Bahagian 12

135 7 0
                                    

Esoknya, Aina ajak jumpa untuk makan tengahari. Aku terpaksa menipu ke Adara kata aku banyak kerja dan tak sempat makan tengahari bersama dengan dia.

Semasa aku dengan Aina, Hafiz ada telefon, bertanya bila aku akan balik dari Ipoh. Katanya dia beritahu keluarganya, nak masuk meminang aku.

Aina sedikit terkejut mengetahui hal aku dengan Hafiz.

"Adara tahu tak?"

Aku menggeleng. Aku takut untuk patahkan hati dia.

"Kesian Adara, Sue".

Aku diam. aku tumpukan mata aku ke arah mee sup ayam depan aku.

"Sue. You nak siapa sekarang ni?"

"Aina please la. Can we change the subject?"

"No. I risaukan you ni".

"Nak risau apa? I bukan sakit ka apa. I'm just fine".

"You pun tahu maksud I kan. You dengan Adara. At the same time you nak bertunang dengan orang lain. And we did it last night".

"Aina, you cheated on your girlfriend too. I dengan Adara, kami tak declare pun couple".

"So, dia siapa bagi you?"

"Kawan. Kawan baik".

"Kawan? Who fuck?" Dia bisikkan perlahan perkataan fuck itu, risau orang sekeliling dengar.

"So? Apa beza dengan kita? We did it. Sedangkan you tak sayang I pun. We're not in relationships. Plus I'm not sure if we even a friend".

"Kita lain la Sue. Jangan cakap I buat you berharap balik lepas semalam?"

"Aina. I kan pernah cakap. I'll always love you".

Aina menarik nafas. Ada riak kecewa di raut wajahnya.

"Bila you nak faham? I tak boleh sayang you. Sex is all we could have between us. I sayang you as kawan ja Sue".

"Iya, I faham. I didn't ask for more pun kan. Then, act la macam kawan I. Cuba faham I".

"I, entahlah. Tak tahu nak cakap apa lagi".

"Don't say anything. Let just enjoy our lunch ja okay".

Aina menggeleng kepala.

"Jangan la bebel dekat I. Kita ni dah lama tak jumpa. Let's not ruin it okay?"balas aku.

Tengah makan tu, Adara call. Dia bagitahu yang dia ada berdekatan tempat site aku. Dia nak hantar makanan ke aku. Ah sudah. Aku tak ada dekat site.

"Saya keluar dengan member tempat kerja. Dorang ajak last minute tadi. Tak sempat nak bagitahu awak tadi. Sorry".

"Keluar dengan member keja betul?"nada dia macam nak cemburu.

"Iya. Awak belikan apa?"

"Saya belikan nasi kukus. Tak apa la. Saya bagi ja kat siapa-siapa nasi ni".

"Sorry tau. Nanti makan malam kita makan sama-sama".

"Janji ?"

"Iya, janji".

Aku letak telefon.

"I feel something la tengok you layan Adara".

"Feel apa?"

"Jealous. Maybe."

"Haha. Dah kenapa you nak jealous. You kan cakap you tak sayang I".

"No. Maybe it just me. Suka dengan orang yang ada attach dengan orang lain kot".

"Ha ah. You memang suka complicated. With me, we have no conflict. I don't have an ex untuk you jealous. I was so into you. Tak ada skandal. But you still  choose someone yang tak move on dari ex. Yang gunakan you as rebound. Yang bermasalah la senang cerita".

Aina tergelak.

"Wah, berapa lama tahan nak cakap macam tu dekat I ni? Penuh perasaan".

Aku pun turut tergelak dengan kata spontan aku tu. Ah, aku rindukan senyuman dia. Terlihat gigi dia yang memang menjadi kesukaan aku. Mata sepet dia bila dia senyum. Suaranya saja buat aku lemah.

ADARAWhere stories live. Discover now