E.S.3: Bab 32

868 142 3
                                    

This chapter occurs before chapter 32

Mikaeyl Lee melepaskan nafas yang panjang seraya memejam mata serapat-rapatnya. Jantung dia berdebar laju dan tangan dia dah semakin sejuk.

Memang kerja gilalah pergi lawat rumah Aniesha waktu dia tengah marahkan Mikaeyl. Mahu sekejap lagi Aniesha buat tak nampak aje kewujudan Mikaeyl. Agaknya Mikaeyl dengan dinding takkan ada beza, dua-dua Eisha buat tak nampak.

Mikaeyl menyandarkan kepala ke stereng kereta. Satu lagi keluhan dilepaskan. Ya Allah. Kenapa dia kena mimpi mak dia waktu dia nak jumpa keluarga teman wanita dia? Kenapa sekarang? Kenapa bukan esok? Kenapa bukan semalam? Mimpi tu sentiasa mengingatkan Mikaeyl pada benda yang dia susah payah nak lupakan.

Dan kenapa dia kena lepaskan rasa serabut dia pada Aniesha yang tak bersalah?

Memang bodoh.

Tok! Tok!

Mikaeyl terperanjat dan hampir melompat dari tempat duduk pemandu. Dia pantas mengalihkan kepala ke tingkap kereta, arah datangnya bunyi tersebut. Wajah Haikal tersenyum lebar siap angkat dua jari buat gaya 'peace' menyapa mata.

Mikaeyl paksa diri untuk membalas senyuman Haikal. Lelaki itu terus membuka pintu kereta Mikaeyl dari luar. "Hoi! Dah macam dalam drama Korea pula tengok kau lentok kepala dekat stereng macam tu. Ingat dah mati tadi. Terkejut aku."

Mikaeyl terus tergelak. "Tengkorak kau."

Haikal turut tergelak, menyorokkan reaksi risau dia. Dia masih lagi terkejut sebab dia memang betul-betul ingat Mikaeyl pengsan dalam kereta tadi, tak pun mati sebab tak cukup oksigen.

Rupanya tengah bercekerama macam dalam cerita Tamil tu.

"Kau okey tak?" Haikal tanya sambil merenung tepat ke wajah Mikaeyl. Di tangan Mikaeyl, dia ada 3 buah plastik berisi macam-macam makanan. Haikal mengambil sebuah plastik dari tangan Mikaeyl yang penuh.

Mikaeyl menggaru hujung kening belah kiri sebelum dia angguk sambil tersenyum. "Okey. Jom. Masuk. Lapar pulak perut ni." Mikaeyl bangun dan menutup pintu kereta dia. Terus lupa rasa gelisah untuk elak soalan Haikal.

Haikal bersandar di kereta Mikaeyl sambil memerhatikan lelaki yang dah buka langkah nak gerak ke rumah mak Eisha. Tangan Mikaeyl ditarik oleh Haikal dan lelaki itu dipaksa untuk bersandar di badan kereta bersebelahan dengan Haikal. Haikal memeluk tubuh dan tersenyum sinis. "Kalau tak okey, janganlah tipu."

Ni Mikaeyl malas ni. Haikal ni bilanglah 'tak' sejuta kali, campur dengan 'tak' dalam bahasa Jerman dan Sanskrit purba, belum tentu dia faham.

"Aku okay ajelah." Dia naikkan kening belah kiri seraya bergerak nak masuk ke rumah Eisha. Tapi bila dia toleh pandang belakang, Haikal masih bersandar di kereta dia dan tayang wajah selamba.

Ah sudah.

"Masuk la. Aku duduk sini sampai aku tahu kau sebenarnya okey ke tak."

Dia ugut pulak!

"Haikal. Jangan la buat hal."

"Buat hal? Eh aku duduk bawah bulan je ni." Haikal menaikkan tangan ke atas, umpama mengusap bulan. "Cantik bulan malam ni. Very the beautiful."

Ya Allah. Mikaeyl tarik nafas perlahan. "Ya Haikal. Aku tak okey. Kan aku dah cakap, aku mimpi mak aku cuba nak lemaskan aku dulu. Macam mana aku nak okey? Ha. Puas hati kau?"

Mikaeyl berjalan ke arah Haikal. "Now please? Jom masuk?"

"Macam tu la. Jawapan jujur sentiasa menyejukkan perut orang yang mendengar, terutama perut aku. Nak rasa tak?" Haikal menarik tangan kiri Mikaeyl dan berniat hendak letak tangan sahabat dia ke perut sendiri.

"Esh, menda kau ni?" Mikaeyl menarik tangan dia. Dah la berat plastik ni! Muka Mikaeyl dah tak ada dah senyum palsu ke gelak palsu. Yang ada cumalah rupa macam nak kerat badan Haikal ke 14 bahagian dan jual dekat Zoo Negara kasi Harimau makan.

Haikal melepaskan nafas secara perlahan-lahan sebelum meneggakan badan dan meletakkan tangan dia di atas bahu Mikaeyl. "Macam ni la Mikaeyl. Aku tahu kau nervous nak jumpa keluarga Eisha, pula tu timing tak baik untuk kau moody dan gaduh dengan Eisha sebab hal tu. Tapi keluarga aku, mostly okey. A small number of them are rotten. But not all.

Ya, dulu aku pertama kali nak jumpa keluarga DJ pun sampai selawat 500 kali sebab aku nervous. Tapi sekurang-kurangnya hari ni, kau ada aku. Tak seorang diri. Aku dulu jumpa ayah DJ sorang-sorang aje tau?"

Dia menepuk bahu Mikaeyl berkali-kali.

"Kita semua ada kekurangan Mikaeyl. Cubalah pujuk Eisha. I'm pretty sure she will be fine with it."

Extra Scenes Di Bawah Langit BiruWhere stories live. Discover now