A

608 49 4
                                    

Mirana datang ke meja Ailen.

"Kau siapkan kitorang punya tugasan ni."

Selamba saja Mirana menyuruh.

Ailen hanya pandang,

malas mahu melayan karenah Mirana.

Budak ini kalau dibiarkan terus

melarat nanti.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"

Ailen buat pekak.

Peduli apa dia?

Dia nak mengamuk?

Ah, silakan.

"Oi, kau tak dengar ke apa aku cakap?"

"Oi, katak."

"Buat tugasan aku ni!"

Mirana naik berang.

Dia tolak kepala Ailen.

"Kau ni dahlah hodoh! Pekak!"

Ailen menggenggam erat pen birunya.

Dia tahan,

dia sabar,

nanti dia sekali kena panggil dengan prof.

"Oi, hodoh!"

Mirana memang tak boleh bersabar.

Dia daripada dulu lagi menanam benci dengan Ailen.

Kerana apa?

Kerana Ailen yang buruk begitu selalu dapat perhatian.

Mirana jeles dengan itu.

Padahal

Ailen diberi perhatian sebabkan dia lemah dalam course yang diambilnya itu.

Biasalah,

bahagian perniagaan ini bukannya senang.

"Apa yang bising-bising ni?"

Farid mengaju soalan.

"Apa yang bising? Weh, kau tengoklah budak acah nerdy ni. Dahlah hodoh. Muka macam katak. Aku suruh dia buat tugas bukannya dia nak dengar. Dasar muka buruk!"

Farid melepaskan keluhan.

Ada saja yang Mirana tidak puas hati.

Kalau bukan sebab tugasan,

mesti pasal benda lain.

Kebiasan antagonis buang tebiat-

"Dahlah. Meh aku buatkan untuk kau."

"Tak nak!" bentak Mirana.

"Aku nak budak hodoh ni yang buatkan!"

Farid jeling Haz di sebelahnya.

Nak tak nak,

kenalah mereka turuti saja kata Mirana.

Susah juga kalau perempuan ini mengamuk,

tak pasal pasal runtuh bangunan kolej.

"Hah, kau siapkan sekali tugasan kitorang ea."

Farid meletakkan fail di atas meja.

Mirana berpeluk tubuh.

"Siapkan sekali aku punya ni tau." kata Haz pula.

Mereka letakkan saja satu fail tebal di meja Ailen.

Panas hati Ailen lihat.

"Korang semua ni cacat ke sampai tak boleh nak buat kerja korang sendiri?" Ailen bersuara.

Terkejut mereka bertiga dengar.

Ailen mengangkat muka.

"Korang ingat aku ni apa?

Pandai je korang menyuruh aku itu ini.

Kau kenapa tak buat kerja sendiri?

Tangan tu dah cacat ke sampai tak boleh nak menulis langsung?" Ailen bersuara lagi.

Dia tidak akan biarkan dirinya dipijak terus.

Dia pun mahu hidup tenang tanpa gangguan para bahenol semua itu.

Farid tersentak,

boleh tahan juga kata kata dari Ailen.

Farid hempas tapak tangan ke meja,

dia pandang mata Ailen,

dalam.

"Kau sedar tak siapa yang cacat sekarang?"

"Muka kau tu yang cacat.

Sedar sikit.

Jangan nak banyak bunyi.

Kau tu buat je apa yang orang suruh.

Kau memang layak dengan suruhan orang.

Pada mata kitorang, kau ni setaraf dengan sampah je."

Farid berkata sinis.

Ailen mengetap gigi.

Mirana sudah tersenyum.

"Sedar sikit diri kau tu. Muka dahlah hodoh. Ada hati nak bercakap pertahankan diri. Puih!" Farid meludah ke samping.

Ailen hanya mampu diam.

Lihatlah,

pertahankan diri sendiri

tapi berbalik semula pada dirinya

nampak sangat sia sianya.

STALKER ✓Where stories live. Discover now