☾︎ Bab 37 ☽︎

1K 32 0
                                    

"Dayyan nampak lain?" Dayyan menjadi pelik. Kepala Luna angguk.

"Dayyan tahukan kalau dulu Luna yang serang Dayyan yang innocence giler ni tapi sekarang... Benda tu macam terbalik," kata Luna.

"Luna tak suka ke Dayyan jadi nakal?" soal Dayyan sekali gus wajahnya menjadi muram. Kepalanya ditunduk ke bawah. Luna tersengih. Dah start dah innocence dia tu...

Dagu Dayyan diangkat mendongak memandang dia. Perkara inilah yang Luna suka. Wajah comel dan mata Dayyan yang seperti anak kucing yang comel.

"Luna suka tapi dalam masa yang sama Luna rindu Dayyan yang dulu. The one that blushing all the time."

Mendengar saja itu, pipi Dayyan terus naik merah. Pipinya terus ditekup oleh Luna.

"I love this." kedua-dua belah pipi Dayyan, Luna cium. Dayyan hanya tersengih apabila Luna buat macam itu. Lagipun, dia suka.

"Luna suka pipi tu je ke? Dayyan, Luna tak suka?" mata Dayyan berkelip-kelip memandang Luna. Luna pula sudah mengukir senyuman nakal dia. Dah tahu dah Dayyan nak apa...

"I love you too..." habis satu muka Dayyan diciumnya. Mula-mula dahi, lepastu hidung, kemudian pipi dan akhir sekali bibir Dayyan.

Bila Dayyan merasakan bibirnya ditindih, sebelah tangannya laju memegang leher Luna. Sebelah lagi masih di pinggang Luna.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan mereka. Luna menjarakkan kembali wajah dia. Kelihatan Dayyan memuncungkan mulutnya.

"More...." Luna ketawa kecil melihat perangai Dayyan yang tak puas itu. Pipi Dayyan diusap lembut.

"Malam nanti ye," kata Luna. Bersinar-sinar mata Dayyan dan laju je kepala dia angguk.

***

Luna mengerut dahinya. Pening memikirkan masalah dia sekarang. Dayyan yang berada di sofa sedar akan perkara itu.

Buku di tangan ditutup sebelum dia bangun  dan melangkah ke belakang Luna. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas bahu Luna kemudian dia mengurut di bahagian situ.

Sedikit sebanyak dapat melegakan Luna. Kepala Dayyan tunduk hingga paras telinga Luna.

"Ada masalah ke?" soal Dayyan prihatin. Tangannya tidak berhenti mengurut bahu Luna. Lepas bahu, kepala Luna pula diurut. Telinga dia dapat menangkap keluhan Luna.

"Luna tak tahulah nak buat macam mana." jawapan itu membuatkan Dayyan menjadi blur. Tidak faham.

"So...apa masalah dia?"

"Dayyan tahukan Luna ada satu lagi syarikat dekat Itali." Dayyan menganggukkan kepalanya dan menunggu Luna menyambung semula ayat.

"Dekat sana ada satu projek and tak ada siapa pun yang dapat siapkan projek tu. Projek tu besar and tempoh untuk projek tu siap pun dalam seminggu je. Memang ada yang handle tapi tiba-tiba diaorang ada problem. So now...ada satu je cara," terang Luna panjang lebar.

"Habistu, kenapa tak pakai cara tu? Apa-apa pun Luna kena jaga projek tu." Luna menganggukkan kepalanya tanda dia tahu.

"Yes i know but..." ayat Luna berhenti di situ. Dia memusingkan kerusinya ke belakang, menghadap Dayyan. Matanya memandang ke arah mata Dayyan dengan tepat. Kedua-dua belah tangan Dayyan dipegang lalu diusap lembut.

Dayyan pula sudah berdebar menunggu Luna menyambung ayatnya. Entahlah kenapa, dia menjadi tidak sedap hati apabila Luna seperti itu.

"Luna kena pergi sana untuk seminggu."

Dayyan sedikit terkejut mendengar perkara itu. Dia mengetap bibirnya. Seminggu?

"Luna memang kena pergi sana seminggu?" soal Dayyan lagi. Luna menganggukkan kepalanya. Dia menundukkan kepalanya sekejap sebelum memandang Dayyan semula.

"Luna pergi sana seminggu...je. Okay?" Luna membuat muka comelnya, cuba memujuk Dayyan.

"No."

"Hah?!"

"Tak boleh. Dayyan tak izinkan." mata Luna terbuka luas. Tidak percaya dengan jawapan Dayyan.

"T...tapi projek tu besar, Dayyan. Luna kena siapkan jugak-" belum sempat Luna ingin menghabiskan ayatnya, Dayyan sudah mengangkat tangannya mengisyaratkan supaya Luna diam.

"Keputusan Dayyan muktamad. Dayyan tak izinkan. Sorry," kata Dayyan sebelum meleraikan pegangan tangan Luna. Luna terdiam di kerusinya.

Ekor mata dia sempat melihat kaki Dayyan yang melangkah meninggalkan dia. Tiba-tiba, dia bangun berdiri.

"Maafkan Luna tapi Luna kena pergi," ujar Luna sebaik saja dia menoleh ke hadapan. Langkah Dayyan terbantut. Dengan perlahan dia pusing menghadap isterinya.

"Dayyan cakap tak bolehkan?" nada Dayyan masih lagi lembut. Luna memejamkan matanya.

"Penting Dayyan...Luna-"

"Benda tu lebih penting daripada suami sendiri?" potong Dayyan sekali gus membatukan Luna. Setelah agak lama mereka merenung satu sama lain, akhirnya Luna mengalah dan menundukkan kepalanya.

Kedengaran Dayyan mengeluh.

"Suka hati Lunalah nak buat apa. Kalau projek tu lebih penting, Dayyan tak akan halang Luna pergi. It's up to you memandang benda tu 'penting."

Perkataan penting itu sengaja Dayyan tekankan. Akhirnya, dia berlalu pergi meninggalkan Luna yang sedang keliru untuk membuat keputusan.

Luna menghempas punggungnya di atas kerusi. Kepalanya disandar. Siling biliknya ditenung lama. Kata-kata Dayyan bermain di fikirannya.

Pergi ataupun tidak?

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now