S

844 60 0
                                    

Message

Unknown
you look so damn beautiful

Berkerut dahi Ailen bila membaca isi pesan yang dihantar sebentar tadi.

'Eh, siapa pula yang hantar mesej ni? Siap puji pula tu. Eh.... salah hantar tak?'

Ailen masih bermonolog.

Menatap terus ke skrin telefonnya.

Masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan yang menghantarkan mesej berbaur pujian itu.

You
sorry?

Ailen menghantar balasan.

Unknown
why sorry, sweetheart?

Makin berkerutlah dahi Ailen.

Pulak dah.

Ini mamat inggeris mana sesat duk hantar dia mesej begitu?

Creepy.

You
who is this?

Unknown
i'm the one who always watching you, sweetheart.

Ailen terus saja memandang ke sekeliling.

Tidak ada sesiapa pun kecuali dia seorang saja.

You
sorry man.
but you have the wrong number.

Unknown
hm?
wrong number?
i dont think so, sweetheart.
i can see you type a reply.
it's really you.
sweetheart.

Ailen mula merasa angin seram sejuk memukul badannya.

Tak akanlah muka dia yang sejenis berjerawat penuh dekat muka boleh jadi kegilaan si unknown ini.

Ailen berfikir lagi.

Mana mungkin.

Tentu ada orang yang mahu kenakan dia.

You
dah
dah habis dah?
tak puas ke nak buli aku dekat kolej?
dahlah

"Korang keluar je lah. Aku malaslah dengan permainan korang semua ni!" jerit Ailen.

Dia rasa api marah kian marak bila terfikirkan tentang rakan sekelasnya.

Dia tahu

tentu mereka mahu kenakan dia.

Mustahil sangat kalau ada orang yang berkenan dengan muka hodoh dia.

Tak mungkin

dan tak akan mungkin!

"Oi!" seru Ailen.

Tak ada seorang pun keluar.

Ailen sudah menggenggam erat penumbuknya.

"Pengecut." ucap Ailen.

Dia terus saja masukkan telefon ke dalam kocek seluar.

Tanpa berlengah

dia pun terus saja pergi dari situ.

Karang tak pasal pasal dia mengamuk.

"Diorang ingat aku ni bodoh? Aku tahulah muka aku hodoh. Banyak jerawat. Ish!" rungut Ailen sendiri.

Dia sedar diri dengan muka dia bagaimana teruk.

Penuh jerawat.

Tak cantik.

Nak kata nerd tapi nerd ada lagi charming side.

Berbeza dengan Ailen.

Hampeh-

Langsung tak ada apa apa charms.

Namun dari kejauhan....

ada seorang lelaki yang sedang mengukir senyum.

STALKER ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن