1

842 23 0
                                    

(Saya tulis novel ini pada hujung November 2021. Jadi saya baru nak proses re-edit. Apapun, enjoy!)

ZAHRA

Aku mengeluh tatkala kawan-kawanku semua sibuk ingin mencarikan aku jodoh baharu. Aku masih muda, dan bekerjaya. Buat masa ini, aku tidak mahu memikirkan soal cinta dan jodoh.

"Eeee, kenapa kau taknak dengan si Azwar tu? Dia tu suka gila dekat kau," ujar kawanku yang berkaca mata berbentuk petak itu. "Itulah tu. Azwar tu pun kaya kan?"

Aku melirik ke arah Nadiah dan Zulaikha dengan wajah yang tenang. Senyuman sinis ku ukir pada bibir. "Nad, Iekha. Aku sangatlah busy dengan kerja aku. Aku tengok korang macam free je. Nak tolong tanda paper student aku tak?" soalku.

"Err, paper student aku pun, aku belum habis tanda hehe," balas Nadiah, lalu menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu dan Zulaikha pula pura-pura sedang on the phone. Haih, mereka ini pun.

TING

Mataku melirik ke arah Iphone 11 Pro Max milikku itu. Wajahku yang disinari senyuman sebentar tadi, kian memudar tatkala membaca notifikasi yang berbunyi sebentar tadi.

Instagram
(mirulxx_): Awak, please. Saya merayu pada awak.

Pen merah yang ku pegang sebentar tadi, ku letakkan di sisi kertas pelajarku. Aku menyandarkan diri pada kerusi. Tanganku segera mencapai telefon pintarku dan mengisi kata laluan.

'Password aku masih sama,' monologku sendirian.

Kendian, aku menekan aplikasi 'Instagram.' Selepas membalas mesej, aku mahu stalk akaun Stray Kids pula. Lagipun, apa salahnya seorang guru untuk berehat seketika setelah dihujani pelbagai tugasan?

Ligat jariku menekan punat 'chat' untuk melihat notifikasi yang terpapar di lockscreen aku tadi. Melihat mesej yang terkini, ianya adalah dari Amirul. Bekas tunang aku sendiri.

Awak, please. Saya merayu pada awak. Saya menyesal atas silap saya.

Mataku merenung lama mesej yang dihantarnya. Sumpah, terasa sangat sakit pada hatiku apabila memori yang tidak diingini mulai mengisi minda. Tanganku menggigil, nafasku menjadi pendek.

'Aku menyesal jumpa kau!'
'Ingat aku ada masa ke nak fikir pasal masalah mental kau all the time?'
'Kalau aku nak cari perempuan lain, ramai je yang nak aku.'
'Kau yakin ke ada orang nak kat kau?'
'Jodoh? Pergi jahanamlah.'

"By the way, kau nak tak nasiー.. Eh, Zahra! Kau okay tak?!" soal Nadiah dengan panik. Dirinya tadi baru sahaja ingin memberi kepada aku nasi goreng yang barangkali dibelinya di kantin guru sebelum habis waktu rehat. Jelas terpapar pada wajahnya ekspresi risau melihat keadaanku yang berubah secara drastik.

Zulaikha seperti sudah tahu mengenai keadaan aku ketika itu dengan segera mencari ubat khas untuk merawat penyakit panic attack aku di dalam beg tanganku. Nadiah mengusap belakangku sambil membimbing aku untuk bernafas, agar keadaanku kembali reda.

"Tarik nafas. Tahan. 1,. 2,. 3,. 4,. 5. Okey, hembus." Aku menghembuskan nafas. Nadiah mengulangi kaedah ini beberapa kali sehinggalah aku menjadi tenang kembali.

"Zahra, apa yang terjadi?" soal Zulaikha dengan nada risau. Sebiji ubat fluoxetine dan sebotol air mineral disuakan ke arah aku. Tanganku mencapai, segera menelan ubat tersebut dan meneguk air.

Dengan pandangan mataku yang terlihat kaku dan dingin, aku membalas, "Amirul.."

-

"Zah, jaga diri tau. Jangan push diri sangat untuk buat kerja. Aku boleh je nak tolong kau tanda kertas student," jerit Nadiah dari dalam kereta. Aku tertawa kecil dan melambai ke arahnya. Bertuah rasanya apabila mempunyai seorang kawan yang bertimbang rasa.

OBSESIWhere stories live. Discover now