Chapter 1

9 0 0
                                    

Menarik nafas panjang, Kai bersiap sedia untuk melangkah kearah sosok wanita cantik itu dan...

"Kai!!!"

Bagaikan di langgar oleh lembu Kai terjatuh kedepan. Wanita cantik yang bersantai di tepi sungai tu terkejut dan terjun ke dalam sungai. Berenang pergi dari situ meninggal kan Kai yang kecewa.

"Oi! Timmy!! Aku dah kata jangan langgar aku begitu saja" marah nya kepada remaja berusia 17 tahun itu.

Sementara yang melanggar Kai ialah adiknya, Timothy 'Timmy' Crow. Timmy hanya tersenyum lebar sebelum terlihat telinga khayalan kucing di kepala nya.

"Ohoho~~ maaf ganggu kau cuba memikat Stray Mermaid itu~~" balas nya dengan penuh kenakalan.

Dapat di lihat urat kemarahan muncul di dahi Kai. Sebelum sempat memukul kepala adiknya, Timmy telah bangun dan berlari dengan ketawa.

"Oi!! Datang sini kau!!" Marah nya mengejar si adik.

Tanpa mereka ketahui Stray Mermaid yang berenang pergi masih di sana bersembunyi sebalik pokok tumbang.

___________________

Vincent menghentikan hayunan pedang nya apabila mendengar suara Kai yang marah dan suara ketawa Timmy.

"Carly" panggil nya kepada gadis yang sibuk berlatih dengan patung "A-Ah! Ya Tuan Vincent" sahut Carly.

"Ketepi"

Menarik Carly ke kiri sebaik sahaja Timmy berlari melepasi gadis itu bersama Kai yang tidak mengejarnya

"Eh.. eh?"

Masih keliru dengan apa yang terjadi, Carly melihat tangan nya yang masih di pegang oleh Vincent "V..V... Tuan Vincent!!! Tangan anda!!" Jeritannya dengan wajah merah.

Vincent mengangkat kening keliru dan melepaskan genggaman tangan nya. Carly berpusing kearah lain dengan wajah yang merah, memegang tangan nya erat.

'Oh!! Tangan... Tangan aku di pegang oleh Tuan Vincent'

Sementara Carly sibuk dengan panik nya. Vincent melihat Amber bersama Sapphire melepasi kawasan berlatih. Dia pun mengambil makhota miliknya dan menuju kedua orang itu.

"Tuan Vincent! Saya!!....."

Carly berpaling ke arah Vincent yang telah hilang. Kekecewaan di hati terasa membuat si gadis, hanya boleh meratapi nasib sahaja.

"Malang sungguh nasib aku ini" bisik Carly.

"Oh Captain Carly!! Kami dah selesai menyimpan barang"

Sekumpulan kesatria dari pasukan nya muncul. Carly yang sedang bersedih memberi death glare yang kuat membuatkan kumpulan satria itu menelan air liur mereka.

"BERSIAP SEDIA UNTUK BERLATIH!!!"

"B-Baik Puan!!"

Semoga kumpulan satria itu dapat bersemadi dengan aman.... (Ya... Takkk...)

___________________


Amber dan Sapphire menikmati keindahan taman di raja mereka. Sebelum Timmy berlari memeluk pinggang si ibu dengan kuat.

"Wahhh!! Jangan menyorok di belakang Ibunda!" Marah Kai.

Timmy masih lagi ketawa dan Amber yang turut serta tanpa mengetahui apa-apa. Sapphire hanya menggeleng kan kepalanya "Kenapa ni, Kai? Apa yang adik kamu ini dah lakukan" tanya Sapphire.

"Ayahanda! Timmy ini kan sudah..... Sudah.... Arrgghh!! Tak ada apa-apa" balas Kai. Hampir sahaja dia membocorkan rahsia sendiri kepada kedua ibu bapanya.

"Ohh~~"

Senyuman licik di wajah Amber terlihat "Ibunda rasa tahu apa yang kami rahsia kan" katanya dengan lembut tapi penuh kelicikan.

Wajah Kai berubah panik cuba memberi alasan sebaik sahaja Amber berkata begitu. Sapphire yang tidak memahami apa-apa hanya keliru dan Timmy masih lagi ketawa dengan kuat.

"Eh?"

Perhatian mereka beralih kepada Vincent yang tiba di sana. Menunjukkan rasa hormat kepada kedua raja dan ratu itu sebelum tangan Amber membelai pipi Chaos God itu.

"Saya menghadap raja dan ratu" balas nya perlahan.

Timmy melepaskan pelukan dari Amber untuk memeluk ^abang^ nya itu. Kai menghembuskan nafas 'Terima kasih Vin kerana datang pada waktu yang tepat' fikir Kai.

"Apa yang kalian bual kan?" Tanya pemuda itu.

Dan itu perginya harapan Kai untuk lari dari usikan adik dan ibunya. Dia dapat lihat wajah ceria dan bersinar dari kedua orang itu makala Sapphire hanya keliru

"Ohh!!! Vin! Vin! Kai kan dia cuba untuk mendekati Stray Mermaid di sungai tadi!!" Jerit Timmy.

"Aaahhhhhhhh!!!! Diam lah Timmy!!!" Marah Kai dengan pipi merah.

"Ohohoho!! Anak ibu dah besar ya~~cuba pikat gadis yang dia minat~~~"

Sapphire dan Vincent melihat dari tepi Kai, Amber dan Timmy. Kai menutup telinga nya supaya tidak dengar kata-kata Amber dan Timmy.

"Huhh~ indahkan hari ini" bisik Sapphire kepada Vincent dengan senyuman lembut.

"Ya" balas Vincent perlahan.

___________________

"Aku tak rasa ini keputusan yang bagus! Archie Kingdom adalah kerajaan yang kuat. Avian dengan senang boleh menguasai langit!" Marah pemuda berkaca mata hitam.

Sementara itu pemuda lain yang di marahi nya memakai Fox Mask. Hanya menghindari perkataan dari kawan nya itu.

"Jadi? Kita ada senjata yang cukup dan orang yang lebih ramai. Kita dengan senang boleh menguasai mereka" balas pemuda dengan Fox Mask itu.

Nightmare, pemuda memakai Fox Mask berjalan kearah jendela besar menunjukkan pemandangan kerajaan Nightail. Senyuman di sebalik topeng nya sangat tajam.

"Ini kerja gila! Nightmare! Kita tak boleh buat begini!" Marah Jun, pemuda berkaca mata hitam.

Nightmare menoleh sedikit memandang Jun dari sudut matanya "Jun... Kau nak sertai atau tidak... Itu sahaja yang aku tanya..."

Menahan nafas nya mendengar nama di panggil dengan nada dingin. Jun merasakan atmosfera yang sesak, sebelum sempat membalas Nightmare sudah bersuara.

"Haha~ panggilkan Toby untuk berjumpa dengan aku" balas nya ceria.

Jun menghembuskan nafas... Atmosfera kembali tenang, hanya membalas dengan anggukan kepala. Jun beredar dari sana.

Nightmare kembali melihat suasana di bawah. Rakyat Nightail yang gembira bersama satu sama lain... Menjijikkan...

"Mari mulakan...cerita ini"

TBC

Sunset StoryWhere stories live. Discover now