☾︎ Bab 19 ☽︎

1.2K 40 0
                                    

Pen yang dipegang Luna diketuk-ketuk perlahan di atas meja. Matanya serious melihat beberapa senarai model lelaki yang perlu dia ambil untuk koleksi baju dia seterusnya.

Pekerja yang lain di dalam bilik mensyuarat itu hanya diam. Masing-masing menunggu keputusan ketua mereka.

"Saya rasa..."

Semua berdebar menunggu keputusan Luna. Mata mereka tidak beralih daripada memandang Luna yang sedang membelek-belek kertas senarai nama.

"We don't need this," kata Luna. Semua pekerja terkejut.

"Habistu, bos. Kita nak ambil siapa? Saya rasa better kita ambil Zain Khan sebagai model kita. Dia terkenal hebat sekarang," cadang salah satu pekerja Luna.

Yang lain pun menganggukkan kepala mereka mengiyakan kenyataan kawannnya.

Luna meletakkan kertas senarai nama tadi di atas meja sebelum dia berpeluk tubuh dan bersandar pada kerusi. Wajahnya serius.

"No... I don't like him. Dia famous just because his face. Suami saya hensem lagi. And...dia ada banyak lagi photoshoot. Kita kena ambil orang lain." sempat lagi Luna mahu memuji Dayyan. Kalau Dayyan dengar ni...

Memang banggalah jawabnya. Luna sendiri memujinya.

"Habistu kita nak ambil siapa?" tanya pekerja Luna.

"I knew someone..." Luna memberhentikan ayatnya di situ sebelum dia beredar meninggalkan yang lain terpinga-pinga dan tertanya.

Siapa yang akan menjadi model mereka?

Dayyan yang baru sahaja selesai photoshoot terus gembira melihat Luna melangkah ke arahnya.

Dengan laju dia menghampiri Luna.

"Dah habis meeting?" tanya Dayyan.

Luna menganggukkan kepalanya dan tersenyum. Tangan kanannya diangkat lalu diletakkan di pipi Dayyan.

"I have something for you." Dayyan mengangkat kedua-dua belah keningnya. Benda apa yang Luna mahu bagi?

"Jom." Luna pun memimpin tangan Dayyan ke satu bilik.

Bilik itu memang khas untuk dirinya. Bilik untuk dia bekerja seperti mengukur baju dan mula melukis lakaran bajunya.

"Kita nak buat apa dekat sini?" tanya Dayyan.

Pengangan tangan dilepaskan lalu Luna melangkah ke mejanya dan dia membuka satu laci. Dayyan hanya melihat Luna mengambil sesuatu.

"Pita ukur? Luna nak buat apa dengan benda tu?"

Luna mengambil pita ukurnya lalu dia mendekati Dayyan semula. Matanya memandang tepat ke arah Dayyan.

"Luna ada baju baru untuk Dayyan," jawab Luna. Dayyan hanya menganggukkan kepalanya. Sudah pasti kerjanya memakai baju tersebut.

"Depakan tangan," arah Luna. Dayyan pun mendepakan tangannya seperti apa yang disuruh oleh Luna. Matanya melihat sahaja wajah Luna.

Luna pula fokus dengan kerjanya. Satu-satu arahan Luna beri kepada Dayyan. Tak ada satu pun perkataan yang keluar daripada mulut Dayyan.

Luna memanjangkan sedikit pita ukur lalu dililitkan di leher Dayyan. Disebabkan Dayyan sedikit tinggi, Luna terpaksa mendekatkan lagi tubuhnya dengan Dayyan lalu menjengketkan kakinya.

Dayyan yang dapat tahu pasal perkara itu, terus dia menundukkan sedikit tubuhnya sekurang-kurangnya Luna tidak perlu menjengketkan kakinya.

Wajah Luna rapat ke leher Dayyan membuatkan Dayyan berdebar. Jantungnya bagai nak meletup. Lagi-lagi bila nafas hangat Luna dapat dirasa di lehernya.

Dayyan cuba menutup matanya dan mengosongkan mindanya. Entahlah kenapa rasa macam lama pula mereka berkeadaan seperti.

"Okay done." Luna memandang wajah Dayyan dan ketika itulah dia sedar bahawa wajahnya sangat rapat dengan wajah Dayyan.

Mereka merenung antara satu sama lain. Keadaan menjadi senyap. Dayyan kaku tidak tahu mahu membuat apa. Luna pula hanya mendiamkan diri.

"Err bos...sorry!" gelabah Lia apabila masuk-masuk je terus dia nampak perkara yang dia tidak sepatutnya nampak.

Dayyan segera menegakkan badannya sementara Luna hanya dengan wajah tenang. Dia menoleh memandang Lia.

"Yes?"

"Err...diaorang dah tertanya-tanya siapa model kali ni. Kecoh dah tu," kata Lia.

"Bagitahu diaorang just do their work and pasal model jangan risau. I have someone better than Zain."

Lia menganggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.

Luna kembali memandang Dayyan.

"Dayyan kena jadi model untuk baju baru Luna nanti. Sebab tu Luna nak ukur Dayyan," ujar Luna.

"Dayyan?" tanya Dayyan inginkan kepastian. Luna menganggukkan kepalanya.

"Dahlah. Jom balik." Luna menyimpan semula pita ukur di tempat yang sepatutnya.

"Kalau Dayyan tak nak?" tanya Dayyan. Luna melangkah menghampiri Dayyan.

"Kenapa?" Dayyan mendiamkan diri. Rasa bersalah pula menolak permintaan Luna. Dia menundukkan pandangannya.

"Dayyan...takut. Dayyan tak biasa," jawap Dayyan dengan perlahan. Luna tersenyum. Comelnya suami dia!

Tangan Dayyan dipegang. Dayyan menggenggam tangan Luna sebelum mengangkat wajahnya memandang Luna.

"Tak apa. Luna ada."

Lama Dayyan merenung mata Luna sebelum satu ciuman lembut mendarat di pipi Dayyan. Luna mengusap lembut pipi Dayyan.

"Lunakan selalu ada untuk Dayyan," kata Luna. Dayyan tersenyum.

"Okaylah. Untuk Luna Dayyan akan buat."

"Good. Now, jom balik." Dayyan menganggukkan kepalanya dan berjalan berpegang tangan keluar bilik.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now