002

42 8 85
                                    


- Arahan : Sila masuk ke hutan yang berada di lokasi yang telah saya hantar sebelum pukul sebelas pagi.

Ingat.

Jangan lambat.

Jika tidak anda akan dikenakan hukuman.


Tepat pukul sebelas, para pemain lengkap berkumpul di dalam hutan yang telah ditetapkan. Riak wajah masing-masing jelas menunjukkan raut sedih dan kecewa, yakni ia berkait rapat dengan kes kehilangan Fiqa yang masih lesap sehari lalu.

''Aku yakin yang Fiqa hilang sebab game tu...'' ucap Ika dengan tatapan yang menyimpan seribu kekesalan. Aina disebelah hanya mampu menepuk bahu Ika, tanda turut sama berduka cita.

Haiz yang tampaknya tertekan terus melontarkan batu yang langsung tidak berbuat salah kepadanya. ''Siapa berani hantar link game budu tu ke group?! Sebab dialah, eomma aku hilang!'' Kemarahannya kian memuncak, namun tidak dapat menutup fakta sebenar yang dia sedang menangis.

Soalan yang diajukan itu membuat mereka semua tergamam, seakan baru perasan akan sesuatu.

''Ha'ahlah, siapa yang hantar link tu eh?'' soal Nuura dengan wajah keliru bercampur musykil.

Aina dan Ika pula saling berpandangan sebelum kedua-duanya mengangkat bahu tanda tidak menemui jawapan yang dicari. ''Entah, kitorang pun tak pasti.''

''Aik, peliknya... tak silap aku, kita lima je kan dalam group tu?'' Sebelah kening dijongket. Haiz terus memandang wajah mereka bertiga satu persatu.

Dalam kebingungan yang melanda mereka semua, tiba-tiba saja mereka dikejutkan dengan deringan kuat yang datang dari telefon pintar mereka tanda ada notifikasi baru yang masuk.


- Arahan : Tahniah , anda semua berjaya laksanakan arahan yang diberi ! Sekarang , sila masuk ke dalam gua yang berada di dalam hutan ini dalam masa 30 minit. Jangan risau , lokasi gua tersebut telah dihantar kepada kamu supaya tiada alasan lagi bagi kamu untuk tidak melakukan apa yang diarah.

Jangan. Sesekali. Lambat.


''Hekleh... lepas suruh masuk hutan, suruh pulak kita masuk gua? Dia ingat kaki kita ni gerak ikut penunjuk dia ke apa? Boleh jalanlah!''rungut Haiz geram, mahu saja telefon itu dicampak masuk ke dalam laut. Namun memikirkan pasti telinganya bakal bernanah apabila dibebel ibu ayahnya jika perkara itu berlaku, terus dia membatalkan niatnya.

''Nak buat macam mana, terpaksalah kita jadi babu dia selama kita sertai game ni. Kalau tak, mati dalam kelalaianlah kita dibuatnya.'' balas Ika mendatar lalu menarik beg sandang yang diletakkan pada permukaan rumput.

Jawapan yang diberikan cukup membuatkan Nuura dan Haiz menayangkan wajah tidak puas hati. ''Kalau aku tau siapa yang buat game non akhlak ni, aku akan belasah dia sampai urat berak dia terputus!'' Dengan mata bersinar-sinar penuh dendam, Nuura menyatakan hasratnya.

Aina yang mendengarnya terus tertawa kecil. ''Hekleh yelah tu... dulu pun Nuuchan pernah cakap camtu ngan pembuli yang buli saya, tup-tup bila bersemuka terus kecut macam semut. Hehe!'' Dan akhirnya ia diakhiri dengan paluan tidak puas hati oleh Nuura.

Trust or Not ?? [ game version ] ✓Where stories live. Discover now