❦28

79 21 70
                                    

Seungmin

Aku akan datang ambil Areum dalam masa dua hari lagi.

Telefon ditutup. Mesej yang dihantar Daniel siang tadi hanya dibaca, tidak dibalas walaupun sepatah dua kata. Seungmin yang tadinya mengiring, mengubah posisinya menghadap siling biliknya. Kipas yang berpusing direnung tanpa berkelip. Buat masa sekarang dia tidak boleh melelapkan mata kerana cuba mencari cara bagaimana untuk dia jelaskan kepada Areum tentang hal ini. Areum masih kecil untuk memahami situasi sebenar.

Notifikasi KakaoTalk yang berbunyi mengalihkan tumpuan Seungmin lantas telefon yang terletak di hujung kepalanya, dicapai.

Lia 🌼

Awak tidur dah ke? 👀

Seungmin tersenyum kecil selepas membaca pesanan yang dihantar Lia. Sedikit sebanyak Lia membantunya melupakan sejenak masalahnya. Kemudian Seungmin bangun menyandar pada kepala katil sementara jarinya laju menaip, membalas mesej Lia.

Tak lagi..

Kenapa awak belum tidur?

Tak mengantuk ☹️

Samalah...

Saya tahu kenapa saya tak boleh tidur

Kenapa?

Sebab awak tengah fikirkan saya...

Kan?

Baik awak mengaku sekarang

Sebelum saya muncul dekat tingkap😏

Okey, datanglah...

Saya tunggu 😝

🌚🌚🌚

Seungmin...

???

Seungmin

👀👀👀

Tidur dah ke? 😑

Tadi kata tak mengantuk 😌😌

Goodnight and sweet dreams💗

Telefon pada tangan perlahan-lahan terlepas dari pegangan sebaik saja Seungmin terlelap tanpa sempat membalas mesej Lia. Jika tadi dia tidak dapat melelapkan mata, kini dia sudah pun lena di katilnya sebaik saja melupakan hal Areum.

Lia memerhatikan tingkap bilik Seungmin yang tertutup rapat. Dia sudah duduk di situ sejak dari tadi lagi kerana memikirkan keadaan Seungmin. Seperti yang disangkakan, jejaka itu masih belum tidur walaupun waktu sudah menunjukkan pukul 3.10 pagi. Tidak lain dan tidak bukan, Seungmin berasa terganggu dan sebab itulah dia membuat keputusan untuk menghantar mesej bagi menemaninya. Siapa sangka, rancangannya berhasil apabila Seungmin terlelap semasa mereka saling membalas mesej.

Gadis berambut panjang itu melepaskan keluhan. Perbicaraan sudah pun selesai namun dia masih belum melaksanakan syarat Jessica sepertimana yang dijanjikannya. Demi membantu Seungmin, dia sanggup bersetuju dengan syarat yang diberikan Jessica walaupun perkara itu sangat susah untuk dilakukan. Lia menggelengkan kepalanya, cuba melupakan soal itu. Apa yang terjadi sekalipun, dia sanggup menanggung risikonya asalkan dia dapat membantu Seungmin.

« 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽 𝓽𝓸 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽 » || ᵏⁱᵐ ˢᵉᵘⁿᵍᵐⁱⁿ || ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon