SHDC 40 (FINALE PART!)

4.4K 131 29
                                    

Marlene menyusun cupcake yang baru dihantar oleh penjual tadi di atas meja. Disusun kemas dan cantik di atas meja yang ditata cantik, beralaskan kain putih dan merah jambu.

Disusun cupcake itu satu per satu, mengikut susunan huruf. 'HAPPY 1ST BIRTHDAY ELCA.'

Tidak sedar, anak keduanya itu sudah menginjak usia setahun. Seperti baru semalam, dia menahan sakit contraction. Ditemani Ivan yang setia menemani di sisi. Kini bayi kecil yang dulu hanya 2.86kg itu mulai menapak langkah yang pertama.

"daddy!" Suara riang Liam yang menyambut kedatangan Ivan menarik perhatian Marlene. Usai cupcake disusun, dia terus mendapatkan Liam dan Ivan yang masih berada di ruang depan.

"hello Marlene. Looking gorgeous." Puji Ivan lalu mereka berdua berlaga pipi.

"sorang je ke?" Tanya Marlene, bernada usikan.

Ivan membalas dengan gelak kecil sambil menggeleng kepala.

"nak datang dengan siapa pula kan. Sejak jadi duda ni, dah turun saham lah Lene." Balas Ivan.

Kali ini Marlene lagi yang ketawa ceria mendengar canda Ivan. Siapa yang sangka ada hari ini, dia dan Ivan bergurau senda. Berkongsi cerita. Sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai orang tua kepada Liam dan Elca. Tapi bukan lagi sebagai suami isteri.

Sungguh, sekecil kuman pun tiada calitan penyesalan di hati Marlene. Dia senang dengan kehidupannya begini. Senang, bahagia. Tidak lagi hidup dan keresahan, kecurigaan. Tidak lagi tidur ditemani tangisan.

"bukan saham turun tu. Hati you tu yang tak dibuka." Kata Marlene. Dia tahu Ivan masih tidak mampu melupakan Anaya.

Dia menoleh ke ruang tamu. Terkenang saat dia dan Anaya berdakapan di situ. Siapa sangka itu terakhir kali dia bersua muka dengan Anaya. Siapa sangka, Anaya memilih untuk mengundur terlalu jauh

"where's my baby girl?" Ivan mengalih topik apabila Marlene makin melencong. Dia tahu Marlene berbicara soal Anaya. Dan memang benar apa yang Marlene katakan. Pintu hatinya masih tertutup, serapat-rapatnya kerana dia tidak mampu melupakan sosok wanita bernama Anaya Genessa itu.

Anaya.. Anaya.. sepatutnya kau mengajar ku dulu cara melupakanmu sebelum kau memilih untuk pergi.

"dia kat atas dengan bibik."

Ivan mengangguk faham. "I pergi tengok Elca dulu. Panggil i if u need help k." Ivan pamit untuk ke ruang atas. Dia menaiki tangga. Berjalan menuju ke kamar Elca.

Kelihatan Elca sedang berbaring di atas tilam. Sepasang mata bulat melilau ke sekeliling kamar. Ivan mendekati Elca. Dia baring mengiring di sebelah Elca. Bayi kecil itu terus ketawa apabila melihat kelibat Ivan yang mengagahnya..

"Elca sayang daddy.. Elca princess daddy ni.."

******

Sebaik access card di scan, Demitrius terus menolak pintu kondo milik Anaya. Dia terus berlari kecil ke kamar Anaya apabila terdengar suara tangisan nyaring yang datang dari kamar Anaya.

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora