❦12

102 29 187
                                    

"Kenapa dengan Minjee?" Tanya Daniel semula. Apa kaitan bekas kekasihnya dengan kehadiran Jessica ke pejabatnya petang itu?

"Aku tahu kau ada hubungan dengan dia tapi bukan itu yang aku nak tahu. Sekarang ni, Minjee ada di mana?" Soal Jessica tanpa melengahkan masa.

"Aku dengan Minjee dah putuskan hubungan tujuh tahun lepas dan kita orang lost contact. Selepas kau buang dia dari company, apa lagi yang kau tak puas hati dengan dia?" Daniel tidak faham dengan niat sebenar Jessica ketika itu.

Jessica mendengus dalam diam. Hal yang disebutkan Daniel tidak penting baginya melainkan pemuda itu memberitahu keberadaan Minjee sekarang. Jika formula kamomil itu tidak dapat ditemukan sebelum hujung tahun ini, syarikat terpaksa menangguh projek itu terlebih dulu untuk mencari formula yang tepat yang mana akan membahayakan kedudukan syarikat.

Daniel melihat jam pada tangannya lantas mengangkat punggung daripada Jessica terus bertanya tentang bekas kekasihnya. Dia perlu bertolak ke Itaewon supaya dapat tiba di sana tepat pada masanya.

"Kalau tak ada apa-apa, kau boleh pergi memandangkan aku ada hal di Itaewon sekarang," ujar Daniel. Wanita itu bangun seraya membetulkan kot labuh yang dipakainya. Kad nama diberikan kepada Daniel namun pemuda itu hanya memandang tanpa mengambil kad dari tangannya.

"Aku rasa dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan lagi. Jadi, terima kasih sajalah." Daniel menolak dari menerima kad Jessica.

"Just keep it... Mana tahu lepas ni kau perlukan kad tu? By the way, have a save trip." Kad bisnesnya diletakkan ke atas meja  lalu Jessica meninggalkan ruang pejabat Daniel.

Sebaik saja masuk ke dalam kereta, Jessica mendail nombor seseorang. Nalurinya dapat merasakan yang Daniel ada menyembunyikan punca hubungan mereka berdua retak daripadanya.

"Hello... Aku ada kerja untuk kau."

✾✾✾✾✾

Lia mengubah posisinya kepada mengiring. Detik-detik cemas yang terjadi di ladang kamomil masih segar di ingatannya. Tatapan mata Seungmin membuatkan hatinya tidak tentu arah. Patung koala kesayangannya digunakan untuk menutup wajah yang sudah pun memerah meskipun hanya dia saja yang berada di rumah itu.

Pada masa itu, dia tahu yang perasaannya pada Seungmin bukanlah sesuatu yang main-main. Hampir setiap malam, wajah jejaka itu akan dikenang hingga termasuk di dalam mimpinya. Suara lunak Seungmin pula akan menjadi lagu pengantar tidurnya. Kini Lia baring menghadap siling bilik dengan pandangan kosong.

Sesungguhnya dia buntu. Masa yang ada semakin suntuk tetapi dirinya tidak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaannya pada Seungmin. Sudah banyak cara dia memberi kiasan namun jejaka itu terlalu lambat untuk menangkap maksudnya. Perlukah dia meminta bantuan daripada Nenek? Lia segera menggelengkan kepalanya apabila teringatkan wajah tegang Ok Soon.

Sedang memikirkan hal itu, Lia mencebik. Seungmin masih belum memberi apa-apa jawapan tentang kontrak syarikatnya. Adakah dia bersetuju ataupun sebaliknya? Perkara itu membuatkan Lia mendecit perlahan. Dia tidak mahu memaksa untuk Seungmin menandatangani kontrak tetapi dalam pada masa yang sama, hanya dengan cara itu saja dia dapat berjumpa dengan Seungmin lagi.

"Macam mana ni... Haaaa..." Lia merengek sendiri seraya menggaru kepalanya. Mengikut logik akal, Seungmin pasti akan bersetuju untuk menjadi pembekal bunga kamomil kalau mereka berdua menjalinkan hubungan cinta.

Jika hendak meminta tolong dengan Changbin, risau pula lelaki itu akan meroyan buat kali kedua kerana mendapat tahu yang dirinya menyimpan perasaan pada Seungmin. Bibirnya mula tersenyum meleret selepas menjumpai orang yang sesuai untuk misinya.

« 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽 𝓽𝓸 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽 » || ᵏⁱᵐ ˢᵉᵘⁿᵍᵐⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now