BAB 6!

399 30 0
                                    

Keesokan harinya, Nina pergi sekolah seperti biasa. Earpod dipasangkan ditelinganya memainkan muzik. Semalam dia sudah meminta izin kepada Atuknya untuk memasukkan seorang anak buahnya di sekolah. Nina ingin memasukkan Zack namun atuknya mencadangkan Adrian kerana dia lebih lama berkhidmat di keluarga itu.

Pintu diketuk.

"Assalammualaikum cikgu. Ni saya bawa budak baru." kata Nina.

"Okay. Silakan masuk dan perkenalkan nama." ujar Cikgu Maya.

"Hai nama diberi Adrian Haikal but you all can call me 'Bro handsome'. " katanya selamba.

Semua sudah bantai gelak. Nina mengetuk kepala Adrian. Dia tersengih.

"Cakap serius sikit boleh tak!?" kata Nina dengan suara berbisik. Matanya dibesarkan. Nasib la dia minta sorang je yang masuk. Kalau si Zack tu join sekali confirm hancur sekolah ni mereka dua buat.

"Okay- okay! Korang boleh panggil aku Adrian je."

"Bos ni serius sangat la! " kata Adrian berbisik. Nina menjeling.

"Baiklah kamu duduk sebelah Daniel ye" putus Cikgu.

"Erm cikgu. Boleh tak saya duduk sebelah Adrian?" tanya Nina tersengih.

Cikgu mengangguk.

"Daniel. Kamu duduk sebelah Fariz." arah Cikgu.

"Baik cikgu"

Adrian hanya tersenyum membalas sapaan dari murid perempuan di kelas itu. Ye laa si Adrian ni boleh tahan hensem tapi sikit je la. Macam sebiji gula tu je.

"Bos! Aku ramai peminat lah! Yeay boleh cari awek sorang!" soraknya perlahan.

"Ehh kau datang sini ada tugas tau. Jangan nak mengada. Dah besar pun nak awek sekolah menengah." balas Nina.

"Apa boleh buat? Aku kalau kat luar tak dipandang. Tapi kalau kat sekolah ni aku lah paling hensem" Adrian menepuk dadanya.

"Ceh! Kalau aku bagitahu diorang yang kau ni dah tua confirm kena reject! Dah tua pun masih sekolah!" balas Nina sambil ketawa kecil. Adrian sudah memasamkan wajah.

"Tunggu aku kahwin!" bentak Adrian.

Nina hanya mengangkat bahu.

________________________________

"Nina! Aku minta maaf! Jangan lah kau pindah." rayu Ryna. Nina tersenyum.

"Kau tak salah buat apa nak minta maaf?"

"Hmp jangan lah pindah. Kau tak sayang aku ke?" rayu Ryna.

"Tak boleh la. Aku terpaksa. Tapi aku tetap sayang kau." balas Nina.

"Alah tak best lah kalau kau takde nanti. Kau nak pindah mana? Jauh ke?" soalan bertubi-tubi diajukan.

"Tak jauh pun la. Aku nak belajar luar negara." balasnya. Membuntang mata Ryna.

"Tak jauh kau kata!?" jerit Ryna.

"Ye la tak jauh pun. Aku masih kat Bumi bukan pindah planet Marikh." usik Nina. Ryna mencebik. Nina ketawa.

"Ish! Aku sedih ni. Jangan lah buat lawak!" marah Ryna.

"Alolo ciannye dia." Nina mencubit pipi Ryna.

"Jom la kita pergi kantin." ajak Ryna.

"Jom"

"Tapi budak baru tu siapa? Macam rapat je dengan kau? Kau kenal ke? Siapa nak kawan dia?" tanya Ryna.

"Tak kenal tapi baru je kenal tadi. Tapi aku nampak dia hensem so aku nak try!" ujar Nina tersenyum padahal dalam hati 'dah lama kenal dengan perangai macam syaiton dia tu'.

