7 tahun kemudian,
"Jadi ke nak balik sini?"soal Anggun dihujung talian.
"Eh, jadilah. Kau jangan, kang masa aku sampai kau tak datang amik. Pishang aku. Lagipun, si Nara ni excited sangat. Katanya nak tengok macam mana Malaysia."kata Indah
Anggun tergelak.
"Nara oi! Tu la, 7 tahun tak balik. Raya semua kat sana. Kau tu lahirnya kat Malaysia. Boleh pulak excited nak tengok Malaysia,"
"Sorry eh, anak aku dah jadi orang Korea. Hahahah."
"Kau balik berdua je ke? Ke berempat."
"Berempat la. Yang lagi 2 ekor tu nak campak mana."kata Indah
Anggun ketawa.
"Cepatlah balik sini. Banyak cerita aku nak membawang dengan kau."kata Anggun.
"Ye la, lusa aku sampai la."
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Pintu bilik itu diketuk dari luar.
"Come in."
Terus dia membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam.
"Assalamualaikum."
Dengan segera lelaki yang sedang tekun membuat kerja mengangkat kepalanya.
"Ya Allah, abang ingat siapa tadi bagi salam."kata Darren
Indah tersengih.
"Nah, pagi tadi abang lupa nak amik bekal ni. Nara kata dia dah letak dekat rak kasut. Tapi abang tak amik."kata Indah sambil menghulurkan beg berisi makan tengahari untuk Darren.
"Ya Allah, I really forgot about this lunch box. Thank you, yang."
"Eleh, dapat lunch box baru ber'yang' bagai."
Darren tersengih.
"By the way, where is you assistant? "
"Yang mana satu? Yang keding ke yang gemok?"
"Dua-dua."
"Yang keding still dekat sekolah, lepas ni nak amik. Yang si gemuk dekat taska. "
"Kenapa tak bawak sekali Irene nya?"
"This is the last day she going to taska la. Bagi la dia bersuka ria dengan kawan-kawan."kata Indah
"Cakap la you malas nak angkut Irene."
"Tu pun salah satu sebab nya."
Darren menggelengkan kepala.
"Harini abang balik awal kan?"
"Ye, as you can see. Bilik I dah kemas. Tinggal fail-fail je."kata Darren.
Indah mengangguk.
"Okay la, Indah pergi amik assistant kejap."kata Indah lalu menghulurkan tangan kepada Darren
Darren menyambut huluran itu. Lantas tangan Darren dikucup Indah.
"Be carefull, yang."
"Okay."jawab Indah sambil melangkah keluar dari bilik itu.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
"Ummi! Abang dah balik!"kata seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 5 tahun.
Seroja terus melangkah keluar dari dapur dengan seorang bayi dalam lingkungan setahun didukungannya.
"Rizqi."nama anaknya diseru.
"Ayah tak balik lagi ummi?"soal Rizqi
"Ayah keluar beli barang dengan Aaira."
Rizqi mengangguk faham.
"Abang naik atas, tukar baju. Ummi siapkan makanan."kata Seroja.
Rizqi mengangguk.
"Faiqa, main dengan adik kejap."arah Seroja lalu meletakkan Harith bersama Faiqa di ruang tamu.
Dia terus kembali masuk ke dalam dapur.
Beberapa minit kemudian,
"Buat apa tu?"tegur satu suara garau.
"Ya Allah! Abang! Suka buat orang terkejut."kata Seroja.
Raiyan yang masih dalam pakaian seragamnya dipandang.
Memang tak sempat la nak buat apa kalau balik je rumah, si Qairina Aaira dah bergayut dekat kaki ajak pergi beli coklat.
Yang si kakak, Faiqa tak ada pulak nak bergayut. Si adik je lebih.
Alhamdulillah, 7 tahun selepas peristiwa itu. Raiyan dan Seroja dikurniakan 3 orang anak.
Satu pasangan kembar, Qairina Faiqa dan Qairina Aaira. Juga seorang anak lelaki, Qalish Harith.
"Rizqi dah balik?"
"Baru je balik."jawab Seroja lalu meneruskan kerjanya.
"Hujung minggu ni, mummy ajak ke KL. Nak tak?"
"Kalau saya cakap tak nak pun, tu tentera awak kat depan tu mesti tarik saya sekali."kata Seroja.
Raiyan tergelak.
"Okay, packing barang siap-siap. Jangan macam haritu, anak tertinggal."kata Raiyan lalu melangkah keluar dari dapur.
Seroja menjeling.
Seronok betul mengungkit.
Malas la nak cite, malu Seroja. Tapi, cite gak la. Dorang pergi bercuti last minute. Semua dah naik kete tetiba Aaira kata Harith tak ada. Rupanya Harith tertinggal dalam rumah. Tu la, anak ramai sangat.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
"Nara....jangan la buat adik macam tu."tegur Indah sewaktu mereka sedang menunggu ni airport.
"Nara, amik Irene sayang. Jauh sangat perginya tu."kata Indah.
"Yang, nah."tegur Darren sambil menghulurkan kepada Indah.
Indah mengambil air itu.
"Are you okay, yang?"yang tu singkatan dari sayang la.
Indah mengangguk.
"Kenapa pulak tak okay?"
"Abang tak nak, sebab abang you balik Malaysia dengan terpaksa."kata Darren
"No la, I'm okay, 100% okay. Don't worry. Lagipun, I nak kenalkan Nara dengam Raiyan face to face. Dia tahu Raiyan ayah dia, tapi dia tak ingat. Tengok dalam gambar tak real."kata Indah
Darren mengangguk, bahu isterinya diusap perlahan.
7 tahun di Korea, tahun ke 4 Darren dan Indah sah bergelar suami isteri.
Kini mereka ada 2 puteri. Sophia Annara, memang yang pertama la. Yang kedua, Irene Ilana Lee Binti Darren Edric Lee, bertabah la anak. Harap tak salah eja nama nanti ye. Irene dah setahun 2 bulan.
Maknanya, dah 3 tahun mereka berdua berkahwin.
Dalam tempoh 7 tahun, sekali pun mereka tak pernah balik ke Malaysia. Tak pernah.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Pendek je, ada yang broken ke Darren kahwin dengan Indah? Ke ada yang broken Indah tak bersama Raiyan?
Sorry, memang cite ni saya nak buat lain sikit. Siapa kata bahagia Indah hanya pada Raiyan? Bahagia untuk Indah ada dimana-mana. Raiyan pun dah bahagia siap dapat 3 anak lagi. Laju betul.
So, ada sesiapa nak booking Qays Rizqi? Member tu dah sekolah menengah.
Hehehe, comment and like

ANDA SEDANG MEMBACA
INDAH IRDINA ✔
Romance5th Story ❤ Indah Irdina Raiyan Uzayr Dengan kehadiran dia, lengkap la hidup si jejaka. INDAH IRDINA, gadis yang tiada masa untuk memikirkan tentang sebuah PERKAHWINAN. Gadis berkacukan cina. Eh jap, bukan kacukan tapi 100% cina. Siapa tak tergug...