ToN

31 7 61
                                    


''Heh, senang sangat kena tipu.'' Sedikit demi sedikit, wajah lembut Fiqa tadi beransur menyerupai seorang jejaka lalu dia mula mendekati Aina yang sedang rebah tidak sedarkan diri itu. Telefon yang berada di genggaman Aina dicapai lalu diteliti menggunakan mata sharingan yang sekadar angan-angannya saja.

Senyumannya kian memudar tatkala melihat nombor yang berada paling atas pada permukaan skrin tersebut. 999!

''Ceh, sempat pulak dia telefon polis sebelum kena racun.'' Jejaka itu menggerutu geram lalu meludah sebarangan arah.

Terus lengan Aina yang terkulai lemah digenggam sebelum ditarik menuju ke satu tempat. Namun niatnya agak tergendela tatkala indera telinganya menangkap satu bunyi.

Bunyi siren polis.

''Eh alamak alamak bomba kentut!'' Melatah jejaka itu dibuatnya lalu dia tergesa-gesa menuju ke tempat yang hendak dituju tadi. Tangan Aina yang berada digenggamannya pula terus terlerai kerana kekalutan untuk melepaskan diri.

Dia terus berlari ke arah pintu gua utama tetapi jalannya dihalang oleh sekumpulan polis yang sedang mengepungnya. Salah seorang daripada pegawai polis itu mula mengacukan pistol ke arahnya.

''Jangan bergerak! Kamu sudah dikepung!'' ujar pegawai polis yang memegang pistol tadi.

Jejaka yang merupakan tahanan polis itu mendengus geram. Aku takkan menyerah diri dengan mudah! Wajah lemah Aina dibelakangnya dipandang sebelum dia mula mengukir sebuah senyuman sinis.

''Heh, kalau kau berani, marilah! Tapi ingat... tebusan dah ada kat tangan aku!'' ugut jejaka itu dan tiba-tiba saja Aina yang terbaring tadi berada dipelukannya. Leher Aina diacukan sebuah parang.

''Jangan berani cederakan dia! Kalau tak, kami takkan teragak-agak tembak kamu!'' balas pegawai polis yang berada disebelah kanan pula.

Jejaka itu tertawa jahat sebelum mendekatkan lagi parang tersebut ke leher Aina yang ditutupi tudung. ''HAHAHAHAAHAH!! Kalau aku mati sekalipun, perempuan ni pun akan mati!'' Perbuatannya itu mengundang rasa cemas polis yang berkumpulan dihadapannya.

''Lepaskan dia! Kami janji tidak akan cederakan kamu jika kamu mengikut arahan.'' Salah seorang pegawai pula mula mengambil langkah menjaminkan keselamatan si penjahat itu namun penjahat yang dikatakan langsung tidak mengendahkannya.

Tiba-tiba saja polis itu terasa seperti dipalau.

''Aku akan lepaskan perempuan ni kalau korang sediakanaku kereta!'' ujar si penjahat, sambil itu semakin eratkan pegangannya kepada Aina.

''Agak-agaklah nak lepaskan diri guna apa. Kami pergi sini pun guna motosikal.'' bohong salah seorang pegawai polis sedangkan sudah terang lagi bersuluh, ada kereta polis dibelakangnya.

Pegawai polis yang lain sekadar membuat muka menoya.

Penjahat itu pula dalam kebingungan kerana keliru, benarkan polis ini pergi ke sana menggunakan motosikal? Kenapa susuk motosikal langsung tiada disitu? Sudah dimakan buayakah?

Melihat saja jejaka yang digelar si penjahat itu terleka, maka salah seorang pegawai polis terus mengambil kesempatan untuk memukul curi jejaka itu dari belakang.

''Adoi! Sakitlah bong- eh?! Sejak bila aku dah kena gari ni?!'' Terkejut besarlah jejaka itu dibuatnya, sambil dua biji matanya terbeliak besar memandang kedua tangannya sudah digari. Aina yang berada di pelukannya pula sudah berpindah ke pelukan seorang pegawai polis wanita.

Ah, padah! Sekali leka, terimalah habuannya!



Trust or Not ?? [ game version ] ✓Where stories live. Discover now