Capítulo 27

5.1K 398 393
                                    

DARK AND MR KNIGHT
“Mi esposa es un angel”


          Dalvin merenung wajah isterinya yang diam sahaja dari tadi. Kelihatan gadis itu kurang memberikan perhatiannya kepadaku. Kadang-kadang jika mata kami bertembung. Pastinya, isterinya itu cepat-cepat melarikan pandangannya. Dan gadis itu selalunya banyak berbicara namun sekarang kurang.

Sudah masuk beberapa hari semenjak majlis itu lagi.

Semakin hairan diri ini. Dan aku tak suka bila dia tak layanku. Namun Wajahku hanya mempamer wajah biasa. Mata masih setia menatap Ellyssia yang duduk di sofa sambil melayan Danish. Manakala diriku duduk diluar rumah namun dari sini, aku masih dapat melihat jelas wajah Isteriku itu.

Aku kembali menatap buku ditanganku. Namun mataku tetap melirik kearah gadis itu.

Datin Ardlia yang baru datang membawa kotak berisi cupcakes itu mengangkat keningnya. Dah apasal dengan anak aku ni, duk perhati bini dia saja dari tadi, desis Datin Ardlia.

Aku yang masih ralit menatap Ellyssia serta Danish itu tersentak apabila bahuku di sentuh. Aku menatap mamaku yang tersenyum sahaja itu.

"Mikael okey tak ni?" soal mama sebelum duduk berhadapan denganku.

Aku diam seketika sebelum mengelengkan kepala.

"Cuba cerita dengan mama, manatahu mama dapat tolong." Ucap mama dengan senyum yang masih terlakar dibibirnya.

Aku menatap mamaku lama.

"Mikael rasa Ellyssia macam lain sikit. Dia kurang layan Mikael. Kalau pandang pun mesti nak elak saja." ucapku. Aku memang akan selalu luahkan apa-apa sahaja masalahku kepada mamaku..

"Mikael rasa kenapa Naura buat perangai macam tu?" soalan mama membuat aku terdiam. Memikir.

"Cuma Mikael yang tahu tu, sebab Naura selalu dengan Mikael." sambung Datin Ardlia.

"Mungkin sebab Rose." agakku.

Wajah mama aku kelihatan terkejut.

"Rose? Maksud Mikael, Catriona Ross." ucap Datin Ardlia dengan wajah dingin. Dia masih ingat lagi akan gadis itu. Rose, itu nama yang anaknya dulu memanggil Catriona ketika mereka masih bersama.

Aku menganggukkan kepala.

"Macam mana Mikael dengan Naura boleh jumpa dengan Catriona? " tanya Datin Ardlia sebelum menyilang tangannya ke dada.

Diriku diam seketika sebelum menjawab soalan mama. Hal itu membuatkan aku terimbau kejadian di majlis semasa itu. Kata-kata Catriona kepadaku.

Flashback

Mataku menatap kepergian Isteriku yang katanya ingin menelefon kawannya. Dari tadi aku perasan akan wajah muram Isteriku biarpun aku tahu yang dia cuba menutupinya dengan senyuman dibibir mungil itu. Dia jeles ke?

Spontan bibirku tersenyum nipis tanpaku sadari.

Namun wajahku berubah dingin apabila Catriona kembali datang kepadaku.

The Dangerous Assassin |OGWhere stories live. Discover now