003

35 9 55
                                    


''Ika!! Nuura!! Haiz!!''

Berlari-lari anak Aina dibuatnya mencari gerangan rakan baik yang dicari-cari. Rasa menyesal dan hiba bercampur bauk, seakan-akan mahu rasa bersalahnya tidak berpenghujung. Merata penjuru dicari supaya wajah ketiga rakannya itu dapat dilihat semula, namun susuk yang dinantikan masih tak kunjung tiba. Akhirnya, Aina mula menukar haluan ke arah yang tidak dijejakinya sejak tadi.

Lubang jalan ke kanan.

Aina meneguk air liurnya perit sebelum berjalan menghampiri lubang tersebut. Maka hampir terjojollah kedua biji matanya, melihat saja ada percikan darah yang bersepah di merata tempat membuatkan dia terus menekup mulutnya.

''A-apakah...'' Hampir saja menangis Aina dibuatnya, memandang saja segenap ruang yang ada disitu sebelum dia mendapati ada satu barang yang tercicir pada permukaan lantai gua.

''Telefon Haiz...'' Telefon itu dicapai sebelum digenggam erat. Bibirnya diketap kuat, rasa menyesal semakin menjadi-jadi menyengat hatinya.

Tiba-tiba saja, telefon yang dipegangnya itu berbunyi kuat, menandakan ada notifikasi yang baru masuk. Dengan degupan jantung yang tidak teratur, Aina mula membuka inbox tersebut lalu mesej yang dikemukakan dibaca satu persatu.


Tahniah !

Anda berjaya menjadi peserta terakhir permainan ini ! 

Jika anda berjaya menyelesaikan soalan terakhir , anda boleh membawa balik sejumlah wang tunai dengan selamat.

Jika tidak , nasib anda sama sahaja dengan rakan-rakan anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa peka dan berwaspada.


''Err... jadi apa soalan terakhirnya...?'' soal Aina dengan nada teragak-agak. Dia mula memandang sekeliling, mana tau tetibeh ada soalan melekat kat dinding gua.

Sekali lagi, dia menerima mesej baru melalui telefon Haiz. Entah mengapa, kot-kot yang mesej dia tu malaih nak contact dia guna nombor asal dia.


Soalan terakhir akan dikemukakan nanti. Sila bersabar , kalau tak nak aku hempuk.


''Eh- eh. Tibeh.'' balas Aina dengan wajah mendatar, lalu dia kembali bangkit menuju ke lorong paling hujung. Walaupun dia tahu yang Ika dan lain-lain sudah 'terkena', tetapi hatinya tidak berhenti mendoakan keselamatan mereka bertiga.

Laluan yang dijalani dipandang dari sebelah kiri ke kanan. Mana tahu kut-kut ada kapak melayang, free free je dia mati kat situ. Tiba-tiba, bahunya ditepuk seseorang.

''Huh?!''

Segera wajah dikalih, memandang tepat empunya tangan yang menepuknya tadi.

Mata Aina mula berkaca-kaca.

''Fi-Fiqa...? Eomma masih hidup...?'' Tergagap-gagap Aina menuturkan nama itu.

Fiqa yang ditanya sekadar mengukir sebuah senyuman. ''Masha Allah anakku... dah berapa kali nak cakap, jangan panggil Fiqa eomma?'' Kali ini siap dengan kuali yang dijulang.

Wajah Aina terus memucat. ''Err kalau bukan Eomma... Mama boleh?'' soalnya dengan wajah yang sengaja dipasang polos.

Fiqa membuat muka datar. Aina sekadar tergaru-garu kepala, sambil sengihan innocent ditayang. ''Eomma sihat? Appa apa khabar?''

Trust or Not ?? [ game version ] ✓Where stories live. Discover now