chapter 4

76 9 3
                                        

Hari-hari pun berlalu. Para lelaki yang perasan kacak tu melakukan aktivitias seperti biasa...ye kot..

Ais..

Ais selalu berkurung di dalam bilik..tak pun banyak massage dengan Blaze sampai phone kena rampas dengan Lunar.

Flashback

Dia merayu " Tolonglah Lunar.." Lunar membalas "tak, lagipun aku ambik untuk satu jam je" Ais dengan cepat membalas "1 Jam dah macam 1 Tahun!!"

Dia pun berpura pura menangis. Lunar yang terpedaya dengan kata-kata dan perlakuan Ais terus memberikan semula.

Ais mengambil handfonenya dan terus berlari lagi laju daripada Halilintar.

Halilintar : pahal aku pulak..

Flashback off

Halilintar..

Halilintar 'nampak' je macam ok tapi bila tidur asik mengigau "Taufan~ aku sukakan kau~..krohk krehk.."

Er..

Solar..

Dia pun masih nampak sama tapi bila masuk bilik je-

"Thorn! Aku rindu kau! Huhuhuhu..aku tak nak duduk dengan orang2 gila ni!"

Ni macam dia pulak yang gila..

Lunar..

HAH! Yang ini je masih elok!

Dia melakukan aktivitinya seperti biasa tetapi di dalam bilik dia selalu termenung. Entah apa yang dia fiki-

'Arh! Kalau aku tau baik balik awal je! Kenapa aku ni lembap SaNgAtT!¡!¡' Lunar pun meroyan macam hantu pontianak tak jumpa anak.

Hah baguslah tu,dahlah duduk dekat beranda tingkap..entah entah pontianak pun terkejut tengok manusia meroyan tak tentu arah.

*******
****************

"Tuan,kami dah jumpa lokasi mereka.." kata salah seorang wakil penolong Retakka dan terus pergi dari situ.

"Bagus.." kata Retakka. Dia terasa bahagia. Tiada lagi ancaman dari pihak musuh. Tiada lagi rahsia yang akan dirungkaikan.

Tetapi..dia terlupakan sesuatu yang penting..

"Knok, knok, knok!" bunyi seseorang mengetuk pintu. "Boleh saya masuk?" Tanyanya.Retakka tersentak dari lamunannya "er, ehem- ya,"

Gempa masuk ke dalam bili- maksud saya pejabat. Ya pejabat ayahnya. Ok ulang sekali lagi.

Gempa terus masuk ke dalam pejabat Retakka sambil membawa sebuah dokumen berwarna hijau.

"Kenapa Gempa datang sini?" Tanya Retakka. Dia sempat menjelingkan matanya sekilas ke arah dokumen itu. Dia juga tertanya tanya sebab Gempa datang ke situ.

"..pa.. Gempa.. hm.. ni.." Gempa terus memberikan dokumen yang dibawanya sambil memandang ke arah lantai.

"Kring! Kring!" Secara tiba tiba telefon pejabat yang berada berdekatan berdering. (Aish,potong line lah kau ni)

"Kejap ya Gempa," Retakka menganggkat panggilan itu.

Gempa yang melihat itu berasa sedikit kecewa dan memutuskan untuk keluar dari situ..

"Ah, ye jangan risau..kami masih mengeluarkannya lagi. Baiklah terima kasih," dia menutup panggilan telefon itu.

"Apa yang Gempa nak caka-" dia terhenti kerana tidak melihat sebarang kelibat Gempa di situ.

........

...

"Kenapa kak Gempa nampak monyok je?" Tanya Thorn. "?" Mereka bertiga memandang Gempa yang sedang menaiki tangga selepas balik dari pejabat ayahnya.

"Kenapa kita tak tanya dia je?" Cadang Blaze. "Iya iyalah!" Secara spontan perkataan itu keluar dari mulut sang Taufan tanda setuju.

"Tapikan kak Gempa tengah sedih.. patut biarkan dulu. Kita tengok keadaan, amacam?" Cadang Thorn pula.

"Hmmm....." mereka berfikir dalam masa yang..agak panjang. Akhirnya mereka berbunyi "Betul jugak!"

'Diaorang pikir bukan main lama' kata hati Thorn sambil tersengih sumbing sendiri.

"Kalau macam tu,kita main game dululah!" Kata Blaze. "Aku pun! Tak sabar aku nak habiskan level boss tu!"

Mereka berdua sempat berlumba lari pergi ke tingkat atas.

*****************
*******

"Kring!!! Kring!!" Telefon rumah berdering kuat. Bingit telinga aku ni.. "Hali! Angkatlah telefon tu! Bisinglah!" Jerit Solar dari biliknya. Amboiii, ingat dia boss ke?


".." dia tidak membalas. Dengan tiada tenaganya dia berjalan. "Ye, hello siapa ni? Lunar? Jap ye, saya pergi panggil dia."

"Lunar! Ada orang cari kau!" Jerit Halilintar dari ruang tamu. Lunar yang sedang memotong bawang untuk dimasak itu terus melatah.

"Oh,mak kau! Fuhh..nasib baik tak terpotong tangan sendiri.." dia pergi membasuh tangannya. Yelah nanti tengah sembang, pergi gosok mata tu. Naya naya...

Dia pergi ke ruang tamu dan merampas telefon itu dari Halilintar. "Kau pergi masaklah," katanya ringkas.

Sementara Halilintar yang masih dalam perjalanan untuk pergi ke dapur, Lunar berteriak dari jauh. "Jangan lupa potong kecil kecil tau!"

"Ye!"

Aku pun tak tau macam mana Ais boleh tidur dengan tenang walaupun keadaan rumah yang..memekak tu..

"Ye,saya Lunar. Hah? Betul ke? Bila? Baik. Sama-sama, doktor."

Lunar mengambil pan-pannya dan mengetuk dengan kuat. Sebagai pengganti kepada gong.

"Wahai anak buahku sekalian! Bangunlah dari tidurmu dan mimpimu!" Dia sempat menjeling Ais yang masih mamai di atas sofa.

"Pengumuman penting atau emergency meeting akan diadakan pada waktu makan tengah hari~ dan saya tidak akan ulang pengumuman ini. Sekian terima kasih.."

Katanya sambil mencampakkan pan itu ke atas kepala Ais. "Auchhh!!!" Dia memegang skop aiskrim di atas kepalanya.

"Padan muka," dia menjelingkan lidahnya dan terus pergi ke dapur mengabaikan raksasa itu mengamuk.

*****************
*******

TBC..

Ah, sudahlah.. Author penat dengan masalah dekat wattpad ni. Dah lah Author ni tak de data. Sudahlah.

The Assasin & The Innocent (Boboiboy Fanfiction) *Long Hiatus!!Where stories live. Discover now