☾︎ Bab 11 ☽︎

1.1K 44 0
                                    

"Cik Luna nak buat apa dengan pisau ni?!" Terus dirampasnya pisau yang dipegang oleh Luna. Panik betul dia apabila melihat selamba sahaja Luna membelek pisau tajam itu.

Luna mendongak memandang Dayyan di hadapannya. Dayyan sudah bercekak pinggang di hadapan Luna.

"Cik Luna tahu tak bahaya main dengan pisau tajam macam ni? Kalau ye pun rasa penat sangat nak hidup, bukan macam ni cara dia. Bunuh diri tu satu dosa besar, Cik Luna," ceramah Dayyan di hadapan Luna. Luna hanya diam memandang Dayyan.

Luna menundukkan pandangan lalu diambil sesuatu disebelahnya dan ditunjukkan ke Dayyan. Dayyan tercengang.

"Apple," sebut Luna sepatah sambil tangannya menunjukkan epal yang ingin dimakannya.

Dayyan memandang Luna dan epal itu silih berganti. Maknanya tadi dia salah faham. Rupa-rupanya, Luna hanya ingin memotong epal tersebut.

Dayyan mengeluh sebelum dia mengambil sebiji  epal itu.

"Biar saya potongkan," kata Dayyan sebelum epal itu dipotongnya. Sudah selesai memotong, epal itu diberi kepada Luna. Luna mengucapkan terima kasih sebelum kembali merenung ke hadapan. Dayyan bergerak ke sebelah Luna lalu melabuhkan punggungnya di situ.

Suasana sunyi sahaja. Hanya dengar bunyi kereta-kereta yang melalui jalan raya di kawasan penthouse Luna. Pandangan luar sangat cantik dengan adanya lampu-lampu malam dan bangunan yang tinggi.

Dayyan memandang Luna sekilas.

"Cik Luna okay?" tanya Dayyan. Luna menggigit epalnya.

"Hmm." itu saja yang dibalas Luna. Dayyan bermain dengan jarinya. Cuba cari idea untuk kembalikan Luna yang dahulu.

"Apa yang saya boleh buat untuk Cik Luna jadi macam dulu?" tanya Dayyan dengan perlahan. Sayup-sayup je. Luna memandang Dayyan. Dayyan pun memandangnya.

"Kahwin dengan aku," jawab Luna dengan serious. Wajah Dayyan terus berubah. Telinganya menjadi merah. Luna pula sudah geli hati dengan reaksi Dayyan. Luna mengukirkan senyumannya.

"Aku suka bila kau buat muka macam tu. Itu pun dah cukup untuk aku," kata Luna sebelum kembali pandang ke hadapan dengan senyuman.

Dayyan menundukkan pandangannya. Sebelum dia menarik nafas dalam-dalam.

"Saya boleh je," kata Dayyan. Luna terdiam sebelum dia memandang Dayyan.

"Apa kau cakap?" tanya Luna inginkan kepastian. Dia salah dengar ke? Dayyan menoleh membalas pandangan Luna. Dia merenung mata Luna.

"Saya okay je nak kahwin dengan Cik Luna."

Luna diam.

"Cik Luna?"

Dayyan risau melihat Luna yang terdiam merenungnya. Makin risau Dayyan apabila wajah Luna naik merah secara mendadak.

"Okay tak ni?" tanya Dayyan dan tangannya diangkat untuk memegang bahu Luna tetapi dengan pantas Luna berdiri dan membelakangi Dayyan. Dayyan pun turut bangun.

"Stop!" seru Luna. Dayyan yang baru selangkah ini menghampiri Luna terus berhenti.

"Keluar," kata Luna sepatah. Tangannya diangkat lalu ditujukan ke arah pintu walaupun tubuhnya masih lagi membelakangi Dayyan.

"Hah?" Dayyan keliru. Dia ada buat salah ke?

"Keluar!" perintah Luna dengan lebih tegas.

"Tapi..." belum sempat Dayyan menghabiskan ayatnya terus Luna berpusing lalu ditolaknya tubuh Dayyan ke arah pintu.

"Cik Luna...nanti dulu."

Kata Dayyan itu lalu Luna tidak peduli. Dia tetap menolak Dayyan dengan laju. Pintu biliknya dibuka kemudian Dayyan ditolak keluar dari biliknya.

"Cik Lu..."

Bang! Pintu bilik itu terus ditutup dengan kuat. Dayyan memandang pintu itu sebelum dia mengeluh.

Dia ada buat salah ke?

Dayyan berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik Luna. Tangannya diletakkan di pintu itu.

"Maafkan saya, Cik Luna," ucap Dayyan sambil dahinya di letakkan di pintu itu. Sementara di dalam bilik pula, Luna sudah bersandar pada pintu sambil meletakkan tangannya pada dada.

Dup! Dup! Dup!

Betapa laju jantungnya berdegup sekarang. Nafasnya juga sudah tidak teratur.

"Maafkan saya, Cik Luna."

Luna terduduk di atas lantai apabila mendengar ucapan maaf Dayyan. Dia memandang dirinya dari cermin sliding door balkoninya. Kemudian, dia menekup wajahnya yang sudah membahang.

"Kenapa kau minta maaf, Dayyan?" soal Luna sendiri. Dia menarup rambutnya ke belakang sebelum kepalanya bersandar pada pintu. Luna tergelak sinis.

"Kau buat aku gila, Dayyan. Gilakan kau," kata Luna sebelum memejamkan matanya.

***

Esok paginya Luna dan Dayyan sarapan bersama-sama tetapi sunyi sahaja. Masing-masing tak nak buka mulut. Dayyan banyak kali memandang Luna tetapi dia tidak berani membuka mulutnya.

Luna hanya dengan wajah bersahajanya. Sambil mengunyah makanan dia bermain dengan tabnya. Mungkin kerja.

"Err, Cik Luna. Saya nak minta maaf pasal semalam," kata Dayyan mula memecahkan suasana sunyi antara mereka.

Luna berhenti mengunyah lalu memandang Dayyan.

"Kenapa?" tanya Luna. Dayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mungkin sebab saya sakitkan hati Cik Luna ke...sampai Cik Luna halau saya keluar. Saya minta maaf dan...kalau Cik Luna nak pecat saya pun tak apa," kata Dayyan dengan pasrah. Luna mengerutkan dahinya.

"Listen this. Pasal semalam...err...aku suruh kau keluar sebab..." Luna ligat memikirkan alasan. Takkan dia mahu beritahu yang semalam dia berdebar teruk? Dayyan setia menunggu Luna sambung kembali ayatnya. Matanya tak lepas memandang Luna.

"Sebab...ha! Ada orang nampak kita berdua semalam. Orang kata tak elok berdua-duaan malam-malam."

"Lagi satu, aku tak akan pecat kau sebab aku perlukan kau. That's it. Fullstop!" sambung Luna sebelum kembali menjamu sarapannya. Sebenarnya dia berdebar. Takut kantoi.

Dayyan menundukkan kepalanya lalu mengangguk. Dia tersenyum sendiri. Entah mengapa dia suka apabila Luna kata...

Aku perlukan kau.

Automatik Dayyan berdebar.

"Thanks," ucap Dayyan perlahan.

"Apa?" Luna tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Dayyan. Perlahan sangat.

Dayyan terus menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa. Cik Luna makanlah. Nanti saya hantar Cik Luna pergi kerja ye," kata Dayyan. Luna menganggukkan kepalanya sebelum fokus ke tabnya.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now