¹ -Sedar- ¹

25 10 13
                                    

Hospital Daejeon

"Yah, macam mana boleh berlaku?" tanya Seonghwa kepada Chaeyeon.

Chaeyeon hanya menundukkan kepalanya.

Haejun hanya merangkul dan menepuk bahu Chaeyeon supaya Chaeyeon bertenang.

"Hwa, kita bagi masa dulu dekat Chae sebelum Chae cerita. Aku rasa dia still shocked dengan apa yang berlaku." Raeji bersuara.

Seonghwa hanya mengangguk dan duduk di sebelah Haejun.

Setelah beberapa minit, barulah muncul doktor yang merawat Wooyoung.

Mereka semua berdiri dan bertanya akan keadaan Wooyoung.

"Syukurlah dia tidak kehilangan banyak darah. Nasib sampai tepat pada masa, kalau tidak rasanya dia tidak dapat diselamatkan." terang doktor itu.

Mereka semua melepaskan keluhan lega.

"Buat masa sekarang biarlah dia berehat dulu, esok datanglah jenguk ya." kata doktor itu lagi sambil menepuk bahu Seonghwa dan San.

Mereka semua menunduk dan berterima kasih kepada doktor itu sebelum beredar dari hospital.

Skip
Restoran

"Boleh kau cerita apa yang berlaku?" tanya San.

Chaeyeon melepaskan keluhan yang berat sebelum bersuara.

"Semua salah aku Woo jadi macam tu."

Chaeyeon menceritakan apa yang berlaku dekat mereka berempat.

Semua mata tertumpu kepada Chaeyeon.

"Kalau aku tak berlari dekat jalan raya tu, mesti Woo tak kena langgar kan? Pabonya aku!" kata Chaeyeon sambil mengusutkan rambutnya.

"Benda nak jadi Chae, bukan salah kau pun." kata Raeji sambil menepuk perlahan bahu Chaeyeon.

"Yup, kitorang pun tak salahkan kau. Lagipun memang takdir Tuhan nak bagi." kata Seonghwa pula.

Chaeyeon tersenyum kecil.

"Gumawo, tapi aku tetap rasa bersalah."

"Anni, tak perlu rasa bersalah pun okay? Kalau Woo sedar mesti dia tak salahkan kau." kata Haejun pula.

Chaeyeon mengangguk.

"Ish, dahlah. Jangan sedih-sedih. Jom makan!" pelawa San.

"Nae!"

Keesokan harinya

"Yah, cepatlah korang!"

"Son Chaeyeon, hospital tu tak lari mana pun. Nanti kita sampailah!" kata Haejun.

Chaeyeon hanya memuncungkan bibirnya.

Sampai di hospital mereka masuk ke dalam wad Wooyoung secara perlahan-lahan.

Terlihat Seonghwa dan San sudahpun tiba.

"Awal korang sampai." kata Raeji.

"Kitorang baru sampai je ni." Kata San pula.

"Woo dah sedar ke belum?" tanya Chaeyeon.

Seonghwa hanya menggeleng.

Baru sahaja Chaeyeon memegang tangan Wooyoung yang terlantar di atas katil itu, Chaeyeon merasakan tangan Wooyoung bergerak.

"Jung Wooyoung?" panggil Chaeyeon.

Wooyoung dengan perlahan-lahan membuka matanya.

"Nuguseyo?" tanya Wooyoung kepada Chaeyeon.

_______________________________________________

double hapdet for today hehet ><

CHILDHOOD FRIEND | JWY [✓]Where stories live. Discover now