K

575 43 0
                                    

"Sial." Farid memukul ke dinding.

"Macam mana kau boleh gagal? Takkanlah dengan perempuan hodoh tu kau boleh kalah?" kata Mirana membuatkan Farid makin bengang.

Dia menolak kasar tubuh Mirana.

"Kau diam boleh tak?! Semua ni pasal kau. Kalau bukan sebab kau. Semua benda ni takkan jadi!"

Haz hanya mampu diam.

Mirana pula sudah terkaku di situ.

Mahu tidak pucat mukanya.

Farid kalau sudah marah,

semua orang dia akan belasah.

Tak kira jantina dia apa.

Sakit hati Farid bila ingat lelaki yang melayangkan tumbukan pada pipinya.

"Tak guna. Kalau aku dapat, lunyai aku kerjakan!"

-

Ailen pandang lama lelaki yang ada di hadapannya.

Dia tidak pernah lihat akan lelaki ini sebelum ini.

Nak kata senior, macam bukan.

"Awak okey?" soal lelaki itu.

Ailen angguk.

"Awak tu okey tak?"

Lelaki itu membalas senyum.

"Saya lelaki, tak ada benda pun yang nak dirisaukan."

Ailen tersenyum tipis.

Memang benar dia lelaki

tapi tidak bermakna dia kuat

macam superman

langsung tak ada rasa sakit.

"Saya minta maaf sebab susahkan awak."

"Tak. Saya yang patut minta maaf sebab lambat selamatkan awak." pintas lelaki itu.

Kesal dengan dirinya bila dia lambat tadi.

Tak apa,

lain kali,

dia akan pastikan

dia sentiasa tepat waktu menyelamatkan Ailen.

"Tak apa pun.... sebab awak pun kebetulan ada dekat sana kan? Saya yang sebenarnya patut minta maaf. Saya susahkan awak. Saya buat awak bergaduh dengan Farid."

Lelaki itu mengukir senyum tipis.

"Tak apa. Lagipun Farid tu layak dibelasah."

Ailen sedikit tersentak dengan jawapan lelaki itu.

STALKER ✓Where stories live. Discover now