E.S4 : Bab 40 (the beginning of part 2)

1.1K 144 15
                                    


This part occurs before chapter 40

Mikaeyl merenung skrin televisyen dengan wajah kosong. Di skrin TV, Haikal Deedat sedang menyanyi di festival yang dianjurkan oleh Negeri Selangor dengan senyuman kecil terhias di bibir.

Mikaeyl turut ikut tersenyum. Bangga. Bangga memikirkan lelaki di balik skrin itu merupakan sahabat baik dia.

Suara Haikal sungguh merdu didengar walau tenggelam dek jeritan peminat dia yang hadir. Wajah dia yang nampak tenang saat menyanyikan lagu Senyum mengingatkan Mikaeyl pada Haikal Deedat yang dia jumpa 7 tahun lepas.

Haikal Deedat yang nampak ekslusif, sombong dan hebat. Nampak seperti orang yang berkawan dengan orang terkenal dan berbakat sahaja.

Sungguhlah. Hebatnya Haikal Deedat. Kadangkala Mikaeyl lihat Haikal di atas pentas begini dan rasa tak layak berkawan dengan dia. Kenapa agaknya Haikal yang ada beribu kawan dan peminat tu paling rapat dengan dia dan Najmi?

Kadangkala rasa tak logik.

Dua jam selepas festival itu tamat, bunyi enjin kereta yang menandakan Najmi dan Haikal sudah pulang terdengar jelas di telinga Mikaeyl.

Mikaeyl baru nak menyambut dengan senyuman lebar namun elok sahaja dua orang manusia berpakaian segak itu masuk ke dalam rumah, si Haikal terus menjerit serupa orang kena rasuk saka tak bertuan. Lelaki itu jatuh terduduk atas lantai sebelum dia mula baring di tengah-tengah ruang tamu dan bergolek dari kiri ke kanan.

Najmi pula sedang ketawa sebelum dia terduduk sebelah Haikal. Perutnya ditekan kuat kerana senak tak boleh berhenti gelak.

"Dah kenapa?" Mikaeyl Lee jongket kening. Ini ke Haikal Deedat yang nampak hebat dan macho gila dalam skrin tadi? Nampak macam lain aje, nampak macam nak kena pijak ada sekaeang ni.

"Tadi... tadi si Haikal." Najmi terlepas gelak tawa dan tak mampu menyambung ayat. Lantai rumah ditepuk dua tiga kali sambil melepas tawa. "Tadi Haikal...." Ayatnya terhenti lagi diganggu dengan gelak tawa sendiri. "Tadi dia...."

"Nak cerita ke tak nak?" Tadi... tadi!

"Nak, nak. Tak, si Haikal ni tadi dia pergi...."

Tanpa sengaja, pandangan Haikal dan Najmi bertembung. Terus mereka berdua tergelak kuat sekali lagi sebelum Haikal pura-pura membuat bunyi tangisan seperti tangisan Cik Ponti di tengah malam. Wajahnya menayang riak kesal.

"Maruah aku... maruah aku Mikaeyl. Betul dah habis dah Mikaeyl."

"Kenapa? Apa jadi? Kau ada buat benda bodoh waktu perform tadi ke? Aku tengok okey aje."

"Bukan... bukan pasal tu." Haikal menggeleng. Dia bangun dan berjalan ke arah Mikaeyl yang sedang duduk di sofa. Lengan Mikaeyl dipeluk dari tepi dan wajah disembamkan ke bahu lelaki itu. "Malunya aku Mika. Malunya aku...."

"Asal? Ceritalah cepat."

"Tadi lepas habis perform aku makan dekat buffet penganjur sediakan dengan artis lain. Macam biasa. Aku bawa Najmi makan sekalilah sebab dia ganti manager aku malam ni. Time aku nak ambil makanan, Najmi hilang sekejap. Lepas tu aku cari dia, dia ada dekat meja buffet."

Mikaeyl angguk. Masih tak faham di mana bahagian yang kelakar sampai terkeluar air mata Najmi gelak.

"Aku pun datanglah dekat dia. Macam biasa, aku picit bontot Najmi sebagai sapaan dan tanda kasih sayang. Aku ada rasakan sesuatu yang aneh waktu tu. Tapi aku tak tahu apa. Tiba-tiba ada orang siku aku dari tepi. Aku pun pandanglah. Orang yang siku aku tu... Najmi."

Eh?

"Orang yang aku picit bontot tu pula... orang lain."

Dunia berdiam seketika. Mikaeyl pandang wajah Haikal dan terkebil-kebil untuk sesaat.

Dia alih pandangan merenung Najmi yang masih mencari nafas kerana letih gelak.

Senyuman meleret di bibir Mikaeyl secara perlahan-lahan.

Saat Mikaeyl terbayang babak janggal dan mungkin kesunyian yang bertandang saat Haikal memandang wajah Najmi sambil tangan masih di punggung lelaki entah siapa itu, Mikaeyl terus tergelak besar sampai nak terkeluar anak tekak. Dia menepuk-nepuk sofa rumah macam singa laut terdampar di tepi pantai.

