2

365 14 0
                                    

ZAHRA

"Qif, terima kasih untuk hari ini," ucapku sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta milik Thaqif. Dia tersengih sambil menganggukkan kepalanya.

"Aku akan fikirkan pasal lamaran kau tadi. InsyaAllah aku cuba berikan jawapan secepat mungkin."

"Tak apa. Take your time. Jaga diri, okey? Assalamualaikum." Perlahan-lahan kereta Subaru nya itu menghilang dari pemandangan.

"Waalaikumussalam."

Aku tersengih. Dia tidak pernah berubah dari dahulu. Sentiasa bersifat gentleman dan berpegang pada prinsip agama. Mungkin, inilah jalan yang Allah telah susun buat diri aku?

Usai membuka pintu pagar rumah, segera aku melangkah masuk. Aku mahu berehat. Banyak perkara berlaku pada hari ini.

Sebaik sahaja tiba di kamar tidurku, aku meletakkan beg tangan di atas meja solekku. Aku melirik ke arah cermin.

"Eh, mana gambar aku yang aku selitkan dekat cermin ni?" gumamku. Gambar ketika aku mendapat lesen L beberapa tahun dahulu. Aku menyimpannya kerana aku merasakan yang aku kelihatan cantik ketika itu. Eh?

Aku husnudzon sahaja. Mungkin terjatuh?

Aku terus menundukkan badan ke bawah untuk mencari gambar milikku. Tiada apa-apa, kecuali koler kucing Fluffy. Sekejap. Kalau koler Fluffy ada di sini, di mana dia?

Aku tersentak. Di mana kucing aku? Selalunya dia akan menyambut aku di hadapan rumah? Hmmm, mungkin dia merayau ke kawasan rumah jiran-jiran. Aku perlu mencari Fluffy. Segera aku bangkit dari lantai. Misi mencari kucing tercintaku!

Aku mencarinya di dapur, ruang tamu, kamar mandi.. masih juga aku tidak menemukan Fluffy. Sebaik sahaja aku ingin menghala ke pintu pagar rumah, mataku melirik ke arah pintu kamar khas untuk pejabat peribadiku terbuka.

Setahu aku, aku sudah menutup rapat dan mengunci pintu bilik itu. Hatiku mula berasa tidak enak. Perlahan-lahan aku mengorak langkah.

"Fluffy..?"

Tanganku memulas tombol pintu bilik. Mataku terbeliak melihat apa yang berada di dalam bilik itu. Dia. Dia kembali.

"Hai, Zahra," sampuk seorang lelaki berbaju hitam dengan senyuman misteri. Tangannya yang hanya terlihat tulang-belulang itu ligat mengusap bulu hitam tebal Fluffy yang berada dalam dakapannya.

Seluruh tubuhku mula terasa sejuk. Kaki aku dengan perlahan mengundurkan diri. Ekspresi wajah aku masih sama. Terkejut dan takut melihat dia. "A-Amirul,.."

Bagaimana dia boleh masuk dalam rumah ini? Aku ada tertinggalkan kunci ke?

Amirul terus berdiri tatkala melihat percubaan diri aku yang cuba untuk melarikan diri. "Awak nak lari lagi?" soalnya seperti tidak bersalah.

"Kunci rumah ni, awak still simpan dekat tempat yang sama. Clumsy girl," terangnya. Seolah-olah dia membaca fikiranku.

"J-Jangan kacau saya. Lepaskan Fluffy!" teriakku dengan suara terketar-ketar.

Fluffy dipeluk erat olehnya. Kucingku menatap lama wajah lelaki itu dan menggeserkan kepalanya kepadanya.

"Awak tukar nama dia?"

Kepala Fluffy diramas lembut. Matanya terpapar perasaan kecewa dan marah. Oh tidak. "Dahulu kita letak nama dia sebagai 'Chu', kan? Kenapa awak tukar? Awak tak sayang saya lagi ke?"

Mulutku terkunci. Tiada jawapan terlintas dari mulutku. Aku tahu, tidak kira apapun reaksi dari aku, dia tetap akan mengamuk. Seperti selalu.

"Kenapa diam? Jawablah,.."

OBSESIOù les histoires vivent. Découvrez maintenant