PART 15

485 32 1
                                    


              Zahra tertawa seorang diri sambil menatap gambar pernikahan nya.Terasa lucu saat melihat wajah-wajah yang pernah menyakiti hati nya tersenyum riang di majlis pernikahan mereka.Bukan hanya menyakiti hatinya malah semua ahli keluarganya turut terpalit.

Syed Budreez sudah jatuh di tangan nya atau mungkin Syed Budreez menyangka dirinya sedang di takluki seperti mana dia menakluki tubuhnya.Hatinya puas!Kini hanya perlu menunggu hasil nya.Senyuman nya melebar sambil meremas perut kempisnya.

                "Cepat-cepat lah ada isi,senang sikit kerja aku nak kenakan mereka." Katanya sendiri.

Rumahtangga yang dibina sudah pun memasuki 3 bulan.Namun masih tiada tanda-tanda mereka bakal menimang cahayamata.Biarpun Syed Budreez tidak mengeluh namun dia tidak betah untuk bertahan.Apalagi saat ini mereka kembali tinggal sebumbung bersama mertuanya.

Tidak di nafikan ibu mertuanya melayan dirinya mesra seperti anak sendiri,malah melebihkan dirinya dalam setiap hal.Tetapi itu tidak akan memadamkan rasa benci Zahra padanya.Setiap hari akan ada kata-kata sinis yang dia berikan pada ibu mertuanya walaupun dengan nada yang lembut namun sinis.

Dan Syed Budreez sehingga kini tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman nya,biarpun sudah berkali suaminya itu menyampaikan niat mahu bermalam di rumahnya.Memang tak lah!Dia lagi suka kalau Syed Budreez tidak tahu tempat tinggalnya.

Pintu bilik kerjanya diketuk perlahan.Zahra kembali menutup galeri di telefon bimbitnya.Senyumannya tidak pernah hilang dari bibirnya.

Suraya pamer senyum saat melihat segaris senyuman manis majikan nya.

"Sis,jangan lupa periksa kertas kerja untuk restock produk kita.Takut lama nanti,supplier kita lambat nak pos barang produk."

Zahra mengangguk kecik seraya mengambil fail yang sudah tersedia di meja kerjanya.

"Okay,petang ni Zahra update supplier kita" sahut Zahra sambil meneliti satu persatu isi kandungan kertas kerjanya.

Suraya seperti baru teringat sesuatu.Dia menepuk kecil dahinya.

               "Anything else Kak Su?" Soal Zahra

Suraya telan liur. "Errrrr....pelanggan yang seorang ni nak jumpa sis."

"Siapa?kenapa?"

"Tadi dia buat rawatan wajah dengan Maya,tak tahu lah kenapa dia nak jumpa bos spa ni"

Zahra letak pen sambil merenung wajah pekerjanya yang lama berkhidmat untuknya sejak dia memulakan perniagaan nya lagi.

Baru mahu membuka mulut,pintu bilik kerjanya di ketuk keras sebelum terbuka dari luar.

Qaseh Idora berdiri tegak didepan pintu sementara Zahra hanya berlagak selamba.Dalam hati sudah berbakul sumpah seranah dia tujukan pada gadis yang suka menerjah masuk ke bilik kerja nya.

             "Kak Su boleh keluar dulu." Arah Zahra sambil merenung tajam wajah gadis didepan nya.

Suraya hanya menurut tanpa banyak soal.

            "Yes Qaseh Idora,is there anthing i can help you? "

Qaseh Idora tersenyum sinis.Saja dia nak bersua dengan Zahra,salah seorang pemilik spa yang boleh dikatakan sangat berjaya setakat ini.

                "Hmmm......not bad juga spa kau ni eh" puji Qaseh Idora jujur.

Rapi dan sangat teratur.Perkhidmatan yang diberikan juga sangat memuaskan,memang patut lah Spa Zahra menjadi bualan hangat sahabat-sahabat nya.Jadi hari ini dia pun mencemar duli untuk merasai sendiri pengalaman mereka.

KAU MILIK KU (ON GOING/SLOW UPDATE)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt