Capítulo 31

3.8K 406 202
                                    

DARKNESS AND MR KNIGHT
" Mi esposa es un angel "


        Ellyssia menatap sahaja Eldyra yang datang ke arahnya. Tatkala sampai saja berhadapan denganku, tangannya naik mencengkam kolar bajuku. Dia mengetap giginya. Kuat.

" Are you stupid !? " suara gadis itu naik satu noktah.

Aku hanya diam.

" Mr. L sudah bagi arahan untuk berhati-hati terutama kau ."

Namun diri ini masih memilih untuk mendiamkan kerna apa yang dikatakan Eldyra adalah benar. Diriku yang salah apabila melanggar arahan Mr. L namun aku buat semua ini demi keselamatan mereka.

Aku benar-benar tak ingin mereka masuk campur dalam masalahku. Musuh yang mencari Danish merupakan musuh yang jua memburuku dari kecil lagi.

Itulah sebabnya mengapa diriku bertindak sendirian.

Eldyra melepaskan pegangnya dari kolarku. Mataku hanya melihat ke bawah. Eldyra memandang Ellyssia sebelum menatap tujuh tubuh yang berlimpangan itu.

Dengan lajunya, dia mengacukan pistol dan melepaskan beberapa das tembakan. Menamatkan riwayat mereka langsung.

" Eldyra, Why you do that ! ", aku mencengkam tangan gadis itu. Diri ini begitu rasa bersalah melihat tubuh badan yang sudah kaku itu. Nafasku agak sukar bernafas. Betapa diri ini mencoba sedaya upaya untuk tidak terjadi pertumpahan darah yang mampu membawa kematian.

" You asking why I do that ? You asking me !", mencerlung mata Eldyra menikam mataku.

Aku mengetap gigi.

" Yes, I asking you ! Elly dah sedaya upaya untuk tidak bunuh diaorang .", suaraku turut naik satu noktah jua.

Eldyra ketawa paksa sebelum wajahnya berubah dingin.

Dia mengosokkan beberapa kali rambut belakangnya.

" Dengar sini Dark ! Aku tak peduli kau nak marah aku sebab bunuh diaorang. Tapi ingat, aku buat ni semua demi keselamatan kau. Keselamatan kau tahu tak ! ", begitu keras nada Eldyra mengungkapkan kata-kata itu. Mata gadis itu kelihatan berubah kehitaman membuat aku terkejut.

Aku perlu tenangkan dia.

" Eldy-"

" Kau tak fikir ke, kalau binatang ni hidup. Diaorang akan tetap cari kau. Diaorang akan ambil kau dari aku. So, aku perlu bunuh juga. Aku perlu pastikan yang diaorang mat-"

" Eldyra Scarlet ! ", aku langsung memegang bahunya erat.

Emosi Eldyra begitu tidak terkawal. Diriku mula merasa takut jika gadis ini jadi seperti dulu. Takut jika penyakit Skizofrenia gadis ini kembali atau lebih di kenali sebagai split personality.

" Eldyra, look at me. Pandang Ellyssia ! ", pintaku apabila mata gadis itu hanya memandang mayat itu lama. Tanganku yang mencengkam lengan Eldyra dari tadi di tarik-tarik olehnya. Begitu diri ini melihat aura membunuh di mata gadis itu.

Aku memanggil saja gadis itu hinggalah matanya kembali menatapku.

" Dengar sini, Ellyssia tak akan tinggalkan Dyra. Emma dan Afrin juga akan ada di sisi Dyra. Kami tak akan tinggalkan Dyra. ", ucapku lembut, mencoba untuk membuat gadis itu tenang.

The Dangerous Assassin |OGDove le storie prendono vita. Scoprilo ora