BAB 77!

471 17 1
                                    

"Dah tak boleh ke makan makanan lain selain sup ayam ni? Tak nak tak nak." rungutnya sambil menggelengkan kepala.

"Sabar la kak. Akak kan tengah pantang. Makan je la apa mama masak untuk akak ni. Nanti lepas habis pantang, akak makan la puas-puas." pujuk Iman.

"Tak nak makan la." ujar Nina dengan muka masam dan memeluk tubuhnya.

"Jangan la macam ni." pujuk Iman.

"Sayang! Abang ada bawa ni." sergah Fariz dengan nada perlahan sambil menunjukkan dulang yang dipenuhi ayam KFC. Nina tersenyum lebar.

"Apa kau buat ni bodoh! Dia mana boleh makan ni. Dah la pedas." marah Iman. Fariz mengenyitkan matanya.

"Dah sayang makan cepat sebelum mama datang." kata Fariz. Nina mengangguk lalu mencubit sedikit. Baru sahaja ingin disuap ke dalam mulutnya, Fariz meenjerit.

"Mama!!! Ada orang degil nak makan KFC!!!" jerit Fariz. Nina cepat-cepat meletakkan semula ayam tadi lalu membersihkan tangannya.

"Siapa yang makan KFC?" tanya mama. Nina menggeleng.

"Takde siapa ma. Saja je dia ni." balas Nina lalu tersenyum memandang Puan Azura. Setelah mama pergi, Nina memandang Fariz.

"Ye la orang tu dah tak sayang kita. Boleh pula main-main. Dah korang berdua keluar. Saya dah kenyang hidu ayam KFC tu. Lain kali buat la lagi. Bawa semua makanan ni keluar." rajuk Nina lalu membaringkan diri dan menyelimutkan badannya. Iman menumbuk bahu Fariz. Dia tersengih lalu menarik selimut yang menutupi tubuh isterinya.

"Sayang..." panggilnya meleret.

"Hmm.."

"Jangan la merajuk. Dah makan la nasi ni. Sorry okay. Meh sini abang suapkan." pujuknya lembut.

"Tak nak."

"Kau pastikan dia makan dan minum air herba tu. Kalau tak, aku report kat mummy kau." ugut Iman lalu melangkah keluar. Malas mau masuk campur. Nanti dia pun terbabit sama dalam kes merajuk kakaknya.

"Alaa sayang. Makan laa. Sayang nak ke abang kena marah dengan mummy dan mama sebab sayang tak makan?" rajuknya.

"Takpe la nanti saya bagitau mummy awak sengaja je nak sakitkan hati saya dengan ayam tu." balas Nina.

"Jangan la macam ni sayang. Okay abang minta maaf. Jangan la macam ni sayang. Mummy ada kat bawah tu." katanya risau.

Tok! Tok!
"Isteri kamu dah makan ke Fariz?" sergah Tengku Raisyah. Fariz terpempan. Habis la dia kali ni. Fariz menggeleng perlahan.

"Kenapa tak makan lagi ni menantu mummy? Takde selera ke?" tanya Tengku Raisyah sambil mengusap rambut menantunya. Nina mengangguk. Dia memandang Fariz dengan sinis. Nak kena kan orang kan?

"Mummy..." panggil Nina meleret.

"Ye? Kenapa ni?"

"Nak tau tak abang kan dia beli KF..." percakapannya terhenti apabila Fariz menekup mulut isterinya dengan pantas.

"Apa ni Fariz?! Sesak la nafas isteri kamu tu. Dah tak sayang isteri ke?!" amuk Tengku Raisyah. Fariz tersengih lalu mengalihkan tangannya. Fariz membesarkan mata sebagai amaran. Nina tersenyum mengejek.

"Apa yang kamu nak cakap tadi?" tanya Tengku Raisyah lembut.

"Abang ni kan dia pergi beli..."

"Ehh mummy bukan nak ke rumah kawan mummy ke lepas ni?" potong Fariz.

"Ye kejap la. Mummy nak dengar apa yang isteri kamu cakapkan ni." balasnya. Fariz menelan air liurnya yang terasa kesat.

"Apa dia tadi kamu nak cakap?" tanya Tengku Raisyah sekali lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Tengku's MafiaWhere stories live. Discover now