⁰ -Serious talk- ⁵

35 10 22
                                    

Setelah mereka semua beredar untuk ke rumah masing-masing, tinggallah hanya Wooyoung dan Chaeyeon.

"Kau dekat Australia sana tak ada awek ke?"

"Uish jangan tanya, aku kan hesmes ramai yeoja nak melekat dengan aku. Tapi tulah aku reject." Riak Wooyoung.

"Kejam lah kau ni." gelak Chaeyeon.

"Mana ada kejam, diorang tu gedik sangat. Kau taulah aku ni macam mana kan? Bukannya serious sangat. Kang dituduh yang aku ni mempermainkan hati orang"

Chaeyeon hanya mengangguk sambil minum air yang berada di hadapannya.

"Chae..." panggil Wooyoung.

"Mwo?"

Wooyoung memegang pipi Chaeyeon dan mengusap lembut lebam di tepi bibir Chaeyeon.

"Auch!" mengadu Chaeyeon perlahan.

"Sapa buat kau macam ni?" serius Wooyoung.

"Ish tak ada sapa sapa pun. Aku terkena bucu meja je." bohong Chaeyeon.

"Aku lelaki, Chae. Bukannya aku tak pernah gaduh dengan orang. Sapa tumbuk kau ni?" dingin sahaja pertuturan Wooyoung.

"Ish, tak ada apalah. Sikit je."

"Sikit your ass, lebam ni dah jadi ungu dah tau tak?! Sapa buat kau macam ni?!" risau Wooyoung.

Chaeyeon hanya menggeleng.

"Son Chaeyeon."

Chaeyeon hanya mengeluh.

Memang dengan Wooyoung dia tak boleh berdalih walaupun sedikit.

Chaeyeon menceritakan apa yang berlaku.

"Raeji dengan Haejun tahu tak?"

Chaeyeon menggeleng perlahan.

Wooyoung mengeluh.

"Tak apa lah Woo, mungkin dia serabut pastu aku paksa dia pasal tu. Sebab tu benda ni boleh jadi."

"Jangan merepek Chae, lelaki macam tu dipanggil lelaki dayus tahu tak? Sanggup dia pukul Chaeyeon aku? Dia fikir dia sapa?" serius sahaja Wooyoung.

Chaeyeon tergelak kecil secara tiba-tiba.

"Kenapa kau gelak?" pelik Wooyoung.

"Jarang gila nampak kau serious macam ni, selalu kau ni memain, suka kacau orang."

"Kalau pasal kau, bagi aku semua serious." kata Wooyoung lagi.

Tersentak Chaeyeon dengan kata-kata Wooyoung.

"Dahlah, kita lupakan pasal ni. Aku pun taknak ingat."

"Nanti kalau dia jumpa kau, tampar kau lagi macam mana?" risau Wooyoung.

"Gwenchanha, takkan jadi apa-apa. Percayalah."

"Arraseo, kalau dia pukul kau. Kau bagitahu aku tau, jangan diam!"

"Baiklah Encik Wooyoung."

Skip

"Yeon?"

"Min, kenapa datang sini?"

"Min nak minta maaf pasal haritu. Min serabut sangat. Tak sangka Min tertampar Yeon."

"Gwencha-"

"Kau buat apa dekat sini?"

"Hae, aku cuma nak minta maaf dekat Yeon je."

"Anything happen?" tanya Haejun sambil menyilangkan tangannya.

"A-aniya. Aku kena bercakap dengan Min kejap." kata Chaeyeon sambil menarik Jungmin pergi ke taman permainan yang berdekatan.

"Yeon tak bagitau Haejun ke apa yang jadi?"

Chaeyeon hanya menggeleng.

"Nanti teruk jadinya. Hal kita, biarlah kita yang settlekan."

Jungmin hanya mengangguk.

"So, sapa perempuan tu?" tanya Chaeyeon secara tiba-tiba.

"Client." pendek Jungmin membalas.

Chaeyeon mengeluh kecil.

"Seriously Min? Takkanlah client sampai pegang pegang?" tanya Chaeyeon lagi, tidak puas hati.

"Yeon salah nampak, waktu tu-"

"No, jangan bagi alasan dah. Yeon taknak dengar. Min tahu kan, Yeon tak suka orang menipu? Kalau rasa tak boleh nak jujur, lets just break up." luah Chaeyeon.

Jungmin dengan berasa geram, menampar Chaeyeon lagi.

"Kau fikir kau boleh lari dari aku ke?!"

Terkedu Chaeyeon.

Tak sangka dia akan diperlakukan sebegini oleh orang yang dia sayang.

"Heh, aku takkan lepaskan kaulah, Son Chaeyeon. Kau tahu kan aku sayangkan kau?" kata Jungmin sambil memegang lengan Chaeyeon kasar.

"L-lepaskan! Kalau Min sayang, Min takkan tampar Yeon!" Chaeyeon berkata dengan kuat dan beredar dari situ.

Dia tidak kisah kalau Haejun dapat tahu kesan lebam di tepi bibirnya buat kali yang kedua.

550 words
___________________________________________

Any words ?

CHILDHOOD FRIEND | JWY [✓]Where stories live. Discover now