Chapter 2

3 0 0
                                    

500 tahun yang lalu, Eternal Garden adalah tempat yang indah. Tiada kabus yang melindungi tempat itu dan tiada penjaga yang berbahaya di sana.

Hanya sebuah taman yang di penuhi tumbuhan dan binatang. Kecantikan setaraf dengan Gaia Forest milik para Fauna's dan Florian. Sayang nya hanya seorang yang tinggal di sana dan orang itu sama tua nya dengan God yang wujud.

Gadis dengan rambut hitam panjang di ikat dengan gaya pony tail menutup buku yang dia baca.

Mata merah nya beralih kepada tetamu yang muncul di ruang tamu nya. Seorang pemuda dengan pjamas putih bercorak awan, topi tidur bercorak sama dan penutup mata dengan corak angkasa.

"Hello Sleepy" sapa si gadis.

Pemuda itu, Sleepy hanya berdiri dengan malas sambil mengusap belakang kepalanya "Hello Akiha, nampaknya kau terlihat tenang saja" dirinya menduduk kan diri di atas sofa dengan megah.

Mata merah Akiha berpusing "Sudah tentu... Aku tahu apa yang akan terjadi... Ianya tak mengejutkan aku pun" balas nya dingin.

Sleepy mengeluarkan ketawa lemah "Tentu! Tentu! Kau kan The Immortal Witch, Akiha... Di berikan pengetahuan dari God Of Knowledge dan kehidupan abadi dari God of Death dan God of Life"

Akiha menghirup teh nya tenang, dia benci bila Sleepy datang ke rumah nyaman nya hanya untuk memberitahu bahawa dia sangat bertuah di rahmati oleh tiga God.

"Aku tahu kau ke sini bukan untuk mengingat kan aku tentang tuah aku kan? Jadi kenapa kau ke sini?" Tanya Akiha.

"God of Life dan God Of Death telah menggunakan kuasa mereka untuk mencipta... Demigod of Immortality"

Akiha merenung wajah Sleepy dengan tidak percaya. God of Life dan God of Death adalah dua God yang tidak menyukai satu sama lain tapi cukup pandai bekerjasama, untuk mereka mencipta Demigod bermaksud keduanya memberi sedikit kuasa kepada Demigod itu.

Blessing of Immortality adalah apa yang Akiha dapat sebagai ganjaran lama dahulu, Ianya di berikan kerana arahan dari Sleepy jadi Death dan Life mesti patuh.

"Demigod... Dengan title yang besar seperti Immortality bermaksud dia perlu di jaga dan di didik dengan betul... Jadi bagaimana? Ianya kuasa yang sangat kuat... Aku tahu yang Death dan Life pasti tidak mahu kan Demigod itu"

Sleepy membuka mulutnya dan menyuap scone lazat "God of Sea menawarkan diri, lagi pun sewaktu mereka tidak sengaja mencipta Demigod itu Sea berada di sana untuk menghalang" balas nya.

"Itu bermaksud... Demigod Of Immortality mempunyai tiga pencipta iaitu Death, Life dan Sea?... Itu sangat berkuasanya dan bahaya" bisik Akiha pada dirinya.

"Yup! Aku nak kau perhatikan keadaan Demigod tu tanpa pengetahuan Sea, Death dan Life"

"Kalau tidak?"

Nada ceria dan suasana indah itu bertukar dingin dan menyesakkan... Akiha cuba menarik nafas dengan perlahan, wajah Sleepy yang di lindungi penutup mata terlihat gelap.

"Kalau tidak... Aku akan bunuh... Demigod itu..."

"Meow....me...ow..."

Akiha memandang kucing kesayangan nya yang terlihat lemas dengan keadaan ini "Baiklah..." Jawab nya perlahan.

Wajah dan suasana sekeliling bertukar normal dengan senyuman lebar di wajah Sleepy terbentuk.

"Baiklah!! Aku akan melawat lagi nanti!! Oh dan aku akan ambil scone ni!!! Bye!!"

Menghilang dari sana, Akiha menghembuskan nafas yang dia tidak sedar tahan. Bangun dari kerusi, dia mengangkat kucing kesayangannya itu.

"Maaf ya, Kiko... Sleepy... Dia memang begitu" bisik Akiha di balas dengan dengkuran kucing yang lembut.

___________________

600 tahun berlalu sepantas kilat menyambar. Akiha memerhatikan keadaan Demigod yang di beri nama Finn dengar sabar. Finn memiliki bentuk manusia tapi juga sisik jerung harimau di wajah dan tangan nya.

God of Sea menjaga Finn selama 22 tahun sebelum memberikan Finn kepada King Ral yang memerintah Seaside Kingdom di Endless Sea.

Finn terlihat lebih gemar di darat dari lautan walaupun King Ral melarang nya ke permukaan air. Akiha cuba menulis segala aktiviti Finn di dalam buku khas yang di beri oleh Sleepy.

Sehinggalah pada satu malam, 601 tahun kemudian. Akiha membuka mata dari tidur nya, mata biru terang dan rambut berubah warna putih.

Tangan nya menulis pada buku yang muncul secara ajaib di hadapan nya. Tangan itu menulis dengan sangat laju selama 21 minit sebelum berhenti.

Mata merah dan rambut hitam Akiha kembali normal. Seakan-akan terjaga dari mimpi, Akiha membaca apa yang ia tulis, ekspresi wajah berubah dari keliru ke panik dengan cepat.

"Ini kan ramalan.... Untuk Finn.. tapi Finn dah buat dengan baik untuk mendapatkan ramalan sesuatu perkara mestilah... Tragedi atau hal yang sangat besar..." Bisik Akiha.

Matanya kembali membaca apa yang tertulis di buku itu.

"Tidak... Tak mungkin... Ini kan"

Seventh Prophecy, Pada 602, Finn iaitu Demigod of Immortality akan melakukan satu pembunuhan besar di dalam laut...

Hal ini membawa murka kepada God of Sea dan dia akan di halau ke daratan...

√√√√√√√√

Pada 603, Finn berjumpa dengan rakyat di Suna Desert buat pertama kali... Mereka menyambut nya dengan ramah dan gembira... Tanpa mengetahui malam itu... Darah mengalir di tanah kering tersebut.

Pada 608, Pembunuhan besar-besaran yang terjadi di Suna Desert telah meninggalkan sekumpulan manusia yang berjaya melarikan diri... Zane The Chosen Human bertarung dengan Finn The Fallen Demigod.

Pertarungan itu berlangsung selama 6 hari tanpa henti sebelum... Zane mengurung Finn di dalam Temple of Time selama-lamanya.

√√√√√√√√

Akiha tahu yang ramalan itu hilang beberapa perkara... Kenapa Finn menyerang penduduk Seaside Kingdom dan kenapa.... Finn melakukan pembunuhan besar besaran kepada penduduk Suna Desert sehingga tiada sesiapa lagi di sana.

"Masa depan tidak boleh di ubah... Sleepy... Aku harap kau tahu apa yang akan terjadi" bisik Akiha.

___________________

Masa Kini,

Akiha sedar yang masa depan dan masa lalu yang telah dia alami... Menakutkan, segala yang dia ramal adalah 100% betul dan telah terjadi... Masih banyak ramalan yang kekal misteri buat nya.

Walaupun begitu, Akiha perlu menjaga semua rahsia ini jauh dari yang lain. Menggunakan jampi berkuasa nya, Misty Terrain. Akiha menghilangkan Eternal Garden dari mata manusia dan makhluk lain.

Keseorangan di dalam taman bunga nya... Selama-lamanya.

TBC

Sunset StoryWhere stories live. Discover now