L

544 41 1
                                    

"Kau memang hebatlah, Farid. Salute gila dengan apa yang kau cakap tadi." Haz memuji Farid.

Farid tersenyum bangga.

"Tengok oranglah."

"Patutnya kau cakap biar yang pedas sikit. Baru dia sedar diri. Budak hodoh tu tak akan sedar kalau setakat cakap macamtu." Mirana menyampuk.

"Dahtu?

Kau nak suruh aku buat apa lagi?" Farid pandang Mirana.

Mirana tersenyum miring.

"Aku nak kita ajar dia cukup cukup.

Aku meluat gila tengok muka dia.

Muka dahlah hodoh,

bercakap macam orang bodoh!"

"Apa yang kau nak buat?" tanya Haz.

Mirana menyilang tangan ke dada.

Ada benda buruk yang mahu dia buat.

Tentunya akan lebih parah

berbanding daripada sebelum ini.

Dia mahu ajar Ailen cukup cukup.

-

"Ailen, kamu tak siap lagi?" soal prof.

Ailen yang menulis itu terus mengangkat muka pandang prof.

"Belum lagi, prof.

Banyak tugasan lah harini."

Ailen kembali dengan penulisannya.

Dia kena siapkan nota.

Tangan yang sampai terketar ketir itu tidak dia hiraukan.

"Nanti kamu tutup semua suis ya?"

Ailen hanya angguk.

Prof pun keluar.

Tidak lama setelah itu, seorang lelaki masuk ke dalam kelas.

Dia kemudian pergi mendekati Ailen.

"Boleh saya temankan awak?" tanya lelaki itu.

Ailen angkat muka.

Wajah Farid dia pandang lama.

Ailen jeling.

"Apa lagi kau nak? Tak puas ke tadi dah malukan aku?"

Ailen terus menyambung penulisannya.

Farid mengukir senyum.

"Tadi saya saja je. Sebab ada Mirana. Awak janganlah ambil hati."

Ailen hanya buat pekak.

Kalau dengar lagi tentu dia yang naik gila.

"Kau berambus jelah. Aku tak perlukan kau dekat sini."

Kini Farid pula berbuat pekak.

Dia labuhkan punggung di kerusi sebelah Ailen.

"Saya temankan awak."

Ailen menghempaskan pen ke atas meja.

Dia toleh ke arah samping.

"Kau kalau tak puas hati dengan aku baik kau cakap sekarang.

Aku malas nak melayan karenah kau tahu tak.

Dahlah!"

Suara Ailen tinggi memarahi Farid.

"Memang saya tak puas hati."

"Saya tak puas hati bila awak block saya."

Ailen mengerutkan dahi.

"Bila masa aku block kau? Aku mana ada number phone kau."

Farid ukirkan senyum.

Dia mendekatkan diri kepada Ailen.

"Jangan nak tipu.

Saya tahu awak block saya.

Kenapa tak balas tiap mesej yang saya send?"

Ailen mulai menjauhkan diri daripada Farid.

Dia takut pada lelaki ini.

Tiba tiba saja bicara soal itu,

tidakkah nampak tidak logik?

"Awak takut dengan saya ke?" Farid terus saja menangkap tangan Ailen.

Ailen menepis.

"Kau jangan sentuh aku!"

Ailen mahu bangun dari duduk namun ditarik oleh Farid.

"Tak ada sesiapa kat sini. Kita bebas untuk bersama." ucap Farid menambahkan ketakutan pada Ailen.

Farid mahu mencium Ailen namun satu tumbukan hinggap di pipi kiri Farid.

Lelaki itu jatuh mencium lantai.

Ailen segera bangun.

STALKER ✓Where stories live. Discover now