Chapter 3

4 0 0
                                    

Timmy menyorok di belakang pokok mengintip abang nya dan Stray Mermaid yang sedang berbual ramah.

Dia dapat lihat pipi Kai yang merah setiap kali, Sasha ketawa dengan lembut tapi penuh riang. Remaja itu pergi dari sana perlahan-lahan supaya tidak mengganggu kisah cinta abang nya.

___________________

Axel Undertale adalah adik kepada Carly dan juga kawan baik Timmy. Mereka sentiasa bersama walaupun Axel menyimpan rahsia dari Timmy.

"Yo Axel!!" Panggil Timmy.

Axel keluar dari fikirannya dan memandang Timmy berlari ke arah nya, senyuman Axel terbentuk lebar.

"Yo Timmy!!"

Keduanya melakukan salam rahsia mereka dengan senyuman besar di pipi "Jadi apa yang kita nak buat hari ni?" Tanya Axel.

"Hmmm... Entahlah biasanya kita pergi mengganggu Kai tapi hari ni dia cuba nak memikat Stray Mermaid di sungai istana" balas Timmy berfikir.

Axel hanya mengangguk setuju "Seingat saya nama dia... Sasha! Dia Stray Mermaid yang terkenal tapi..." Suara terdengar kecil membuatkan Timmy mengangkat kening nya.

"Kenapa?" Tanya Timmy.

Axel memandang serius Timmy "Sasha adalah Stray Mermaid yang sangat menggemari lautan. Kakak Ritsuka pernah memberitahu saya yang Sasha mencari jalan ke lautan sejak lama dulu"

"Oh"

Timmy tahu ke mana arah tuju perbualan mereka ini.

"... Jujur nya.... Aku gembira yang Kai jumpa seseorang yang dia suka. Selama di istana, dia sentiasa sibukkan diri di dalam bilik muzik saja sampai Ibunda dan Ayahanda risau. Kalau satu hari nanti, Sasha pergi meninggalkan Kai untuk ke laut, kita cuma boleh sokong Kai saja"

Axel kagum mendengar kata-kata yang matang dari mulut kawan nya itu. Timmy biasanya seorang yang liar dan tidak pandai bersopan dengan orang sekeliling.

"Timmy... Kau ni... Berlagak matang pulak!" Ketawa Axel memukul belakang badan kawan nya kasar.

"O...Oi...Oi!!!"

Kedua remaja itu ketawa dan berlari mengejar satu sama lain. Rakyat Archie Kingdom hanya tersenyum dan menggeleng kepala melihat telatah kedua kawan baik itu.

___________________

Vincent melibas pedang ke arah Carly yang cuba bertahan dengan senjata nya iaitu Battle Axe.

"Enggh!"

Wajah Vincent berubah dari dingin kepada senyuman menakutkan "Haha... hahaha!" Ketawa mengerikan darinya keluar.

Carly tahu yang situasi sekarang ini berbahaya "T-Tuan... Vi-Vin...cent!! Tolong sedar!" Menolak Vincent ke belakang.

Carly berdiri dan bersedia melihat Vincent yang memandang tajam ke arah nya "Chaos for the God" bisik nya.

Vincent berlari kearah Carly dengan laju melibas pendang nya sebelum Carly menangkis serangan itu.

Carly cuba bertahan dengan hayunan pedang Vincent yang tiada henti itu. Setiap kali dia menghalang, nafas nya menjadi semakin sesak "Chaos God.... Tuan Vincent! Anda mesti sedar!!"

Kali ini Carly menghayun kan Battle Axe nya ke arah Vincent bila ada peluang. Pemuda itu memandang hayunan Battle Axe dengan senang mengagak kemana arah Battle Axe itu.

"Hn.... Mati!"

"Gyaaah!!"

Battle Axe Carly terbang keluar dari genggaman tangannya apabila Vincent menangkis dengan senang. Wajah Carly menunjukkan ketakutan dan ngeri bila pedang itu hanya satu inci dari lehernya.

"Haha... Haaa... Haahaa.."

Vincent memegang kepala sakit. Carly sedar dari shock dan bangun menghampiri Vincent.

"Arrgghh!!!!!"

Darah mengalir dari hidung pemuda dengan rambut pink panjang. Memegang kedua bahagian kepalanya, Vincent rasa seperti kepalanya ingin pecah.

"Tuan Vincent! Anda tak apa-apa?" Tanya Carly risau.

Vincent menepis tangan Carly yang cuba menolong nya. Pemuda berambut pink itu bangun dan lari ke arah hutan lebat.

"Tu-Tuan Vincent!" Jerit Carly.

Dia dapat dengar suara Vincent yang menjerit,

"Diam!! Diam!!! DIAM!!"

TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 28, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sunset StoryWhere stories live. Discover now