SHDC 3

2.2K 101 12
                                    

Anaya terkejut dan terkujat kerana sekujur tubuh Ivan berdiri tegak di hadapannya sebaik dia membuka pintu kamar. Jika berdiri di hadapan cermin sekarang, pasti wajahnya yang berseri tadi sudah berubah pucat lesi. Ivan menolak lembut bahu Anaya, masuk semula ke dalam kamar. Jambangan mawar merah yang dia bawa tadi diletakkan di atas tilam. Dia memandang Anaya yang berdiri di hadapannya itu, atas bawah.. atas bawah..  atas.. bawah lagi. Anaya mengenakan gaun hitam paras lutut tanpa lengan. Gaun yang sangat seksi sehingga menampakkan setiap lekuk tubuh wanita itu.

"Nak pergi mana?" Tanya Ivan. Nada suaranya kedengaran sangat tegas. Mungkin terselit sedikit marah.

"No where.." jawab Anaya. Acuh tidak acuh. Jawapan yang semestinya tidak akan mampu memuaskan hati Ivan.

"Pakai cantik-cantik macam ni.. takkan tak pergi mana-mana. Who are you fooling, Anaya Genessa?" Soal Ivan sambil pandangan matanya menusuk tepat ke sepasang mata Anaya. Pantas Anaya melarikan anak matanya. Dia tahu Ivan sedang menahan amarah. It hits different when Ivan spelled out her full name. Anaya Genessa.

"Nak pergi celebrate birthday kawan." Jawab Anaya. Kali ini jawapan jujur yang Anaya berikan.

"Kat mana?" Dah seakan lagak polis pencen Ivan menyiasat Anaya. Sambil bercekak pinggang pula tu. Bukan main.

"Club." Sepatah jawapan yang Anaya berikan, terus saja rengusan kasar yang terbit dari mulut Ivan mengiringi. Tidak cukup dengan itu, dia menghadiahkan jelingan tajam bak hunusan pedang kepada Anaya.

"No. I dont allow it."

"I dont care."

"Anaya!" Kali ini nada suara Ivan mulai meninggi. Berasa cukup tercabar dengan kedegilan Anaya.

"Say my name one thousand time, i still dont  care Ivan. Like you never care about me." Kata-kata itu keluar daripada mulut Anaya, kedengaran bergetar. Menahan amarah, kecewa, cemburu. Menahan seribu satu rasa lain yang menyatu di sudut hatinya.

"What are you talking about baby? Of course i care about you." Lembut Ivan bertanya. Dia mengusap lembut pipi Anaya tapi pantas Anaya menepis.

"Bullshit!"

"Tell me.. what have i done? Apa yang i buat sampai you marah macam ni?"

"You fikir lah sendiri Ivan. I nak keluar. Takda masa i nak bersoal jawab dengan you lagi." Anaya mengambil beg tangannya yang terletak di atas katil dan bersedia untuk pergi. Jambangan bunga yang dibawa Ivan tadi hanya dikerling dengan ekor mata.

"I will make sure you have the time." Ivan mengejar langkah Anaya yang sudah pun berada di ruang tamu. Tubuh Anaya digapai dan didakap erat dari belakang. Dia mengucup bahu Anaya yang terdedah bertalu-talu. "I will not let you go. I have been yearning for you all week baby.." Ivan separa berbisik. Dia membenamkan mukanya di leher Anaya. Rindu.. dia rindu segalanya tentang wanita yang berada di dalam dakapannya itu sekarang. Rindu wangiannya, rindu suaranya, rindu deru nafasnya, rindu lekuk tubuhnya.

"You said you care. But you ignore me. Kalau i mati pun, you tak tahu agaknya!"

"I am sorry.."

"Sorry, sorry.. sorry naik lori lah!"

Ivan tergelak mendengar jawapan Anaya. "I sanggup beli lori kalau you nak i naik sayang.." gurau Ivan. Dia meleraikan dakapannya. Badan Anaya dipusing. Dagu itu diangkat. Tanpa mukadimah lagi, bibir Anaya yang sudah diidamkan itu dikucup rakus. Kedua belah tangan Anaya melingkari leher Ivan sebaik cumbuan terlerai. Dia menjungkitkan sedikit kakinya. Dia mengucup leher Ivan. Mengucup dan menggigit manja. Perlahan-lahan tangannya turun ke dada Ivan. Butang baju kemeja Ivan dibuka satu per satu. Dia berhenti apabila telefon Ivan berdering nyaring. Ivan mengeluarkan hp dari kocek seluarnya.

My Sweet Marlene. Itu yang terpampang di skrin.

"Answer it and i will go!" Anaya separa mengugut. Ivan terus melemparkan telefonnya itu ke atas sofa. Tidak mahu dipeduli. Anaya yang sedang berdiri di hadapannya ini jauh lebih penting saat ini.

"Like i said.. i will never let you go. My soul, my daring woman. My Anaya.." Seraya itu, Ivan terus mendukung Anaya. Membawanya ke kamar. Melayari malam penuh hangat asmara. Meninggalkan telefon yang berdering tanpa henti dijawab dengan keheningan malam. 

*Author nak mulakan pagi korang dengan rasa panas mendidih. Boleh bancuh kopi terus.
*Korang team sapa tu?
#teamAnaya #teamIvan #teamMarlene
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now