"Dah la jom! Tak payah risaukan dia. Budak baru banyak urusan kat pejabat." ujar Nina lagi.

"Ceh! Kau masuk tak banyak urusan pun!" balas Ryna.

"Aku VVIP. Sekolah atuk aku kan?" kata Nina lalu ketawa.

"Dah la jom! Aku dah lapar!"

________________________________

Nina menghempaskan tubuhnya ke tilam empuk miliknya.

"Nina ouh Nina!" panggil mama sambil mengetuk pintu.

"Ye ma?"

"Adrian bawa Nina jalan." katanya.

"Penat la ma." balas Nina.

"Nina keluar la bagitahu dia sendiri" ujar mama lalu ke dapur.

Nina mengeluh. Tudung pantas disarungkan dan melangkah keluar. Alangkah terkejutnya melihat seseorang yang ada di rumahnya itu! Dia berlari lalu menumbuk bahu lelaki itu. Lelaki itu mengaduh.

"Kenapa balik tak bagitahu?" tanya Nina teruja.

"Saja nak surprise kan semua!" balas Iman tersengih.

Btw Iman ni adik kepada Nina. Full name dia Muhammad Rezkie Iman bin Mohammad Ramlan.

"Hah! Dah alang-alang kau balik ni, jom kita jalan. Biar Adrian jadi driver kita. Tadi dia nak jalan sangat kan?" kata Nina.

"Alah bos! Saya..." kata Adrian dipotong.

"Takde alasan!" balas Nina.

"Aik tadi kata penat? Nampak Iman terus hilang penat ke?" sampuk mama. Nina tersengih.

"Ye la. Jam 3 petang kita keluar tapi kejap je tau penat." putus Iman. Nina sudah bersorak.

"Tapi...akak kena angkat barang Iman naik atas!" balas Iman sinis.

Alamak! Nina menekan perutnya.

"Akak sakit perut lah. Aduh! Bye akak nak pergi tandas dulu! Jam 3 kita keluar tau!" sempat dia menjerit.

"Ish! Kuang asom betul la!" kata Iman geram.

"Dah-dah. Adrian tolong Iman angkat beg dia ya?" kata mama.

"Baik puan. Ehh antie." Adrian tersengih.

________________________________

"Kau nak sekolah kat mana?" tanya Nina.

"Iman satu sekolah dengan akak lah. Kat sekolah atuk." balasnya.

"Ouh"

"Jom lah kita duduk kat kerusi sana tu" ajak Iman.

Nina mengangguk.

"Seronok tak sekolah atuk? Cantik ke?" tanya Iman teruja.

"Boleh la"

"Kenapa ni?" tanyanya pelik. Macam tak suka je.

"Adalah satu perkara yang akak tak suka kat sekolah tu. Akak ingat nak pindah." jawab Nina.

"Kenapa? Akak baru pindah kut." ujar Iman.

"Adalah tu. Dah la tak payah fikir sangat pasal ni. Malas la." kata Nina.

"Ye la. Jom kita beli aiskrim." ajak Iman ingin mengembalikan keceriaan kakaknya.

"Jom!"

Dari jauh seseorang mengeluh melihat gurau senda mereka.

"Siap bertepuk tampar lagi? Suap-suap aiskrim pula tu. Haih" keluhnya.

Pagi tadi dia sudah berjumpa beberapa orang yang berada di tempat kejadian. Dia sudah tau semuanya. Cikgu mereka sudah menggantikan denda mereka. Dia ingin memberitahu gadis itu. Namun, apabila melihat moment Nina dengan Adrian pada pagi tadi, terus hilang mood dia.

Pagi tadi dengan Adrian. Petang pula dengan lelaki entah siapa je. Haih!

🌹🌹🌹

Bantu vote and komen!💙
Love u all Muahhahaha✨

The Tengku's MafiaWhere stories live. Discover now