empat

69 11 8
                                    

Chan melangkah masuk ke dalam sebuah cafe selepas mendapat panggilan dari seseorang. Dia melihat seorang lelaki sedang bermain telefon. Laju kakinya menghampiri meja itu.

"Maaf lambat" kata Chan. Jisung mengangguk seraya tersenyum kecil. Dia menyuruh lelaki di hadapannya duduk.

"Kenapa nak jumpa aku?" Tanya Chan. Jisung memandang ke arah Chan.

"Kau betul-betul benci adik aku ke?"

Chan mendecit halus sebelum ketawa kecil.

"Dia suruh kau pujuk aku untuk terima dia? Tch, dia lupa apa yang dia dah buat dekat aku?" Balas Chan dengan riak wajah kosong. Jisung mengeluh perlahan.

"Dia putuskan hubungan kau dengan dia ada sebab. Adik aku takkan putuskan hubungan dengan seseorang yang dia sayang dan dia cintai. Dia terpaksa" kata Jisung. Chan memeluk tubuhnya.

"Kenapa dia tak nak beritahu aku masa mula-mula dia nak putuskan hubungan aku dengan dia. Mesti dia ada jantan lain ataupun dia hilang maruah?" Soal Chan sinis dan sengaja memperlahankan suara. Jisung menggenggam penumbuk sehingga tangannya mula memerah.

"Jaga mulut kau Christopher Bang, jangan di sebabkan ego kau. Kau yang akan menyesal. Hyeneul jom balik" marah Jisung seraya bangun dari kerusi dan menarik tangan Hyeneul yang berada di meja sebelahnya. Chan terkedu melihat Hyeneul yang di tarik oleh Jisung.

Hyeneul memandang Chan sebelum mengalihkan pandangannya. Hatinya cukup sakit mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Tapi dia tak ambil kisah sangat, perbuatan dia lagi teruk dari kata-kata Chan. Tiba-tiba kepalanya mula berat, dia menarik tangannya dan memegang kepalanya. Jisung terhenti apabila pegangan tangan adiknya terlepas.

Bbuk

Tubuh Hyeneul terjatuh di atas tanah. Jisung terkejut sebelum menghampiri adiknya. Chan yang melihat ingin bangkit dari kerusi tetapi kakinya seolah di gam.

"Adik hey bangun lah. Kau mesti tak makan ubat. Haih degil" ujar Jisung sebelum mendukung Hyeneul dan menuju ke arah kereta miliknya.

"Ubat? Apa maksud Jisung?" Soal Chan kepadanya dirinya sendiri. Dia memandang risau ke arah Hyeneul yang didukung oleh Jisung.

________

"Adik awak okay je cuma dia terlambat makan ubat. Jangan bagi dia stress selalu. Paru-paru dia belum sepenuhnya pulih, ada lagi sel sel kanser yang berada di paru-parunya" pesan doktor peribadi keluarga Han. Jisung mengangguk sebelum melihat adiknya yang masih belum sedar lagi.

"Dia kena tahan wad ke?" Tanya Jisung. Doktor Kim menggelengkan kepalanya. Tangannya menyeluk poket kot putihnya.

"Keadaan dia belum seteruk dulu, kalau kesihatan dia semakin merosot. Barulah dia kena duduk dalam wad" balas Doktor Kim.

"Baik doktor. Terima kasih"

"Sama-sama"

"Doktor, saya nak minta tolong" Doktor Kim mengerutkan dahinya. Jisung mengeluh perlahan.

"Kalau ada sesiapa tanya keadaan adik saya ke apa. Jangan sesekali beritahu" pinta Jisung.

"Baiklah kalau itu permintaan kamu. Saya pergi dulu, ada pesakit lain nak saya rawat"

Jisung mengangguk. Dia menghantar pemergian Doktor Kim dari ekor matanya. Dia menolak pintu wad dan melangkah masuk.

"Erghh" Hyeneul tersedar daripada pengsan. Jisung segera menghampiri adiknya.

"Kenapa tak makan ubat tadi?" Tanya Jisung dengan pandangan dingin. Hyeneul menundukkan kepala ke bawah. Jisung mengeluh kecil sebelum melabuhkan punggung di atas katil itu.

"Hye bukan tak nak makan tapi Hye terlupa. Maafkan Hye" balas Hyeneul perlahan. Jisung mengusap perlahan rambut adiknya.

"Jangan buat lagi, Hye je satu-satunya adik oppa. Cukuplah eomma appa pergi takkan adik pula"

"Nae.."

"Lupakan Chan okay" ujar Jisung. Hyeneul memandang ke arah Jisung dengan kerutan di dahi.

"T-tapi kenapa pula?" Soal Hyeneul.

"Adik tak dengar apa yang dia kata dekat adik? Dia hina adik tahu tak. Ingat oppa tak sakit hati ke apa yang dia kata dekat Hye" balas Jisung.

"Hye okay je. Kalau nak dibandingkan dengan perbuatan Hye dekat dia. Hye lagi teruk" ujar Hyeneul. Jisung memegang pipi  Hyeneul.

"Jangan terlalu baik. Tak ke semua orang boleh terima dengan kebaikan kita" pesan Jisung. Hyeneul tersenyum kecil dan mengelap air mata yang keluar dari mata Jisung.

"Naeeee"

"Kyeopta"

To be continue

Vote and comment

[✓]HATE TO ADMIT IT ☾︎ʙᴀɴɢᴄʜᴀɴ☽︎Where stories live. Discover now