1

9 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malam sebelum...

"All students may dance" suara pengacara memenuhi dewan. Musik terus dimainkan oleh pemain yang berada di pentas hujung sudut dewan. Semua ke belakang membuat ruang untuk orang yang telah mendapat huluran tarian.

Lyra mengunyah makanan yang ada pada meja berada di hujung dewan, belakang. Satu demi satu manisan di masukkan dalam mulut. Beberapa orang berjalan kedepan untuk masuk ke dalam bulatan tarian itu.

Suasana terdiam seketika. Jeritan daripada pengawal pintu dewan itu tidak beberapa kedengaran dek lyra disebabkan kedudukannya jauh hujung belakang dewan. Mereka semua tunduk, lyra juga mengikut memandangkan telah dikhabar oleh pihak atasan akan hadir maharaja setiap tahun..

Tidak pernah sekali pun lyra ambil kisah tentang perkara itu, siapa keluarga diraja selain daripada nama maharaja dan maharani memandangkan sentiasa menjadi topik perbualan dalam kelas sejarah. Tujuannya sekarang hanyalah hidup bebas dan tidak perlu bergantung pada sesiapa selain dirinya. Kuasa telah pun ada pada tangan walaupun kecil sahaja.

Dan lari daripada keluarga diraja sebaik mungkin.

Lyra menjungkit bahu sendiri dan menyambung suapan. "Lyra!" Jeritan ceria dari seseorang yang dikenali. Lyra terus memusingkan dirinya menghadap jullie yang berlari anak mendekatinya. "Aku jumpa sir alex!" Dia menggoyangkan lengan lyra depan ke belakang dengan laju tanda gembira.

"Buat apa aku ikut.. kau pergi la kejar sir alex ajak dia menari!" Lyra cuba kuatkan sedikit untuk melawan muzik yang dimainkan oleh para musik yang duduk pada pentas. Jullie hanya membuat bodoh sahaja.

Lyra mengerut dahi. "Kau ni.. macam aku kenal siapa sir alex" jullie mengenyit mata pada lyra sambil tersenyum. Senyuman yang penuh makna terselindung.

"Tak boleh!.. kau kene conquer owner dia baru aku boleh menari dengan sir alex" jullie terus menarik lengan lyra berlari separuh dari dewan sehingga berdekatan dengan perempuan-perempuan bangsawan berkelompok bersama. "Aku tak tahu sir alex famous?" Lyra cuba bisik pada jullie setelah mereka berhenti berdekatan.

Jullie memandang lyra kecil. "Mana ada.. owner sir alex tu yang famous!" Jullie berubah laju dari riaknya hampir masam ke ceria. Cepat betul. Lyra menggeleng sambil menghembuskan nafas berat. "Sudah.. aku duduk tepi kau pergi cepat ngorat sir alex" lyra jalan kebelakang jullie lalu tubuh jullie ditolak lembut kedepan mendekati bangsawan perempuan yang berkelompok di depan mereka berdua. Jullie menjeling lyra sebelum menghilang dalam lautan bangsawan wanita.

Jullie datang semula dalam keadaan hampa. Muncung panjang dihadiahkan pada lyra. "Tak dapat... semua tolak-tolak.." jullie menarik tangan lyra sambil tersengih. "Jom... kau tolong sekali" jullie berjalan ingin masuk ke dalam lautan bangsawan.

"Jullie-" lyra cuba melepaskan diri daripada jullie terus terlanggar tubuh jullie yang secara tiba kaku. Lyra hampir tersandung ke depan disebabkan kakinya sudah melecet. Dua figura lelaki berada di tengah-tengah lautan bangsawan itu dipandang sekilas dan beralih ke wajah jullie. "Kau kenapa tengok sana?" Lyra baru sahaja memandang dua figura lelaki itu terus terkejut apabila mereka berdua telah pun berjalan menghampiri.

ASPHYXIAWhere stories live. Discover now