau paling teruk kalau nak menipu orang. Kau masih ada perasaan cinta dekat Hyeneul kan" ujar Felix. Chan terdiam mendengar apa yang keluar dari mulutnya lelaki di hadapannya.

"Dia tipu aku Felix, dia kata dia nak bersama dengan aku sampai ke akhir hayat. Tapi mana janji dia? Dia tinggalkan aku selama tiga tahun tanpa khabar berita dan tahun ni dia muncul balik seolah tiada apa yang berlaku. Hati aku sakit lix" luah Chan sebelum meraup wajahnya kasar. Felix tersenyum kecil sebelum mengatakan sesuatu.

"Jangan di sebabkan ego kau Chan, kau yang akan menyesal. Dia ada sebab kenapa dia tinggalkan kau. Bila dia nak jelaskan, kau buat tak tahu dan hina dia. Korang berdua terseksa antara satu sama lain"

"Aku-" Chan hilang kata-kata. Betulkah gadis itu turut terseksa seperti dirinya. Felix mengeluh kecil sebelum menepuk bahu Chan.

"Fikir-fikirkan lah. Keputusan di tangan kau, jangan ikutkan apa yang ada dalam fikiran kau. Ikut hati kau" pesan Felix. Chan mengangguk seraya tersenyum manis.

"Gomawo sebab tolong aku"

"Gwaechana, kau kan kawan baik aku"

Chan ketawa kecil. Dia termenung seketika. Dia mengeluh perlahan. Patut ke dia dengar nasihat Felix?

___________


Malam

Hyeneul termenung jauh dari balkoni rumahnya. Hatinya berbelah bahagi untuk melupakan lelaki itu atau tidak.

"Eomma appa kenapa susah sangat Hye nak buat keputusan. Hye takut hiks" ujar gadis itu perlahan seraya merapatkan lututnya ke dada. Dia membiarkan air mata mengalir dari tubir matanya.

"Keluar lah, nak tenangkan fikiran" Hyeneul keluar dari bilik dan menapak turun menuju ke ruang tamu.

"Oppa, Hye nak keluar kejap" pinta Hyeneul.

"Hmm jangan balik lewat"

"Okay"

Skip

Hyeneul melabuhkan punggungnya di atas bangku yang tersedia di taman. Dia merenung ke arah langit gelap. Tiada satu pun bintang berada di langit.

"Saya tak nak berputus asa untuk raih cinta awak. Tapi, oppa saya suruh saya lupakan awak. Hati saya berbelah-bagi sama ada untuk lupa awak atau tidak. Awak istimewa di dalam hati saya. Kenapa dunia ni tak pernah adil?" Ujar Hyeneul perlahan dan didengari oleh seseorang.

Lelaki itu menanggalkan jaketnya dan meletakkan di badan Hyeneul. Hyeneul tersentak dan terus memandang ke arah orang yang meletakkan jaket itu. Hyeneul terkejut apabila melihat Chan ada di belakangnya.

"Kau dah tahu kau akan demam bila duduk luar. Kenapa pakai baju nipis?" Tanya Chan dingin. Hyeneul hanya membiarkan pertanyaan Chan dan terus melihat langit.

"Awak buat apa dekat sini?"

"Saja"

Chan duduk di sebelah Hyeneul. Hyeneul hanya membiarkan lelaki itu. Suasana janggal mula berlaku.

"Kau tak nak jelaskan sebab apa kau tinggalkan aku?"

"Perlu ke? Awak sendiri yang tak nak dengar"

"Aku nak dengar sekarang" pinta Chan. Hyeneul menghela nafas berat. Dia menggenggam kedua tangannya.

"Saya di sahkan menghidap kanser paru-paru dan terpaksa putuskan hubungan kita disebabkan saya kena bertolak ke Malaysia untuk melakukan pembedahan dan rawatan. Saya tak nak awak rasa terbeban dengan kanser saya. Saya ingatkan saya akan pergi tapi tuhan berikan kesempatan untuk saya kembali pada awak" jelas Hyeneul panjang lebar tanpa memandang wajah Chan.

Chan terkedu mendengar penjelasan yang keluar dari mulut gadis itu. Tanpa sedar air mata mengalir dari tubir matanya.

"K-kenapa kau tak nak beritahu aku pasal ni. Aku pun berhak tahu!" Marah Chan. Hyeneul memejamkan matanya. Dia takut apabila melihat kemarahan dari jejaka kelahiran Australia itu.

"Jawab Han Hyeneul" desak Chan.

"Saya tak nak awak menyusahkan diri awak untuk saya! Awak sendiri tahu, saya tak suka menyusahkan orang!" Balas Hyeneul. Nafasnya mula tidak teratur sebelum menangis teresak-esak. Chan menarik gadis itu masuk ke dalam dakapannya.

"I hate to admit that I still love you. I tried to forget you, but never succeeded. You always come into my dreams. I always think of you every day. Aku rindu kau" ujar Chan seraya mengesat air mata Hyeneul.

"Uljima chagiya, saya tak suka tengok awak menangis lagi" kata Chan.

"Jangan benci saya lagi"

"Tak saya takkan benci awak lagi"

Chan memberikan senyuman kepada Hyeneul. Dia mengusap perlahan pipi Hyeneul sebelum menghapuskan jarak mereka.

To be continue

[✓]HATE TO ADMIT IT ☾︎ʙᴀɴɢᴄʜᴀɴ☽︎Where stories live. Discover now