3

328 15 0
                                    

ZAHRA

Ini mustahil. Kejadian semalam betul-betul berlaku? Ataupun hanyalah imaginasi aku?

Sepanjang perjalanan aku menaiki Grab ke sekolah, aku masih memikirkan tentang insiden semalam. Sejak bila aku unblock nombor Amirul? Sejak bila aku save semula nombor dia?

TING

Aku menatap skrin telefonku. Urgh. Dia dari tadi spam mesej dan menelefonku berulang kali.

내꺼
Kenapa sayang seen je mesej saya?

Meluat dan takut, aku menekan punat 'do not disturb' sebelum aku kembali mengelamun. Sudahlah Amirul Azwan. Aku tidak mahu bermain dengan permainan kau lagi.

Aku memasang earphone dan membuka YouTube untuk menonton video Stray Kids demi membuatkan aku melupakan insiden semalam. Melihat telatah Stray Kids sentiasa membuat aku terhibur. Heh. Dasar fangirl.

-

Setiba sahaja di sekolah, para pelajar sedang beratur mengikut kelas di dataran perhimpunan. Memandangkan aku sekarang seorang guru, lambat pun tidak mengapa, kan? Hehe.

Setiba sahaja aku di mejaku dalam bilik guru, aku merebahkan diri pada kerusi. Fuh! Penat dan stres!

"Zahra!" panggil satu suara yang cukup aku kenali. Aku menoleh kepala ke arah suara itu. Nadiah melambai ke arahku. Dah macam kitorang pula pelajar heh. Aku bangkit dan berjalan ke arah Nadiah sambil menyeluk sesuatu dari beg tangan.

Aku menghulurkan coklat Cadbury kepadanya. "Ni sebagai tanda terima kasih tau. Tolong bagi Iekha sekali boleh? Next time aku ajak korang keluar makan sekali." Jelas kelihatan Nadiah memang teruja mendapat coklat.

"Thank you, Zahraaa! By the way, asal kau nampak terkejar-kejar ni? Macam ada stalker kejar kau pula," komen Nadiah.

Memang ada stalker pun.

"Takdelah, aku harini ada janji dengan student aku untuk main game. Jadi, aku taknak lambat," balasku. Nadiah merenungku lama sebelum mengangkat bahu, menerima sahaja alasanku.

-

KRINGG

"Good morning, Ms. Zahra," ucap pelajar kelasku serentak. Usai membalas ucapan mereka, aku meletakkan sebalang coklat Cadbury Choclair. Semua pelajar dalam kelas aku mula kelihatan teruja. Inilah suasana kelas yang aku sukakan. Aku taknak pelajar aku tertekan dan mengantuk sentiasa dalam kelas.

"So, today we are going to do an exciting activity. Each of you will come in front of the class and I would like you to express what you would like to say. For example, you may talk about your crush," terangku sambil tersengih nakal.

"Fuyooo." Ada yang tergelak, ada yang pura-pura malu. Biasalah seorang remaja untuk mempunyai perasaan terhadap yang berlainan jantina. Kerana aku juga pernah berada dalam situasi ini. Heh. Gatal.

"Okay, let's start with.., Syahira?"

Setelah beberapa orang pelajar meluahkan pengalaman dan perasaan, aku memberi mereka coklat. Ada sahaja yang diusik setelah meluah.

"Okay, Razeen. Thank you for expressing yourself here! I wish you good luck!" komenku sambil menghulurkan coklat kepadanya. Razeen tersipu-sipu malu. Dia menceritakan tentang kisah dirinya ditunangkan bersama perempuan yang merupakan gadis idamannya sendiri.

Ada yang menepuk-nepuk bahu Razeen untuk mengusiknya. Haih, anak-anak kelas 5 Alpha. Semoga urusan kalian sentiasa dipermudahkan.

"Ms. Zahra, how about you express yourself? We are kind of curious about you!" cadang seorang gadis bertudung litup. Semua bersorak seperti mereka bersetuju. Tiada apa-apa yang menarik tentang diri aku.

OBSESIWhere stories live. Discover now