"Benda aneh yang aku rasakan tadi tu sebenarnya bila aku tersedar yang bontot yang aku pegang tu tak kempis seperti selalunya. Aku kenal bontot Najmi. Aku tahu tekstur dia macam mana."

Mikaeyl gelak makin teruk. Ya. Haikal dan Najmi suka buat benda aneh-aneh begitu. Itu cara mereka menyapa satu sama lain. Tak terkejut kalau Haikal ingat saiz punggung Najmi.

"Habis tu siapa yang kau pegang punggungnya tu?"

"Hakeem Roslan weh! Hakeem Roslan! Tercegat member pandang aku!"

Haikal terus capai bantal di atas sofa dan wajahnya ditekup kuat. Dia menangisi nasib dan kebodohnannya sekali lagi. "Ya Allah! Kau lemaskan ajelah aku di Sungai Klang ya Allah! Aku malu! Aku tidak mahu hidup lagi!"

Najmi tergelak sekali lagi bila dia teringat reaksi Haikal lepas dia sedar dia telah meraba punggung yang salah. Penat dia berusaha nak berhenti. "Lagi kelakar bila Haikal tak cakap sorry pun weh. Dia dengan muka tak serba salahnya pergi tanya Hakeem dia nak makan apa tadi."

"Aku terperanjat weh! Sungguh! Kau kena faham! Aku nak cakap sorry salah orang, tapi mulut aku bilang lain."

"Ya Allah. Kau kenalah explain kat dia Haikal. Itulah kau, suka sangat pegang punggung orang."

"Punggung Najmi aje. Sebagai tanda kasih sayang."

"Geli! Ada muncul skandal kau gay karang baru tahu."

"Hesy. Kalau aku gay sekalipun, bukan Eiman Najmi aku date!"

🍉

Pada hujung minggu saat tiada hal kerja yang harus dilakukan, Mikaeyl akan bangun subuh seperti biasa lantas tidur semula sehingga jam 10 pagi.

Rutin itu dilakukannya pada hari Ahad tersebut. Cumanya saat dia tersedar, dia dapat rasakan ada sesuatu yang berat di keliling pinggangnya. Itu bukan benda biasa buat lelaki itu kerana dia selalu tidur berseorangan di bilik.

Dengan mata yang hanya terbuka separuh, Mikaeyl Lee tunduk memandang apakah dia yang melingkar di pinggangnya itu.

Hm... tangan?

Dia pantas memandang ke tepi. Terus terperanjat Mikaeyl. Daripada mata terbuka separuh tadi, terus terbeliak luas matanya melihat wajah Najmi yang jarak hanya dua tiga inci dari mukanya.

Belum habis Mikaeyl terperanjat melihat lelaki yang mempunyai bulu mata panjang boleh buat mop rumah itu, dia terpandang satu lagi figura yang menyempitkan katil dia.

Ada manusia ketiga di atas katil Mikaeyl. Si Haikal Deedat anak Encik Hakim. Dia sedang memeluk Najmi dari belakang dan wajahnya hilang disembamkan di belakang badan lelaki itu.

Dah kenapa menyemak dalam bilik Mikaeyl ni? Rasanya tak ada pun siapa-siapa dalam bilik ni sebelum Mikaeyl tidur.

"Woi." Tangan Najmi di pinggang Mikaeyl digoyangkan sehingga lelaki itu terjaga dengan mata yang sungguh merah. "Kenapa tidur bilik aku?"

Najmi diam sambil merenung wajah Mikaeyl. Wajahnya kosong tak beriak. Dua saat kemudian, Najmi pejam mata semula.

"Hoi." Mikaeyl mencocok pipi Najmi sehingga mata lelaki itu terbuka sekali lagi.

"Tch. Sebab laptop aku rosaklah."

"Ha?" Laptop? Kalaupun komputer tiba dia rosak, dah kenapa budak berdua ni kena tidur dalam bilik dia? Dia tidur peluk komputer riba ke?

"Laptop bilik aku rosak. Panas." Najmi mengulang dengan mulut yang macam payah sungguh nak dibuka.

Berkerut dahi Mikaeyl.

"Maksud dia air cond." Haikal tiba-tiba bersuara. Tolong terjemahkan bahasa 'mamai' si Eiman Najmi.

Ah, pendingin hawa yang rosak. Najmi memang suka cakap benda merapu bila dia mamai. Sebenarnya nak sebut mangkuk, yang disebutnya Haikal Deedat. Mikaeyl menggeleng. Nasib baik ada Haikal nak menjawabkan.

Dia bangun dari katil dan telefon serta komputer ribanya diambil. Dia turun ke bawah, ingin menyediakan sarapan pagi walaupun dia sungguh tak pandai memasak.

Setengah jam kemudian, Eiman Najmi turun.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Extra Scenes Di Bawah Langit BiruWhere stories live. Discover now