Bahagian 8

158 9 0
                                    

Okay. Fakta yang orang perlu tahu. Sebelum aku kenal Adara, keluarga aku ada kenalkan aku dengan seorang lelaki. Dorang suruh aku kenal-kenal, kalau ada jodoh, ada la. Jadi, aku pun cuba la rapat dengan lelaki tu, nama Hafiz.

Aku jarang meseg dengan Hafiz, sebab entahlah. Sebab aku memang aku tak minat lelaki kot. Walaupun Hafiz ni, rupa tu, ada la jugak. Kurus, tinggi sikit dari aku, kulit sawa matang, rambut kemas. Hafiz juga baik.

Tapi sebab aku macam ni, jadi aku bagitahu yang aku perlu masa. Dia pun okay. Ada masa, aku jumpa dia. Bila Sabtu aku tak kerja saja kami berjumpa. Ahad dia pula kerja.

Selepas lebih kurang sebulan aku kenal dengan Hafiz, lepas tu aku terjumpa dengan Adara. Tapi aku tak cerita pun pasal Hafiz dekat Adara. Sebab aku rasa tak perlu pun. Hafiz bukan tentu jadi suami aku pun. Bertunang pun tak. Cuma kami dalam proses perkenalan.

Namun, pada suatu hari. Selepas kali kedua Adara bermalam rumah aku, keluarga aku buka topik pasal aku dan Hafiz dekat dapur masa kami nak bersarapan.

Aku dah cuak. Sebab abang aku tanya, macam mana hubungan aku dengan Hafiz. Dia bagitahu yang Hafiz ada niat nak masuk meminang. Aku perasan masa tu, wajah Adara dah lain. Suapan dia pun dah perlahan. Tapi dia masih kawal. Sebab masa tu ada abang aku, mak aku dengan anak sedara aku sorang.

Aku pun balas, nanti aku bincang semula dengan Hafiz. Sebab memang selama kami berhubung, tak ada pun Hafiz sebut pasal nak kahwin ka apa. Abang aku bukan boleh harap. Saja la tu sebut topik tu depan Adara. Sebab abang aku ni tahu sejarah aku dengan perempuan.

Masuk saja dalam bilik, Adara terus tanya mengenai Hafiz. Bertalu-talu soalan dia. Siapa Hafiz? Kenapa tak pernah cerita pun pasal Hafiz sebelum ni? Aku tipu dia ke?

Aku cuba menenangkan dia, minta dia duduk dulu atas katil. Aku pun kemudian duduk sebelah dia.

"Hafiz tu abang saya yang kenalkan. Saya anggap dia kawan ja. Memang la dorang ada niat nak jodohkan kami. Tapi, semuanya bergantung dekat saya juga. Kalau saya nak atau tak. Saya contact dengan dia pun jarang. Tak sekerap saya dengan awak pun. Saya anggap dia macam kawan, macam kita kawan".

Sumpah, aku dah tersilap cakap. Cakap aku dengan Adara adalah kawan. Wajah Adara dah lain sangat.

"Saya nak balik".

"No, maksud saya. Bukan macam kita. Kita bukan kawan. Adara.."

"Sue. Kita tak payah jumpa la buat sementara ni".

"Adara.."

Aku lihat Adara terus bangun dan mengemas barang-barang dia. Aku menghampiri dia. Aku perlu betulkan balik. Aku taknak dia sedih. Aku taknak hari-hari aku tanpa Adara. Aku dah terbiasa ada dia. Walaupun kami tak berbincang pun jadi pasangan ka apa. Tiada hubungan istimewa antara kami pun.

Aku pegang tangan dia. Cuba menghentikan dia dari mengemas. Aku menarik tangan dia, supaya badan dia berdiri berhadapan dengan aku.

Pipi lembutnya aku pegang. Aku rapatkan muka aku untuk menciumnya. Dia tidak menghalang, walaupun wajahnya masih macam mencuka. Dia juga tidak membalas ciuman aku.

Aku hentikan ciuman itu.

"We're not just friend Adara. Awak tahu itu. Friends don't kiss each other".

Tangan Adara merangkul pinggang aku kemas. Mata perangnya yang redup memandang wajah aku.

"Saya nak awak Sue. Saya rasa, saya dah sayang awak betul-betul".

Aku mencium sekali bibir dia.

"Iya Adara. Saya sentiasa ada untuk awak".

Aku masa tu, tak berani nak menjanjikan apa-apa. Aku tak kata pun lagi yang aku sayangkan dia. Tapi aku selesa dengan kehadiran dia.

ADARAWhere stories live. Discover now