⁰ -Moody?- ⁸

37 10 28
                                    

Seminggu berlalu

Telefon Chaeyeon berbunyi.

Chaeyeon melihat nama panggilan tetapi diendahkan.

"Asal tak angkat?" tanya Raeji.

"Not important." kata Chaeyeon sambil menggulingkan matanya.

"Namja tak guna tu ke?" tanya San pula.

Chaeyeon hanya diam dan menghirup air vanilla latte di hadapannya itu.

"Diam tu tanda betul lah tu kan?" tanya Seonghwa pula.

"Yang korang busybody ni dah kenapa?" tanya Chaeyeon geram.

"Yah, kitorang tanya je. Yang kau nak marah-marah pahal dah?" kata Seonghwa.

Chaeyeon menggulingkan matanya.

Raeji dan Haejun hanya mampu berdiam diri, malas nak masuk campur.

"Woo mana? lambat pula dia. Selalu dia beria sangat." bebel Chaeyeon.

"Uish, ada orang cari Wooyoung. Ada apa-apa ke ni lepas kejadian tu?" sakat San.

Chaeyeon hanya memberikan death glare kepada San.

"Chill, aku saja je." kata San sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.

"Tapikan, betul lah apa yang San katakan. Kau tiba-tiba marah then tanya pasal Wooyoung." kata Haejun pula.

"Mana ada apa-apa, cuma pelik la Wooyoung lambat? Selalu dia beria." kata Chaeyeon sambil silangkan tangannya.

"Ada hal lah tu." kata Raeji pula.

Secara tiba-tiba telefon San berdering.

"Eo, Woo? Ha kau asal call?"

Setelah San mengeluarkan nama Wooyoung di mulutnya, terus sahaja Chaeyeon melihat ke arah San.

Nak juga ambil tahu!

"Kau ajak dia je? Seriously Woo? Macam ni lah member."

"Ha yelah, janji kau belanja aiskrim mint choco eh?"

Dengar sahaja perkataan mint choco, Seonghwa membuat muka berkerut tanda tidak suka akan perisa itu.

"Arraseo, aku bagitahu dia. kau dah janji nak belanja kot! Ha okay bye!"

Setelah San mematikan panggilan itu, San memanggil nama Chaeyeon.

"Woo, nak jumpa kau dekat pantai yang selalu kita pergi tu."

"Aku?" tanya Chaeyeon untuk kepastian.

San mengangguk laju.

"Sekarang?"

"Yelah, takkan tahun depan pula?" kata Haejun.

Chaeyeon menjeling ke arah Haejun dan mengangguk.

"Jangan buat muka gitu, nanti Wooyoung ingat kitorang buli kau pula." kata Raeji.

Chaeyeon tersenyum kecil ke arah mereka berempat dan meminta diri.

Hala Hala Beach

"Mana si Wooyoung ni. Dia fikir tempat ni kecik ke nak kena cari dia?" bebel Chaeyeon tidak puas hati.

Baru sahaja Chaeyeon mahu menelefon Wooyoung, ada sepasang tangan merangkul bahu Chaeyeon.

Hampir sahaja Chaeyeon mahu melepaskan telefonnya akibat terkejut.

"Yah Jung Wooyoung, terkejut aku!" marah Chaeyeon sambil menampar lengan Wooyoung.

Wooyoung hanya tersengih.

"Kenapa kau marah-marah ni, hm?" tanya Wooyoung prihatin.

"Kenapa kau tak datang cafe?" tanya Chaeyeon dingin.

"Saja, aku nak ambil angin dekat sini. Alang-alang tu aku teringat dekat kau. Kau kan suka hirup udara dekat pantai ni."

Chaeyeon hanya menjeling.

Tetapi pada masa yang sama, dia tersenyum.

415 words
___________________________________________

malas actually nak pub , but sokay :p

CHILDHOOD FRIEND | JWY [✓]Där berättelser lever. Upptäck nu