❦5

98 30 217
                                    

Jika sebelum ini waktu pagi merupakan musuh utama Lia, kali ini sudah bertukar menjadi teman baiknya. Bunyi kokokan ayam seolah-olah irama yang menjadi pembuka hari Lia. Bibir menguntumkan senyuman sebelum gadis itu bangun menuju ke tandas untuk membersihkan wajahnya.

Rambut yang ditocang secara rawak, dilepaskan pada bahu. Lia mengintai rumah Seungmin namun masih tiada tanda-tanda pintu akan dibuka. Angka nombor yang tertera pada skrin kunci telefon dilihat.

"Tak kan Seungmin annoying dengan aku? Semalam bukan main lagi dia puji..." Lia membuat andaian sendiri apabila jejaka itu belum menampakkan diri. Ayam jantan yang berjalan di depan rumahnya diperhati lama.

"Ouh... Kau lah yang kejut bangun pagi-pagi. Lepas dah buat orang terjaga, buat muka tak bersalah ya..." Lia bercakap sendirian seolah-olah ayam itu dapat memahami bicaranya.

Seungmin yang datang dari belakang rumah, terdengar bebelan Lia. Dahinya berkerut memikirkan siapakah yang menjadi mangsa leteran Lia di waktu pagi sebegitu. Kaki melangkah menuju ke rumah Lia.

"Woi, aku bercakap dengan kau ni. Patuk tanah tu buat apa?" Marah Lia apabila ayam tidak mengendahkan kata-katanya malah lebih gemar melakukan hal sendiri. Seungmin menggeleng perlahan setelah mendapat tahu hal sebenar.

"Dengan ayam pun boleh diajak berbual." Teguran Seungmin membuatkan Lia pantas bangun dari tempatnya. Sejak bila pula jejaka itu muncul di situ? Tiada pula dia mendengar pintu rumah dibuka.

"Eh, Seungmin. Bila sampai hehe..." Ingin saja ditampar mukanya sendiri kerana bertanya soalan bodoh itu seolah-olah Seungmin menetap di tempat lain.

"Saya tolong gantikan papan bangsal dekat belakang rumah. Nenek beritahu semalam kayu dah reput. Nak masuk rumah, terdengar suara awak bercakap. Ingatkan dengan siapa, dengan ayam rupanya." Seungmin tertawa perlahan kerana geli hati.

"Ouh macam tu ke... Sekali sekala beramah mesra dengan ayam, apa salahnya kan?" Lia cuba bertindak biasa. Lagipun, bercakap dengan binatang bukanlah perkara luar biasa sehingga boleh dilabel gila.

Lia memandang pakaian Seungmin. Tiada apa yang berbeza tetapi hari ini kelihatan lebih kemas berbanding sebelum ini. "Awak nak pergi ke rumah hijau ke lepas ni?" Soal Lia. Kalau tidak, dia ingin mengajak Seungmin bersiar-siar di sekitar kampung. Sengaja ingin menghabiskan masa yang terluang.

"Hari ni tak... Pukul lapan kejap lagi nak hantar Areum ke sekolah. Lepas tu balik rumah kot sebab tak ada kerja lain. Awak nak jalan-jalan?" Pelawa Seungmin. Lia menutup mulutnya yang sedikit ternganga. Adakah jejaka itu dapat mendengar suara hati manusia? Wajah yang tidak gatal, digaru perlahan.

"Macam mana awak tahu?" Tanya Lia kebingungan. Kelebihan lelaki di hadapannya membuatkannya ragu-ragu dengan status Seungmin yang sebenar. Jika bukan makhluk asing, kemungkinan jejaka itu jelmaan bunian memandangkan kawasan perhutanan bersebelahan saja dengan kampung itu.

Hujung bibir Seungmin menaik sebelum bersuara. "Saya teka je sebab Areum selalu macam tu. Kalau tanya saya kerja atau tak, mesti dia nak ajak pergi jalan-jalan."

"Saya ni macam budak kecil lah maksud awak?" Lia sedikit kecewa apabila Seungmin mengiyakan soalannya. Patutkah dia mengubah keperibadiannya yang terlalu peramah itu untuk mengambil hati Seungmin?

"Awak jangan salah faham pula. Maksud saya, kelakuan awak senang untuk ditafsir. Sesetengah perempuan complicated macam yang saya selalu dengar dari kawan-kawan. Perwatakan awak ni lah yang buatkan saya rasa selesa bila dengan awak. Just be yourself. " Lia tergamam mendengarkan pujian Seungmin.

Melihat kelainan riak wajah gadis itu, Seungmin mula rasa bersalah. "Maaf lah kalau awak terasa. Saya tak bermaksud nak buat awak sedih."

"Seungmin, kebaikan awak ni buat saya tertanya yang awak ni betul-betul manusia ataupun jelmaan bunian? Seumur hidup saya, tak pernah lagi jumpa dengan lelaki baik macam awak selain ayah saya. Beritahu je perkara sebenar. Saya janji akan simpan rahsia awak." Lia menunjukkan jari kelinkingnya sebagai tanda perjanjian.

« 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽 𝓽𝓸 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽 » || ᵏⁱᵐ ˢᵉᵘⁿᵍᵐⁱⁿ || ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